Saturday, 7 December 2013

Aku bukan Perempuan Itu - Bab 5

Sejuk-sejuk ni, malas hendak keluar, baik duduk dalam bilik.. ha! inilah hasilnya. 

BAB 5

 “Saayanngg.., kenapa tak tidur lagi ni..” Johan membuka sebelah matanya perlahan dan dilihatnya, mata Didi masih bulat merenungnya. Rapat sungguh, nafasnyapun boleh dirasa berlalu mengikut helaan nafas Didi dimukanya.
“Hemm… tak boleh lelap..” jawab Didi.
Johan sudah tahu, ini kes “Jika dia tidak boleh tidur, orang lainpun juga tidak dibenarkan tidur..”
Di tariknya Didi supaya lebih dekat disisinya.
“Kenapa pulakkk..” soal Johan dengan suaranya yang mamai.
Penat dan mengantuk, banyak pula patient hari ini, siang tadi sampai hendak kebilik airpun terpaksa ditangguhnya. Sudah musim buah ni, memang penyakit batuk dan selsema menjadi-jadi. Kena pulak musim durian diwaktu musim hujan. Yang sipesakitpun satu, bila makan tu tidak ingat dunia.

Thursday, 5 December 2013

Aku Bukan Perempuan itu - Bab 4

Sorry.. makin lama makin merapu saya ni.. layan!!

BAB 4

 Atirah duduk kerusi dihadapan meja Didi.

“Apa kata Johan?“ tidak menyempat-nyempat duduk, dia sudah bertanya. Soalan umpama sangat penting. Kedudukan punggungnya dikerusipun belum selesa lagi, sudah terpacul soalan.

“Kata apa?” Didi menyoal semula kawannya. Didi buat-buat tidak faham

Mana tidaknya, solan yang meminta orang yang menjawab berfikir dahulu sebelum menjawabnya. Sebenarnya Didi tahu Atirah ingin mengetahui sama ada dia sudah mempunyai jawapan kepada persoalannya kelmarin.

“Betina tu la..?” soal Atirah dengan nada tinggi.

Tuesday, 3 December 2013

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 3

Mengantuknya, ya ampun.. hendak tambah a few more pagespun rasa tak tertahan. Macammanapun layan aje lah dulu.  Nanti saya edit lagi ek!

Bab  3

Banyak doa dan istighfar yang Didi baca selepas solat maghrib. Didi sedar, hanya DIA sahaja tempat dirinya berserah. Bertakung air matanya sewaktu melafazkan doa-doa diakhir solat. Dia terasa lega, sekurang-kurangnya ada tempat mengadu. Cuma dia tidak faham kenapa dia cepat marah sejak akhir-akhir ini. Cemburunya juga berganda-ganda. Apabila dia bertafakur, dia rasakan dia sudah membuat banyak kesalahan. Kenapa perlu mencari punca masalahnya dengan hati yang panas, kenapa tidak secara tenang. Bukankah didalam tenang, fikiran boleh berfikir secara rational.  Kenapa perlu risaukan hal yang belum berlaku. Hargailah dengan apa yang kita ada. Baiki mana yang silap. Tidak rugipun jika beriktiar.  Berkajang-kajang senarai yang bermain dikepalanya. 

Saturday, 30 November 2013

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 2

Coretan entah apa-apakan! Saya sendiripun tak tahu... main hentam sahaja.

Bab 2

Terkejut Didi apabila terasa ada tangan kasar di dahinya, namun dia tetap membatukan dirinya. Dia tahulah suaminya seorang doktor, sampai terbawa-bawa tugas seorang doktor dirumah.  “Sudah balik rupanya syaitan gondol” bisik hati kecil Didi.  

Didi tidak menyedari kepulangan suaminya kerana terlelap setelah penat mengamuk dan menangis. Namun dibiarkan sahaja tangan kasar itu melekap didahinya. Tidak mampu ditepisnya  Tadinya bukan main lagi marahnya, bagaikan gunung berapi Karakatau. Tetapi hanya kerana sentuhan tangan kasar lelaki yang dibenci itu sudah didahinya telah berjaya meredakan sedikit rasa marah. Mudah sungguh Didi mengalah, hanya dengan sedikit sentuhan, dia sudah cair. Betul kata Atirah, dia seorang isteri yang lembut, baik dan mudah mengalah. Salah satu sebab Johan mengambil kesempatan ke atas kelemahan dirinya.

Friday, 29 November 2013

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 1

Tak tahu hendak beri tajuk apa. Buat sementara tajuk "Aku Bukan Perempuan Itu". Tengok flow cerita, jika sesuai, tajuk ini akan kekal.

BAB 1

“Prangg…” bunyi kaca berkecai. Berselerak kaca di lantai, tetapi Didi hanya memerhati sahaja, Puas rasa dihatinya. Direnungnya gambar yang tersadai dicelah kaca-kaca yang terselerak.  

Tidak! Didi masih tidak puas hati. Frame gambar kristal pecah, tetapi tidak langsung mencemarkan gambar yang ada didalam frame itu. Gambar sepasang pengantin yang nampak mesra. Si pengantin perempuan tersenyum dilebar sehingga ketelinga, berada didalam pelukan sipengantin lelaki. Sama cantik dan sama lawa, seri pangantin, Kebaya dan baju melayu yang sedondon, siap bertanjak. Itu semua gara-gara aksi membunuh yang diabadikan selepas mereka bernikah 5 tahun lalu. Itupun hasil dari tunjuk ajar photographer professional yang mereka tempah. Sudah biasa dengan pose-pose mengancam begitu. Ini bukan hasil kerja yang pertama, sudah beratus-ratus pasangan pengantin yang menjadi model rakaman kamera canggihnya.

Friday, 22 November 2013

Tram Bila Kau Ada

Tram merah yang sama tetapi sebulan yang lalu. Tak silap saya bagi coretan saya kepada chapter 4 "Bila Kau Ada". Bercinta dalam Tramlah jawabnya..ha..ha..ha..

Tram BKA

Inilah tram yang Hanna tunggu setiap pagi didalam coretan saya "Bila Kau Ada". Pagi ini 22 Nov. 2013