Tuesday, 2 December 2014

Aku Bukan Perempuan Itu -Bab 27



Bab 27

Anne memerhatikan conveyer belt berpusing dengan mengheret bagasi yang baru dipunggah dari Flight QR616. Penerbangan pesawat Qatar Airlines dari Zurich. Tidak pernah-pernah Anne menggunakan penerbangan Qatar ini sejak 3 tahun belajar di Swiss. Selalunya dia menggunakan penerbangan Emirates. Tetapi di sebabkan tiket penerbangan ini menawarkan tambang yang berpatutan, Anne membelinya. Apa hendak dikesah, janji sampai di tanah air. Bagus juga layanannya. Sama seperti penerbangan Emirates, semua makanan yang dibekalkan halal, tidak ragu-ragu untuk di makan.

Thursday, 27 November 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 26



Bab 26

“ ” bunyi irama yang datang dari permainan kanak-kanak yang baru Didi masukkan token, sekeping besi nipis sebesar duit syiling 50 sen.
Rissa dengan riangnya sudah siap sedia duduk, di dalam bentuk perahu Noah Ark, perahu bergoyang mengikut irama yang berdendang. Rissa yang baru pandai duduk, memegang rail besi, apa lagi, tertipu, konon sedang berada di samundra yang luas bersama-sama binatang yang dilukis di badan perahu.
Teranguk-angguk sahaja dia mengikut goyangan perahu.
Didi menepuk tangan agar Rissa memandang ke arahnya. Johan pula meletakkan tangannya di belakang Rissa, manalah tahu Rissa terlepas pegangan besi.
Khayal punya pasal! Bukan boleh percaya budak comel itu!

Wednesday, 26 November 2014

Hero kepunyaan Rose Ezadora


HERO-HERO KEPUNYAAN ROSE EZADORA!!





Zamri yang penyabar (Inikah Kesudahannya)











Dr. Johan Irfan yang romantik giler (Aku Bukan Perempuan Itu)













Adi Irwan Kesuma, lelaki Indonesia yang menjadi pilihan Hanna (Bila Kau Ada)





Aqram, lelaki melayu yang seiras lelaki Cape Malay (Mengharap Di Tanjung Harapan)




Mikhail Hamzah, lelaki kacukan mat saleh/melayu/mynmar yang jatuh cinta semasa menjadi mangsa keadaan (Indahnya Takdirmu)



 


                                                            
                                                           

Fahmi aka si rambut kerinting, lelaki yang baik hati  (Jodoh Yang Tertangguh)                                                                                                             


    







Rafiq, lelaki  yang setia menunggu walaupun berpuluh tahun (Jodoh Yang Tertangguh)

Sunday, 16 November 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 25



Bab 25

“Noni.. Johan ada?” tanya Didi, apa sudah beberapa jam Johan keluar, tentunya sudah sampai ke kliniknya.
Didi hanya ingin memesan Johan agar singgah ke pasaraya untuk membeli lampin pakai buang Rissa yang tinggal sedikit.
“Eh.. puan, Doktor Joe kan cuti hari ni?” jawab Noni.
“Ya, saya tahu, dia cuti kecemasan, tapi dia dah keluar nak singgah klinik kejap katanya tadi!” jelas Didi lagi.
“Ohh..kalau macam tu, dia belum sampai lagilah nampaknya..” jawab Noni, mengharap bossnya, doctor kacak itu akan menjenguk.
“Tak apalah Noni, kalau dia sampai tolong minta dia call saya, ya?”
“Yalah puan..tapi puan, kejap lagi klinik dah nak tutup!” jawab Noni, berhemah.

Friday, 14 November 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 24



Bab 24

“Eli, I nak tanya youlah..I know this is not the right time to ask, but I think I have to know!“ tanya Johan sebaik sahaja pintu bilik Eli tertutup rapat.
Persoalan yang membuak-buak di dalam kepala otak Johan, inginkan jawapan. Sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi, bagaikan cultured yeast yang sedang mengembang!!
Nasib baik Megat Amir meninggalkan mereka berdua, inilah peluang untuk Johan bertanya..

“I tahu, you mesti hendak tahu hal tu..pasal Danny kan?“kata Eli yang sudah duduk bersandar di kepala katil.

Thursday, 13 November 2014

Aku bukan Perempuan Itu - Bab 23



Bab 23

Johan merapati katil si pesakit. Dipegangnya botol drip yang tergantung dan diperhatikan agar setiap titikan cecair yang keluar dari botol yang tergantung terbalik itu sama seperti yang telah disetkan oleh jururawat.
Kemudian di tariknya kerusi, lalu duduk. Mata mencerlung ke wajah seorang perempuan yang sedang lena. Wajahnya sudah bertampal dengan gauze, termasuk batang hidung. Dah rupa clown circus. Johan senyum bila mengkiaskan si pesakit dengan badut.
Kaki tergantung sebelah. Kaki di sebelah kasut yang patah agaknya, sebab kaki yang itu cedera parah. Cedera sahaja, belum patah!
“Macamamnalah boleh jadi macam tu sekali, wahai Cik Eliya Suraya Megat Mansur oi..! Bolehkan kau tak nampak, kereta punyalah besar!

Tuesday, 11 November 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 22



Bab 22

“La.. Didi balik naik teksi ke? Apa tak call  papa aje yang jemput? Pa bukan buat apapun hari ni..” tegur papa Darus yang membaca akhbar sebaik sahaja melihat Didi sudah berada di depan pintu pagar.
 Terbongkok-bongkok orang tua itu membuka selak pintu pagar kecil.
“Tak apa pa, Di tak mahu susahkan papa, dahlah pagi papa yang hantar, balik pun nak kena jemput pulak ke?…melampau tu!” kata Didi.  
Sengeh!
Jangan ambil kesempatan bila orang sudah baik, terutama mertua. Nanti lain pula jadinya..
Lagipun, bapa mertuanya bukan membuat perkhidmatan kenderaan, teksi sapu!.