Wednesday, 8 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 37



Bab 37



Sedih aku lihat abang Rafiq yang hanya terlentang, dia masih lena. Dia tidak menyedari kehadiran aku pagi ini. Pergerakannya masih terbatas, hendak mengerengpun perlukan pertolongan. Aku tidak layak membantunya. Selalunya dia diuruskan oleh pembantu hospital atau jururawat. Setakat pandang, aku bolehlah.
Kehadiran aku di bilik ini sekadar memenuhi permintaannya. Dia ingin aku selalu menjenguknya. Kerana dia masih sakit, jadi, kerana dia masih sakit aku turutkan.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 36



Bab 36

Perjalanan mengambil masa tidak sampai 20 minit kerana tiada traffic. Ruang pakir pun masih banyak, memudahkan aku memakir di mana sahaja aku suka. Aku memilih tempat pakir yang paling hampir dengan pintu depan hospital. Rezeki, bukan senang hendak mendapat tempat pakir yang hampir dengan lobby, tambah-tambah di hospital KPJ ini.

“Abang, Abang Rafiq di wad sutera bilik 301 ya.. saya tunggu Lia kat bawah aje, abang sama kak Shima naiklah dulu” kataku.
Abang hanya angguk.
Mereka jalan bersaing bersama kak Shima menuju ke lobby dan kemudian mencari lift ke tingkat 3

Monday, 6 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 35



Bab 35

Aku bangun awal pagi, terus ke dapur sebaik sahaja usai subuh. Rupanya kak Shima sudah berada di ruang dapur, menghiris bawang. Untuk apa, aku pun tidak tahu. Tidak lena tidurkah dia? Mungkin kerana beralih tempat, akupun kadang kala jika berkunjung ke tempat lain, aku juga mengalami masalah yang sama, tidak boleh tidur lena di tempat baru, kerana tidak biasa. Hendakkan bantal busuk agaknya...

“Akak nak buat apa dengan bawang tu?” tanya ku.
“Lyna ada apa? akak sengaja siapkan. Bawang untuk goreng apapun semua guna bawang kan?  Lyna ada apa?.” kak Shima menyoal.
“Nak goreng beehoon ke spaghetti?” tanyaku.
Aku main hentam sahaja. Entah ada lagi atau tidak spaghetti, aku kurang pasti. Yang aku pasti, beehonn memang masih ada sebungkus.

Friday, 3 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 34



BAB 34

“Assalamulaikum..assalamualakum..” terdengar aku seperti orang memberi salam di depan pintu pagar.
Juga terdengar sesekali dentingan pagar diketuk orang. Siapa pula yang datang malam-malam buta begini. Hendak dikatakan orang datang menjual barang dari pintu ke pintu, mustahil!
Barang apa yang hendak dijual malam-malam begini, pasti tiada orang yang akan membuka pintu. Jiran-jiran? Aku rasa juga bukan, kerana aku kenal suara jiran-jiran aku. Orang surau agaknya, memberitahu ceramah atau aktiviti surau bulan ini. Mungkin mereka sudah datang pada siang harinya, tetapi aku tidak ada di rumah, kerana masa aku hari ini habis bersama abang Rafiq di hospital.
Yang aku sibuk memikirkan yang bukan-bukan kenapa, pergi ajelah tengok siapa yang memberi salam itu.

Thursday, 2 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 33



Bab 33

Sebaik sahaja aku sampai di rumah, aku henyakkan punggungku di atas sofa. Lelah betul rasanya badan tua ini. Pandangan, aku dongakkan ke siling. Tudung masih kemas di kepala. Tiba-tiba aku teringatkan Fahmi. Rasanya bagaikan dia berada di sebelahku, ingin berkongsi masalah berat yang sedang aku junjung di kepala tua ku.

“Abang, abang beri Lyna pengetahuan tentang hidup. Tidak semua yang kita hendak akan di anugerahkan Ilahi. DIA akan memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Abang, Lyna sayang abang, tetapi maafkan Lyna., Lyna tahu Lyna tidak tak sepatutnya berjanji dengan abang Rafiq tadi. Maafkan Lyna abang..” bisikku, dengan diiringi air mata yang sudah mula terbit disudut mataku,

Tuesday, 30 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 32



BAB 32

Sampai sahaja di KPJ aku terus mencari wad yang dikatakan, wad sutera ditingkat 3. Tidak susah mencari wad berkenaan kerana hospital swasta yang terkenal ini hanya menempatkan beberapa bilik sahaja di setiap wing. Malahan signagenya juga teratur, mudah dan ringkas.
Malu juga aku pada mulanya apabila aku melangkah masuk ke bilik sebaik sahaja aku menolak pintu masuk, kerana sudah ramai saudara dan adik beradiknya yang mengelilingi katilnya. Aku terpinga-pinga, perasaan malu bertukar hairan. Mereka seperti memberi laluan dan ruang kepada aku.

Apa ni!.. Aku hairan.. memang aku sungguh hairan. Aku yang tidak ada kena mengena dengan dirinya tetapi aku diberi keutamaan, sehinggakan siap sebuah kerusi khas buat aku yang sudah

Monday, 29 September 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 31



Untuk makluman pembaca yang mengikut coretan ini, seperti karya-karya yang lepas saya akan delete karya 15 chapter terakhir. Untuk JYT karya bermula Bab 30. Di harap pembaca yang mengikuti memaklumkan kepada saya yang mereka sudah membacanya.  

Tambahan pula, saya sudah mendapat teguran kerana upload terlalu banyak chapter, membuat cerita sudah menjadi basi dan tidak mendapat perhatian penerbit. Itupun jika ada penerbit yang berminatlah..PERASAN!!

Bab 31

Aku ke bilik stor. Semua kotak aku buka, mencari satu kotak yang hampir aku lupa. Tetapi hari ini aku teringatkan kotak ini. Kotak itu seakan-akan memanggil aku agar aku mengeluarkannya semula setelah sekian lama terpuruk di dalam stor.
Lepas satu kotak ke satu kotak yang sudah diseal aku buka, namun aku tidak berjumpa kotak yang aku cari. Kemanalah agaknya.
Aku tegak berdiri, mengimbas kembali, di dalam kotak mana yang aku simpan barang itu selama ini. Namun imbasan tidak dapat diingat dengan nyata, perkara sudah lama, dah jadi sejarahpun, patut letak di arkib sahaja. Perkara yang beberapa mnit berlakupun  aku boleh lupa, inikan pula yang sudah berpuluh tahun. Otak sudah tua! Ek! Bukan otak yang tua, diri aku sendiri yang sudah...