Friday, 15 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 6



Coretan hari ini.. layan..

Bab 6

Gelap lagi Hanna dan Sarah sudah tercogok di Train Station Zurich yang panggil Bahnhof. Tiket sudah ditempah, dua hari yang lalu. Tidak perlu membawa beg yang besar, cukup sekadar beg galas belakang. Sehari semalan sahaja, perlu bawa yang patut-patut sudah memadai. Seperti backpackers sahaja lagaknya. Sudah memang packpackerspun. Pelajar manalah ada duit yang banyak. Merantau berjalan-jalan hanya mengambil peluang sahaja. Jika hendak melancung dari Malaysia sudah pasti mahal harganya, terutama tiket kapalterbang. Sudah terlanjur berada di continent Eropah ini, redah sahajalah ketempat-tempat yang paling hampir atau negara jiran. Tidak perlu membayar tiket kapalterbang yang  mahal, cukup sekadar menaiki keretapi. Tidaklah murah mana, tetapi sekurang-kurangnya lebih murah dari tambang kapalterbang. Yang paling utama, tidak perlu berada 2 jam lebih awal untuk check-indi lapanganterbang. Cukup hanya perlu berada di depan plateform 15 atau 10 minit sebelum keretapi sampai. Keretapi disini memang datang dan pergi tepat pada waktunya, tidak cepat atau awal walaupun seminit. Kecuali ada gangguan cuaca, seperti ribut salji atau kerosakan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Swiss, pengurusan keretapi yang dipanggil SBB (Schweizerische Bundesbahnen) didalam bahasa German yang bermaksud Swiss Federal Railways. Pengurusan yang dikatakan terbaik dirantau Eropah dan terkenal di seluruh dunia dengan pentadbiran railwaynya yang bersih, cepat dan tepat pada waktu sehingga menjadi ikutan beberapa buah negara.

Thursday, 14 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 5

Saja-saja gatal jari hendak menaip.. Layan!!


Bab 5

Sarah menolak perlahan pintu bilik mereka. Jarang sekali pintu bilik itu tertutup, tetapi sekarang ianya tertutup rapat. Apartment mereka yang hanya mempunyai satu bilik, jadi dibilik yang berkongsi itulah sahaja untuk mereka mendapatkan sedikit privacy. Jika diluar, mahu beku, sebab cuaca sudah sejuk giler. Terdengar Sarah, bunyi suara Hanna yang bercakap perlahan seakan berbisik. Sungguh romantik. Perlahan-lahan juga Sarah menutup pintu, agar kawannya tidak menyedari yang dia menolak pintu tersebut. Jika Hanna perasan, tentu dia akan merasa segan. Perlahan-lahan juga Sarah berjalan meninggalkan kawannya yang sedang melayan perasaan diatas katilnya dengan telefon melekap ditelinga.

“Dengan Zaid lah tu..” bisik hati Sarah, tersenyum simpul.
“Siapa kata long distance relationship cannot work out? Tu.. dah terbukti okey aje..“ bisik hati kecilnya lagi.

Thursday, 7 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 4

Rasanya hendak capai 100 muka suratpun sakit, untuk cerita ni.. Entahlah!



Bab 4

Hanna berjalan laju. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poket jeketnya. Pagi ini terasa luar biasa sejuknya. Dia sudah melihat ramalan cuaca sebelum keluar tadi, 2 degree Celsius paling rendah dan 11 degree Celsius paling tinggi. Rasanya waktu 2 degree itu adalah sekarang. Sarah disebelahnyapun sama sepertinya, menyimpan kedua belah tangan didalam poket jeket masing-masing. Tudung yang dililit kemas, sesekali beralun ditiup angin sejuk, terus menerpa kewajah mereka yang tidak terlindung.
Glove kait benang bulu memang ada tersimpan didalam beg galas yang ada dibelakangnya, tetapi malu pula hendak Hanna guna. Nampaknya orang belum lagi mengguna glove kerana belum masuk musim dingin. Nanti jadi perhatian orang pula jika Hanna seorang sahaja yang sudah memakai glove. Nampak sangat orang Asia yang ini lebih-lebih, mengalahkan orang Swiss. Hanna batalkan niat hendak memakai glove, nasiblah kau sejuk, malu punya pasal.

Tuesday, 5 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 3

SALAM MAAL HIJRAH 1435 Hijriah


Bab 3

Sejak akhir-akhir ini kerap sekali Hanna terserempak dengan Adi. Jika tidak didalam tram, mereka akan tersempak di dalam kampus. Tidak perlu berjanjipun mereka tetap berselisih bahu. Mana hendak lari, jika sudah satu campus, jawabnya kena redah sahaja.

Musim luruh sudah sampai ke penghujungnya, musim sejuk bakal menjengah. Angin dingin terasa menerpa kemuka. Sejuk betul, walaupun sudah berjeket tebal, berkasut boot, malah memakai pakaian termal lagi. Ialah, sudah biasa mentari sentiasa bersinar di tanah air. Alih-alih tercampak diperantauan yang hanya menekmati beberapa bulan sahaja bahang mentari. Mahu tidaknya terasa perubahan. Perubahan yang adakalanya tidak dapat diterima oleh badan Hanna yang kurus comel. Rasanya sejuk sampai ketulang..errr.. jika sejuk-sejuk begini mahu rasanya dia melompat seperti hero cerita “Jumper“ tu kan bagus. Bila rasa hendak panaskan badan terus melompat balik Malaysia, bila ada kuliah balik semula ke sini.

