Saturday, 21 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 62



Tak tahu hendak cerita apa lagi!!!
Bab 62

Cuaca musim tenjuh bulan November menguasai persekitaran. Maklumlan duduk di atas bukit begini, terasa dinginnya, tetapi nyaman. Andainya cuaca di seluruh Malaysia begini, alangkah nekmatnya. Tetapi itu hanya impian. Jangan harap, terutama jika tinggal di Kuala Lumpur yang sentiasa bergelut dengan kesesakan jalan raya, di mana penghuninya yang sentiasa menghidu habuk,
Yang sentiasa  berbahang panas cuaca,
Yang sentiasa perlu berhati-hati kerana penjenayah sentiasa memerhati,
Yang sentisa perlu cepat dan pantas,

Thursday, 19 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 61



Hemm..macammana? satisfy tak? Saje main tanya-tanya. Siapa yang sudi bolehlah jawab...

Bab 61

Kembali ke Frazer Hill


Murni terus berjalan ke satu sudut di porch. Mata Murni tersasar kepada sebuah kotak yang duduk cantik di penjuru porch tersebut dengan nama Mila, besar terpampang. Dia sudah tahu siapa penghantarnya. Apa lagi kalau bukan dari si Ammar. Kak Romlah keluar mendekati Murni, apabila melihat Murni sudah bercekak pinggang hanya memandang tajam ke arah kotak tersebut. Mahu tembus kotak itu direnungnya.
“Baru sampai petang tadi, akak tak bawa masuk sebab besar, lagipun berat.. tak larat akak..” kata jujur Kak Romlah.
“Apa lagi lah, si Ammar ni.. Kak? Tak faham saya..” rasa tidak puas hati Murni.
Menoleh sahaja Murni, dia sudah bertentang dengan Zamri.

Inikah Kesudahannya - Bab 60

Di harap pembaca setia berpuas hati dengan coretan malam ini..


Bab 60


Di Kuala Lumpur

Mummy Tina tidak dapat melelapkan matanya. Sudah beberapa hari tidurnya terganggu. Tertanggu dengan soalan yang tidak ada jawapan. Dia menyelak buku ilmiah yang baru dibelinya beberapa hari lalu. Buku yang dibeli sebelum singgah ke pejabat anaknya. Hari yang sama di mana dia mendapat kejutan. Ammar memberitahu yang di sudah ada anak! Anak apa yang dimaksudkan? Anak dari darah dagingnya, anak tiri atau anak angkat? Banyak perkara yang boleh di istilahkan sebagai anak. Jangan di maksudnya anak mata atau anak tekak, sudah! Perkataan Ammar yang menyatakan dia mempunyai anak, masih teriyang-iyang di dalam kepalanya. Sudah di tanya berkali-kali, tetapi Ammar buat layan tak layan. Mummy Tina

Wednesday, 18 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 59



Kepada pembaca yang mengikuti. Bila dah publish sekali 5 chapter, habis drained-out dah kehabisan idea pulak..nak patah balik nak edit sana sini dah published pulak..humm..
Apa-apapun layan ajelah..

Bab 59

Mila menghayun kakinya sambil makan sarapan. Memang kakinya terjuntai kerana kerusi sedikit tinggi buat dirinya. Satu sudu ke satu sudu dimakannya nasi lemak yang terhidang dipinggan di hadapannya. Zamri dan Murni pun ada dimeja,  tetapi pagi ini semua senyap. Kenapa? Ada malaikat lalu ke? Itulah orang kata, jika semua orang senyap, ada malaikat lalu. If that the case, alhamdullillah.. selalulah senyap, agar malaikat selalu lalu dan merahmati isi rumah hambamu ini.

Saturday, 14 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 58

Happy tak? Saya upload 5 bab sekali.. harap pembaca dapat memberi comment untuk saya baiki.. Salam Sejahtera...


Bab 58


Murni paling membelakangkan dirinya. Merujuk pulak dah… tidak puas hati dengan jawapan yang diterima. Hemm.. susah betul! Jawab salah, tak jawab salah!! Hisyy…
“Apa halnya pulak ni Muni?” Zamri naik suara, naik lagi satu oktaf, menjadi dua.
“Abang saja nak menyebelah jantan tu.. abang suka ke dia ambil Mila kan?” suara Murni dengan nada rajuk.

Inikah Kesudahannya - Bab 57

Bab 57


Empat bulan masa berlalu begitu pantas. Mila sudah semakin rapat dengan Ammar. Tambahan pula Ammar menyogoknya dengan hadiah yang tidak pernah Mila impi untuk dia memiliki. Ammar pasti akan menjenguk Mila jika ada masa terluang. Banyak kes dipejabat diserahkan kepada associatenya atau pembantunya. Mila lebih utama bagi dirinya. Dia harus mengejar masa 8 tahun yang dia sudah tertinggal bersama Mila. Kini baru dia sedar, selama ini telah mengabaikan dua insan yang tidak berdosa hanya kerana mengikut nafsu amarahnya.

Inikah Kesudahannya - Bab 56

Bab 56


Kesah pertemuan singkat di antara Ammar, Murni dan si perempuan bernama Edwina hilang tanpa persoalan. Zamri tidak bertanya, malah Murni tidak menceritakannya. Biarkan ianya lenyap bersama angin lalu. Murni lega.
Bagi Zamri pula, yang dia tahu, Ammar bertujuan baik, ingin mengetahui sama ada hadiah pemberiannya, sesuai atau tidak untuk si anak, takut pula, jika tidak sesuai akan mengundang bahaya kepada anaknya, itu sahaja. Pertemuanpun hanya di luar rumah.