Thursday, 15 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - 26



Buat pembaca yang setia dengan coretan ini. Jika ada yang tidak kena, harap beri teguran. Boleh saya perbaiki.

Bab 26

Kereta Aqram terhenti di ruang pakir pelawat. Mata melilau mencari si adik. Cuaca tengah panas, mahu tidaknya sudah hampir tengahari rembang. Tajam rupanya mata Ain, apabila sudah nampak kereta abangnya yang sudah terpakir. Lega hati Aqram apabila dari jauh dia sudah nampak si adik Ain berjalan menuju kearahnya, mengheret 2 beg besar. Kira nasib baik dapat memakir kereta yang paling hampir dengan pintu masuk kerana sudah ramai keluarga pelajar-pelajar yang sudah selamat dijemput oleh keluarga masing-masing. Dari jauh sudah kelihatan Ain mengerutkan mukanya. Dia hairan, siapa pula perempuan yang telah diangkut oleh abang bujang trang tang tang. Setahunya, abang akan datang sendirian, tetapi hari ini lain pula kesahnya, ada penumpang, memang sah ada seorang perempuan di tempat duduk hadapan. Sejak bila pula abang menjadi buaya, setahunya abang tak main angkut-angkut perempuan sebarangan. Sebab Ain tahu, abangnya maintain class dan kalau jadi buaya, dia buaya yang memilih mangsa. Kecuali abang sudah berubah atau terdesak agaknya, bisik hati Ain. Bermacam-macam persoalan mengenai diri abangnya dipersoalkan.

Tuesday, 13 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 25

Bab 25

“Hani!“ tersentak Hani apabila terdengar namanya dipanggil. Aqram rasa bersalah pula apabila melihat Hani hanya diam dan tunduk. Mungkin ada perkataan yang menyinggung hati si perempuan. Dia tidak mengetahui apa yang Hani sedang fikirkan. Sebenarnya Hani terkenangkan ayat yang baru didengarnya, dan itu mengingatkan dia kepada si jantung hatinya, Khasif. Di kepalanya bertanya lagi, adakah ini kebetulan atau suratan?
“Hani, maafkan saya, jika perkataan saya tadi ....“ kata Aqram, lembut.
“Tak apa Aqram.. saya cuma teringat sesuatu..“ kata Hani jujur.
“Maafkan saya..“ ulang Aqram.
“Dah jom“ meminta Hani mengekorinya untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Monday, 12 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - 24

Bila Hani sampai di KLIA apa pulak berlaku ek!.. Nak tahu apa jadi, jemputlah baca...

Bab 24

Hani menyorong troli mencari-cari dimana hendak mencari teksi. Sudah dua tahun tidak pulang ke tanah air, dia sudah rasa seperti sesat di tanah air sendiri. Belum jauh, masih di dalam lapanganterbang, dia sudah tercari-cari dimana letaknya kaunter penempahan teksi untuk dia pulang ke Melaka.
“Hisy.. manalah pulak nak ambil teksi ni..“ Hani tertoleh-toleh. Pak Tajuddin hendak menjemput dihalang, konon tidak mahu menyusahkan orang. Sekarang sudah susah sendiri, tercanggak-canggak seperti rusa masuk kampung sahaja.

Wednesday, 7 May 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 14



Kita layan coretan ini pulak! Rindu pula rasanya dengan Si Didi sengal ni...

Bab 14

Dalam mengelamun, mengimbas perbualannya bersama isteri, tanpa Johan sedar dia sudah sampai di tempat pakir dimana keretanya terpakir. Kunci remote ditekan, berdecit sahaja bunyinya. Bonet kereta dibuka, di letakkannya beg yang terjulur reket, elok-elok dibelakang kereta. Takut patah pula reket itu sekiranya main hentam sumbat dibonet.
“Pap” bunyi bonet ditutup. Terus menapak beberapa langkah ke arah pintu pemandu. Tangan sudah berada dipintu kereta, hanya perlu menariknya sahaja, tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu susuk badan yang dia rasa dia kenal. Dikecilnya mata untuk memastikan, betul atau tidak apa yang ada didalam fikirannya. Takut pula dia tersalah orang, jangan main rasa-rasa! Perempuan itu menoleh, agaknya kuat sangat Johan menutup bonet keretanya, sehinggakan perempuan itu menoleh.
“Macam kenal aje” bisik hatinya.
“Bukan dia, orang lain..” bisiknya lagi
“Baik lupakan, kalau tak mahu cari nahas”.

Tuesday, 6 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - 23

Buat pembaca yang setia..


BAB 23

Hani menyelak surat khabar, tiba-tiba mata tertancap kepada iklan yang mengambil suku muka surat akhbar tersebut.
 “A Great Way To Fly” Special offer to 7 distinations.
Bangkok, Kuala Lumpur, Brunei, Manila, Bali, Jakarta and of course Singapore.
With special…”
“Hemm.. special price. Murah ni! Macammana? Nak naik MAS atau SIA?” Hani mencongak-congak, pemilihan MAS atau SIA.
“Zariath, come in please?” Hani menekan intercom meminta Zariath berjumpanya.
“Yes, Mem..” tidak sampai lima minit Zariath sudah tercogok dihadapannya.

Sunday, 4 May 2014

Mengharap Di Tanjung Harapan - Bab 22

Buat pembaca yang mengikuti coretan ini.  Silakan..

Bab 22

Dua minggu sudah berlalu, hari ini Seina akan kembali semula ke Cape Town. Hani tidak menunggunya di Lapanganterbang kerana Ebrahim yang akan menjemput. Hani hanya menunggunya di pejabat. Pasti banyak cerita yang hendak Seina sampaikan kepadanya. Hani juga ada cerita yang hendak di kongsikan. Seina, adik ipar merangkap kawan baiknya. Dia berdua tidak pernah menyimpan apa-apa rahsia. Baik Seina mahupun Hani. Hanya Seina yang banyak memberi kata-kata semangat untuk Hani terus bangun dan memulakan hidup baru sewaktu kehilangan Khasif dahulu.
“Assalamualum everybody” ucapan yang diberikan sambil berjalan dan menuju ke biliknya yang dikongsi bersama Hani. Sudah Hani jangka, Seina pasti akan muncul di pejabat. Seina datang ke pejabat dengan senyum yang meleret, walaupun diwajahnya nampak agak letih, maklumlah 10 jam didalam kapalterbang.

Mengharap Di Tanjung Harapan - 21




BAB 21

Hani terus memandu pulang. Belum beberapa jam Hani meninggalkan mereka, hati Hani sudah merasa rindu, terutama rindunya kepada wajah lelaki itu. Rasanya hendak ditatap puas-puas, tetapi terasa malu, takut disalah ertikan. Adakah perasaan rindu Hani disebabkan rupa Aqram seiras Khasif atau  Aqram sebagai Aqram!.Yang mana satu, hatinya bercelaru.
Sesampainya di rumah, jam baru menunjukkan jam 9.45 pagi.
 Hani tiba-tiba rindu kepada keluarganya di Malaysia. Terus Hani menuju ke telefon dan mendail nombor. Terdengar suara wanita yang menjawab talian, merdunya suara itu. Ooh ibuunya,  Hani pejamkan matanya, dibayangkan wajah tua ibunya berada dikotak mintanya. Rasa mahu dipeluknya tubuh tua itu, tetapi dia tidak mampu kerana dia berada jauh beribu batu.