Friday, 1 November 2013

Bila Kau Ada - Bab 2


Bab 2
 
Entah apa yang saya coretkan ni.. meraban aje tidak tentu hala. Slowly slowly hendak kukuhkan karekter.

Pantulan arca dirinya dicermin diperhatikan. Hari Isnin datang, lagi, nampaknya Hanna perlu bersiap untuk ke kelas, kerana setiap hari Isnin dia ada kelas awal, seawal 8.00 pagi.

Hanna menarik nafas panjang, bukan dia mengeluh kerana terpaksa keluar awal hari ini untuk menimba ilmu dan menjalankan tugasnya sebagai seorang pelajar, tetapi dia merasa puas hati dengan apa yang dia lihat wajahnya dicermin dihadapannya. Dia merasa bersyukur berada di bumi ALLAH yang cantik ini. Dia tidak pernah menduga sehingga sampai disini rupanya perjalanan hidupnya semata-mata untuk menimba ilmu. Teringat Hanna dengan hadith yang diberitahu oleh ustaz sewaktu dia disekolah rendah.

Sunday, 20 October 2013

Bila Kau Ada - Bab 1

Cerita ini baru hari ini saya coretkan. Tidak ada hala tuju sebenarnya, jangan tidak dapat siapkan sudah!

Bab 1

“Hari ini kita nak sarapan apa ya?” tanya Rayhannah yang masih berpyjama biru polkadot puteh, bersandar di pintu masuk dapur. Bertanya kepada Maisarah yang baharu sahaja keluar dari bilik air hanya dengan berkemban tuala warna burgundy dengan rambutnya yang dililit ala turban dengan tuala warna yang sama. 
Sarah angkat bahu?
Manalah dia tahu? Dari dari dalam bilik air. 
Dalam bilik air adakah benda-benda untuk persediaan sarapan?
Wahai cik Hanna, kut iapun hendak bertanya, tunggulah dia berpakaian dahulu.

“Apa yang kita ada?” akhirnya berjawab juga soalan Hannah, Sarah menjawab sambil berjalan pantas masuk ke bilik mereka. Bilik yang dikongsi bersama sudah lebih dari 2 tahun.
Kawan punya pasal, terpaksa juga dijawabnya.

Ahh.. malas Hannah hendak menunggu kawannya yang seorang itu. Hannah membuka peti sejuk. Satu pertiga badannya yang kecil sudah hampir masuk ke dalam peti sejuk tersebut, membongkok melihat semua shelf dari atas terus ke bawah. Hannah terpaksa membongkok kerana memang tidak semua barang yang berada di dalam peti sejuk tersebut dapat dilihat sepenuhnya, jika hanya dengan berdiri di depan pintu. Bukannya banyakpun barang yang disimpan di dalamnya. Semua yang adapun adalah keperluan yang penting-penting sahaja. Maklumlah pelajar, manalah ada banyak duit hendak stock barang makanan.

Friday, 18 October 2013

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 13

Cerita pasal bertudung ini, saya selitkan pengalaman saya semasa bertugas di Fiji Islands. Saya seorang sahaja perempuan yang memakai tudung yang berwarna cerah. Tambahan pula saya berbaju kurung setiap hari kepejabat sehinggakan saya telah ditahan oleh seorang lelaki india muslim bertanyakan saya dari negara mana? kerana dia selama ini rupanya memerhatikan saya setiap hari melintas jalan membeli sarapan di kedai roti yang bernama "Hot Bread Kitchen". Roti yang dimasak di dalam kedai itu sendiri. Aroma roti yang baru dimasak, boleh terhidu dari seberang jalan.. enak sungguh. Hemm.. Dengan bangganya saya jawab dari MALAYSIA.  Di sini saya juga berhenti memakai tudung berwarna puteh kerana disalahanggap saya seorang nun..bila saya pakai tudung puteh, pasti saya akan didatangi oleh orang meminta belas ehsan. Sampai naik takut pula, terutama apabila memanggil saya dengan nama Sister.   macam-macam..


BAB 13
“Saya suka budak Hani tu bang…, orangnya cantik, baik, berbudi bahasa..sopan.. dah duduk luar negeripun masih jaga aurat.. susah tengok budak perempuan macam tu, ada tu  masa di Malaysia bukan main lagi pakai tudung bagai.. sampai Nampak mata aje..keluar negeri sekejap aje dah terbang tudung entah kemana, silap hari bulan kalah perempuan mat salleh di buatnya… punya lah daring..!!” Puan Fatehah memulakan perbualan semasa makan malam di restaurant.

“Bagus lah macam tu, tak cepat melatah.. Ain nanti kalau ada peluang belajar luar negeri kena belajar jaga tata susila, ha… bila nak pakai tudung macam Kak Hani tu..”  tegur Encik Mansor memandang anak gadis remajanya..