Tuesday, 14 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 44



Bab 44

Lama kami lena, hanya terjaga apabila lampu dipasang semula dan kedengaran pengumuman yang kapalterbang akan mendarat setengah jam lagi. Kaptain kapal siap memberitahu waktu tempatan yang menolak 4 jam dari waktu tanahair. Suhu di Dubai dikatakan sejuk dan Kaptain mengucapkan selamat jalan dan semoga berjumpa lagi.
Pelayan muncul dengan tuala panas untuk penumpang mencuci muka. Aku ambil sekali


LAGU NANCY AJRAM YANG POPULAR PADA TAHUN 2006 TAK SILAP!!


Monday, 13 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 43



Malam nanti entry terakhir ya pembaca! 
Bab 43







Jodoh Yang Tertangguh - Bab 42



Bab 42

Rancangan untuk bernikah dibatalkan buat sementara waktu dan mungkin juga akan dibatalkan terus. Namun Dian tetap datang melawat aku seperti yang dijanjikannya.
Sejak dari awal Dian memberitahu dia hendak bertemu dengan aku bukan dia.  Tetapi aku tetap juga membawanya melawat abang Rafiq di hospital. Harapkan pergerakan mata dan bisikan suara yang amat perlahan.
Melawat lelaki yang dulunya bukan main gagah dan kini hanya terlentang di atas katil. Sudah tidak boleh berbuat apa-apa.
Dia terus jatuh kasihan apabila melihat keadaan abang Rafiq demikian. Hilang marahnya kepada lelaki itu. Abang Fadil dan kak Shima, tak usah hendak dikata, dia muncul sehari selepas aku memberitahu yang keadaan abang Rafiq tidak sedarkan diri.

Sunday, 12 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 41



Bab 41
 
Tidak aku sedar rupanya aku terlelap. Kepala ku di atas katil abang Rafiq, dengan tangannya masih aku genggam. Aku tegakkan kepala, aku lihat Kelly terlentok di sofa panjang. Nelly dan yang lain mungkin sudah pulang, kerana mereka akan bergilir untuk berada di hospital. Cuma aku yang seperti biskut chipmore, sekejap ada, sekejap tidak. Tangannya yang  terkeluar aku masukkan ke dalam selimut.  Meliang liukkan leherku agar tidak terseliuh. Entah berapa lama aku berkeadaan sedemikian, tidak aku sedar.

Friday, 10 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 40



Bab 40

Sudah berzaman kut aku tidak berhubung dengan Dian. Apa khabar agaknya mak Datin tu di Sabah nun! Ada juga terlihat gambar-gambar glamour dirinya, sama ada di suratkhabar atau di majalah, melakukan aktiviti amal bersama mak-mak datin yang lain.
Hemm.. glamour gitu.. Orang sudah menjadi isteri businessman ni susah sikit hendak berjumpa, maklumlah sibuk sokmo.
Petang ni teringat pula aku tentang dia.

“Asssalamualaikum Datin..apa khabar?” tanya ku sebaik sahaja talian diangkat.
“Mualaikumsalam.. Lyna ke ni?” tanyanya.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 39



BAB 39

Tiba-tiba Kelly menerpa ke arah aku.
“Thank you untie, Kelly tahu untie sorang sahaja yang boleh membahagiakan Paksu” bertalu-talu ciuman singgah di pipi kanan dan kiriku.
Aku terpegun dengan tindakan Kelly, abang Rafiq senyum tidak sudah.
“Kelly, please save that some for Paksu please..” sudah mengusik Kelly agar memberhentikan mencium aku berterusan. Sempat pula dia bergurau.

Yes sir!” jawab Kelly juga mengusik.
“Ada celebration apa ni..on what occasion?” tiba-tiba muncul doktor Ridwan dan pembantunya.
Memang sudah tahu, di waktu-waktu begini dia akan membuat pemeriksaan.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 38



Bab 38

“Bang, kita balik bilik ya?” kataku, apabila aku perasan, aku sudah terleka.
Masa berginjak jauh dari sepatutnya. Aku menyorong semula abang Rafiq untuk naik semula ke biliknya. Sudah lebih satu jam rupanya aku diluar. Tujuan untuk membawa abang Rafiq mengambil angin segar, tetapi aku pula yang mengimbas nostalgia hidupku. Hisy.. tak sudah-sudah. Sejak bersara ini kerap pula imbasan masa lalu bermain di kepala.

Aku pandang ke arah abang Rafiq, tenang sahaja dia di atas kerusi roda.
“Abang okey ke?” tanyaku.
Takut pula aku jika terjadi apa-apa, pasti aku panik dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Walaupun aku mempunyai gelaran doktor, tetapi aku hanyalah seorang doktor haiwan.