Thursday, 5 June 2014

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu Bab 43 - 44

Bab 43 - 44
 


Pintu bilik Murni terkuak. Terkejut Murni, tetapi lega, si suami rupanya.

“Muni, nampaknya Muni kena arrange lagi sekali dengan Shiha, kalau abang lambat hari ini, Muni tumpang dia macam last time.eh!.” Zamri meminta Murni menumpang Shiha, sekiranya dia tidak sempat sampai kepejabat untuk menjemputnya pulang.

Wednesday, 4 June 2014

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu - Bab 40 - 42

Memang seronok rasanya malam ini saya menggarap cerita Zamri dan Murni... layan!!!


Bab 40 - 42

Satu ciuman singgah di pipi kiri Zamri. Zamri yang sedang duduk membaca buku ilmiah di atas katil merasa hairan dan terkejut, dapat hadiah ciuman dari isteri tersayang.
“Apa pulak ni Muni…” buku diletakkannya di atas katil, tangannya singgah ke dahi Murni yang duduk betul-betul di sebelahnya. Murni terlentuk di bahunya, sungguh romantik.
“Tak demam pun..!” Zamri merasa dahi Murni yang tidak panas, dia ingatkan demam ke sakit ke kerana bertindak tiba-tiba.

Tuesday, 3 June 2014

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu - Bab 39

Bab 39

Mila bermain dengan tangannya sendiri, dia serba salah dengan permintaan uncle yang pernah memecahkan balangnya. Mila memandang ke arah Zamri kemudian pandangan kea rah Murni. Yang dia nampak ayah Zam hanya tersenyum, namun muka mama, masam. Masam seperti baru memakan asam kecut!
“Kenapa pulak nak kena panggil uncle yang baru Mila kenal dengan panggilan “Papa”? Mila sudah ada papa… tu.. ayah Zam!” jawab Mila.
“Bolehlah..panggil uncle, papa Am” pujuk Ammar lagi, merayu-rayu.
“Kenapa pulak papa Am..siapa nama uncle ya?” tanya Mila, hairan senang-senang sahaja lelaki yang baru dikenalnya beberapa hari meminta untuk memanggil dirinya dengan panggilan “papa”. Yang Mila hairan, ayah Zam diam sahaja dengan permintaan lelaki itu, mama lagilah.. tidak bersuara sepatahpun, mahupun membantah.

IniKah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu - Bab 38

Bab 38


Suasana di Café House Shahzan Inn tenang. Ditambah pula dengan alunan musik yang lembut memang membuat jiwa tenang. Irama yang perlahan, diantara dengar dengan tidak, namun masih dapat diketahui dendangan siapa. Keluarga Zamri mengambil tempat mengikut yang telah dibawa oleh pelayan. Terus si pelayan menghulur buku menu untuk mereka membuat pilihan.
“Ayah Zam, Mil nak ice cream yang ni boleh tak?” Mila menunjukkan gambar banana split yang ada didalam buku menu restaurant Shahzan Inn. Montok sahaja jari Mila menunjukkan gambar tersebut. Jangan tertipu Mila, nampak didalam gambar memang meleleh air liur, bila sampai belum tentu sama seperti di dalam gambar.

Sunday, 1 June 2014

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu - Bab 37



Pendek sahaja chapter kali ini, esok saya sambung lagi ya!
Jemput baca kesah Zamri dan Murni pula..ahak!!

BAB 37

“Macammana Muni, si Ammar tu nak jumpa Mila sebelum dia balik, Muni benarkan ke  tak?” tanya Zamri yang sudah duduk beralaskan bantal dibelakangnya sebaik sahaja Murni membaringkan diri disebelahnya.
“Entah.. abang fikir macammana?” Murni menyoal kembali soalan yang Zamri tanya kepadanya.
“Abang rasa elok juga kita jumpakan dia orang tu, tapi jangan cerita pada Mila lagi tentang siapa sebenar si Ammar tu, nanti sampai the right time baru kita cerita.. kena perlahan-lahan, nanti Mil terkejut, sebab selama ni, dia ingat bapanya sudah meninggal dunia” jelas Zamri.

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 52 (FINAL)

Kesudahan kesah Aqram dan Hani...


BAB 52

Maaf , saya terpaksa memadam 10 chapter terakhir.

                                                                     ---- TAMAT-----
 


Saturday, 31 May 2014

Inikah Kesudahannya/Bila Senja Berlalu - Bab 31 - 36



Minggu depan kita sambung chapter 37 eh! Sabar, kita habiskan cerita Mengharap di Tanjung Harapan, final chapter, esok, insyallah..
 
BAB 31

Mr. Lim, please let Mr. Tu Ah knows about our discussion today, ya?” tegas Zamri kepada Mr. Lim, Ketua Jurutera di tapak projek Tu Ah Tower.  Hasil dari lebih satu jam perbincangan. Zamri sangat berharap agar Mr. Lim akan memberitahu bossnya tentang apa yang telah dibincangkan. Jangan dia tidak faham, lain yang disuruh lain pula yang akan dibuatnya kelak.
“Yes, Mr. Zamli, I will let him know, you jangan lisau.., tadikan saya sudah belitahu, memang kita mahu buat, tapi tak sempat ma..” Mr. Lim berdalih, sedangkan sekiranya tidak