Tuesday, 20 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 39

Satu lagi sambungan siri "Days of Our Lives.."..he..he..he..


Bab 39

“Nah..“ puan Fatihah menghulur naskah surat khabar yang baru diambilnya dari Megat, sipemandu. Encik Mansor terus menyelak sehelai demi sehelai naskah tersebut. Makin lama makin tidak ada berita, patutlah makin lama surat khabar makin kecil. Maklumlah ramai sudah membaca berita didalam komputer sahaja, jimat kertas, paperless. Hendak menjaga alam sekitar konon. Sumbangan Go Green, cuba mengurangkan penebangan pokok untuk dijadikan kertas. Jika tahu hendak menjaga alam sekitar, tetapi masih lagi tidak mengamalkan kitar semula, sama sahaja jawabnya.
“Am dah tanya Hani, hal nikah gantung tu..” tanya Puan Fatehah, mata mencerlung kearah sianak. Encik Mokhtar memandang Aqram yang nampak gelisah dengan soalan mama. Gelisah kerana tidak ada jawapan kepada soalan mamanya. Bagaimana dia hendak mendapat jawapan, sedangkan soalanpun belum di kemukakan. Kenapa mama tidak menyoal kesah Go Green ah! Kan lebih global dan interesting?

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 38

Tak sangka pula cerita ni panjang meleret.. jauh lagi nak ending ni.. dah jadi soap opera Days of our Lives.. bersabar ajelah ya pembaca. Bear with me a little bit longer!!


BAB 38

Dua hari sudah berlalu, Hani masih tidak menghubungi Aqram dengan  jawapannya. Aqram juga tidak menghubunginya, mungkin ingin memberi ruang untuk dia berfikir semahunya.  Selesai menunai solat Isyak, Hani berbaring di atas katil sambil pandangan memandang ke syiling. Dia sudah buntu memikirkan sama ada menerima lamaran Aqram atau tidak. Jika menerima lamaran, adakah diri ini akan bahagia, tiada lagi bayangan masa silam. Satu ketika dulu Hani juga pernah curiga dengan Khasif kerana takut pilihannya salah hanya kerana Khasif berlainan bangsa, dan dia terpaksa  berpisah dengan keluarga dengan mengikutnya pulang ke Afrika Selatan. Tetapi telah terbukti telahannya salah, malah Khasif dapat membahagiakannya, walaupun tidak lama.

Monday, 19 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 36 & 37


Apa lagi nak tulis hah?  layan aje lah..
Dah alang-alang online.. publishkan aje he..he..he..


BAB 36

Masih teriyang-iyang soalan Puan Fatihah sewaktu sarapan tadi, seperti tidak sabar-sabar sahaja bunyi soalannya menunggu jawapan dari Hani, sedangkan Hani merasakan itu seperti satu desakan dan semuanya berlaku begitu mendadak. Ini bukan urusan jual beli baju di gedung. Pilih, yang mana berkenan terus setuju membeli. Pergi ke cashier, bayar dan terus baju jadi hak milik.  Tahu tak betapa rumitnya membuat keputusan! Takut lain yang diharap, lain pula yang jadinya. Buat waktu ni, Hani akan berusaha untuk mengelak dari soalan itu dibangkitkan.  Jika boleh..
Kini Hani bersama Puan Fatihah dan Aqram di sofa di ruang tamu. Ain sudah naik semula ke bilik bersama Jeslina.  Hani seperti tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini, lepas satu, satu, perkara baru berlaku kepada dirinya. Semuanya berpunca dengan insiden di Restaurant di Cape Town tempoh hari.

