Saturday, 14 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 53

Untuk pembaca setia. Selamat Hujung Minggu...


Bab 53

“Bang.. saya betul-betul tak setuju dengan si Ammar tu.. ni tengok?” tangan Murni menarik sebuah basikal bukit yang terbaru. Hadiah buat Mila dari Ammar yang baru dihantarnya petang tadi sebaik sahaja dia sampai di Fraser Hill. Esok hari Sabtu, dia ingin meminta kebenaran dari Zamri dan Murni untuk membawa Mila ke Bukit Merah New Village.  

Friday, 13 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 52


Pendek sahaja, chapter ini.. malam nanti saya sambung lagi okey.. buat masa ini, layan dulu.


BAB 52

Kembali ke Frazer Hill

Lengan Zamri melintang di atas dahinya. Menoleh di sebelah kiri didapati Murni sedang lena tidur mengereng dengan sebelah tangan di atas perut Zamri. Kelihatan turun naik, turun naik perut Zamri mengikut helaan nafasnya beriring dengan sebelah tangan  si isteri, bagaikan irama yang tidak ada tempo, cuma senada.  Tangannya yang di dahi berpindah mengulis tangan Murni. Murni tersedar apabila tangannya diulis Zamri.

Inikah Kesudahannya - Bab 51


Teremo pula bila mencoret bab ini, terfikir hendak buat Murni sengsara sekali lagi ke? Tak Sampai hati pulak!. She deserves happiness  with Zamri in the next chapter.. betul tak?

Bab 51

Di Kuala Lumpur

Berkerut muka Ammar membaca fail kes yang telah di sediakan oleh Swee Mee di atas meja.
Kes bunuh. Seorang anak di dakwa menyembelih bapanya sendiri kerana si anak mendengar satu suara meminta dia membunuh bapanya sebagai menebus dosa keluarga. Ammar geleng kepala, dunia semakin tua, dan manusia semakin gila. Ammar terpaksa membacanya dengan teliti. Ini melibatkan nyawa satu insan. Adakah benar si anak tidak siuman atau memang si anak ada niat membunuh. Tugasnya membela si anak. Jika sabit kesalahan, si anak pasti akan ke tali gantung. Satu nyawa yang sudah hilang, sudah ditakdirkan ajalnya. Nampaknya satu lagi nyawa bakal hilang, menyusul. Dia tidak boleh melawan takdir, Dia juga tidak mahu mengumpul dosa, melepaskan orang yang sudah sahih bersalah. Menjadi pembelapun ada hadnya, jangan cuba menempah neraka. Dia akan cuba sedaya upaya menyelamat, tetapi jika sudah tersurat dan tersirat, dia redha. Dunia, dunia, macam-macam.!!.

Thursday, 12 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 50

Yeay!!! bab 50. Malam ini jadi burung hantu lagi ok. Kepada pembaca yang masih berjaga, silakan..



Bab 50

“SURPRISE!!!” bergema laungan suara semua yang ada, termasuk big boss, Tuan Megat Qalif. Dia siap bertepuk tangan lagi apabila melihat pasangan Murni dan Zamri yang sudah terkejut beruk, ternganga, ingatkan mesyuarat tergempar, rupanya..hampeh betul si Shiha!
Kemudian mereka tersenyum. Apalah si Shiha ni, dah buat kejutan, pandai kau berlakun ya. Tadi, mati-mati ingatkan memang ada mesyuarat!

Wednesday, 11 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 49

Bab 49, Kepada pembaca yang belum tidur lagi...teman saya dengan melayan chapter ini.. layan. Tengok jam dah pukul 1.34 am...



Bab 49

Dua minggu berlalu begitu pantas. Murni sudah lali berulang alik dari Fraser Hill ke Kuala Kubu Baru. Jadualnya ketat, sehingga tidak ada ruang untuk dia memikirkan yang bukan-bukan, terutama soal Ammar. Bila sebok, masalah Ammar hilang di bawa terbang dek angin lalu. Routine hariannya bermula seawal subuh. Selesai sembahyang subuh di hospital dia akan terus memandu pulang ke rumah. Menukar pakaian dan terus ke tempat kerja. Waktu rehat tengahari juga dia pulang ke rumah, untuk bertemu dengan Mila yang di bawah jagaan Kak Romlah, Baba Zaki dan Mek Ros. Waktu rehat tengahari sahaja dia dapat bertemu dengan anak

Monday, 9 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 48



Nampaknya kesah Murni dan Zamri tidak mendapat perhatian pembaca. Mungkin kesah ini tidak menarik..hemm.. hendak teruskan atau tidak? Mungkin saya mulakan cerita baru, macammana?

Bab 48

Terkejut Murni dan Zamri apabila pintu bilik terkuak.Hendak katakan doktor membuat lawatan, baru sebentar sahaja tadi doktor menjalankan tugasnya. Hendak dikatakan attendant hospital membawa makanan, sudah dimaklumkan oleh Murni bahawa bilik Zamri tidak memerlukan makanan untuk hari ini. Hendak dikatakan pencuci bilik, selalunya lewat petang baru mereka datang. Cepat-cepat Murni mengangkatkan kepalanya dari bahu Zamri.

Inikah Kesudahannya - Bab 47



Kepada pembaca yang setia, puas hati tak dengan cerita ini? Jika ada idea yang boleh menambah baikkan cerita ini harap sudi kongsikan bersama saya...
 
Bab 47

Sudah dua hari dua malam Murni meneman Zamri di HBKL. Laporan mengenai kecederaan Zamri masih tidak dapat dipastikan. Jika dilihat dari fisikal,  Zamri nampak sihat, tetapi kenapa dia masih ditahan?
Soalan yang masih menjadi tanda tanya kepada Murni, begitu juga tuan punya badan, Zamri.
“Murni, kalau abang cacat, terus tak boleh jalan, Murni masih sayang abang lagi tak?” soalan yang terkeluar dari mulut Zamri semasa Murni leka mengelap muka dan badannya dengan air suam. Kerana dia tidak boleh berjalan, Zamri hanya dry cleaning sahaja. Mandi hanya sekali sehari, di sebelah pagi.