Mengharap di Tanjung Harapan - bab 35

Coretan yang telah saya sediakan malam tadi.. layan



Bab 35

 “Selamat pagi semua. Hey Kak Hani macammana, tidur nyenyak tak malam tadi? Ada orang tu ganggu tak? Macam mengingau ke atau tersalah bilik macam yang mama cakap tu..” Ain  mengusik Hani yang sudah duduk di meja makan bersama Puan Fatihah dan Aqram. Aqram duduk bersebelahan Hani.
“Apa adik ni.. pagi-pagi lagi dah mengusik orang aje kerjanya, dah duduk diam, mari makan.“ kata Aqram, mata melilau mencari seseorang.
“Ray mana? tak bangun lagi ke..” Usik Aqram.
”Biar lah budak tu tidur, tadi ma nampak dia bangun subuh, itu dah kira bagus!!” tegur puan Fatihah.

Sunday, 18 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - bab 34

Selamat membaca dan selamat malam!


 Bab 34

Pagi Sabtu yang cerah dan ceria. Hani memulakan pagi yang indah dengan solat subuh di rumah Puan Fatihah. Rumah yang ditumpangnya untuk bermalam. Bukan kehendaknya untuk menumpangpun, tetapi atas desakan tuan rumah, tetapi dengan kerelaannya juga. Dia suka sebenarnya, tapi malu hendak mengaku.
Hani menyarung semula pakaian tidur Ain, kaftan batik. Dia terus menuju ke dapur apabila terdengar seperti ada orang disitu. Memang sah, Mak Ara sudah tercogok menyediakan menyediakan sarapan.
“Mak Ara nak masak sarapan apa pagi ni?..” tegur Hani kepada pembantu rumah yang sedang terbungkuk-bungkuk mencari sesuatu di dalam peti sejuk di hujung dapur. Menoleh Mak Ara ke arah suara, sedikit terkejut, kerana memang selalunya waktu-waktu begini, dia seorang sahaja yang berada di dapur, tetapi pagi ini terkecuali, ada peneman, Hani penemannya. Tersenyum simpul orang tua itu berbual mesra dengan tetamu cantik majikannya.

Mengharap di Tanjung Harapan - 33

Tiba-tiba rindu... hu hu..


Bab 33

Selesai solat Isyak, Hani membuka beg tangannya ingin melihat e-mel melalui telefon bimbitnya. Sudah menjadi kebiasaan, urusan kerja masih dikepala, walaupun sedang bercuti. Ternyata dia ada menerima beberapa e-mel baru. Hani membaca satu persatu e-mel yang dia terima. Badan sudah letih, tetapi digagahinya juga. Yang paling meletihkan ialah jawapan yang harus dia berikan kepada Aqram keesokkan harinya. Mulut sudah beberapa kali menguap. Sebelum tidur dia nekat untuk membuat istiqarah. Ada beberapa e-mel lagi yang perlu dia buka dan baca. Terbuntang matanya apabila dia perasan ada satu e-mail yang dia kenal, e-mel dari akaun peribadi Amjad, bukan dari Safari Advanture Syarikatnya.
“Hisy, apa pula Amjad mahu dari aku“ bisik Hani. Perlahan-lahan e-mel dibaca.

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 32



Tara!!! jemput baca..

BAB 32

“Nak makan apa?” Aqram bertanyakan Hani di meja yang telah di tempah khas untuk mereka malam itu di Holiday Inn Petaling Jaya. Tidak disangka, rupa-rupanya Aqram telah awal-awal membuat tempahan untuk makan malam bersamanya.  Rancangan telah diatur awal, tetapi terlupa memberitahu tuan punya diri akan rancangannya. Andai kata Hani tidak jadi datang, bagaimana?
Kerana tidak dimaklumkan, akibatnya Hani menjadi umang-umang. Aqram hanya senyum melihat Hani. Memang dia umang-umang malam ini, dengan baju kurung Ain tersarung dibadan, dan kerudung Puan Fatihah dikepala. Nasib baik muat. Ala, baju kurung tentu muat untuk sesiapa sahaja. Kelebihan pakaian kebangsaan ini yang sesuai untuk apa sahaja occasion.