Friday, 25 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 64



 BAB 64                                        

“Saaayanggg..” Karl memanggil lembut isterinya dengan nada meleret.
Malam kedua selepas majlis mereka.  Mereka ingin merehatkan diri setelah penat di siang hari. Penat kerana masih melayan tetamu yang datang kerana ada tetamu yang tidak sempat hadir di majlis mereka kelmarin, tetapi mereka tetap datang berkunjung. Penat disakat keluarga juga menokok tambah kepenatan. Penat aktiviti malam, tak usah di sebut! 
Berdua-duaan di balcony rumah banglow sambil membuat kerja tidak bergaji, mengira bintang di langit dan memerhati kerlipan kapal-kapal yang berlalu di Selat Melaka. Kedua-duanya berdiri dengan tangan memegang besi gerigi.

Indahnya Takdir Mu - Bab 63



Bab 63

“Erin dah sedia ke?” tanya Suzilah kepada Del.
Karl hendak masuk ke bilik bagi majlis menyarung cincin. Rumah banglow yang dahulunya sunyi, kini hingar bingar dengan majlis perkahwinan Erin dan Karl. Sengaja Karl mengadakan majlisnya di rumah itu. Dia suka dan sayang rumah yang sudah terbiar begitu lama.  Wak dan keluarga sungguh gembira dengan keputusan Karl untuk tinggal terus di situ. 
Tidak ketinggalan Oma Maria, oma adalah gelaran nenek di dalam bahasa German. Dia sudah terbiasa membahasakan dirinya oma semasa di German dahulu. Dia sudah melupakan segala perkara

Indahnya Takdir Mu - Bab 62



BAB 62

Jari Karl menekan tetikus, mengedit gambar yang baru sahaja dimasukkan ke dalam komputer. Hasil dari temuramahnya dengan Duta Besar Filipina di Kuala Lumpur. Tugasan pertama selepas pulang dari Filipina dan juga selepas bercuti panjang selama hampir 6 bulan. Hasilnya tidak sebaik selalu, kerana fikirannya tidak focus kepada tugas. Fikirannya tertumpu hanya pada Erin yang ditinggalkan sesudah subuh tadi. Tenangkah dia atau meracau seperti selalu?

Wednesday, 23 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 61



Bab 61

Tidak di sangka sudah dua bulan berlalu, tanpa banyak perubahan kepada ingatan Erin. Namun dia nampak lebih ceria. Sudah mampu berbual, mampu membuat lawak malah sudah mempersoalkan Tok pa bagaimana Karl tiba-tiba menjadi cucunya dan dia menjadi anak angkat orang lain yang dia tidak kenal.   
Karl hanya mempunyai 4 bulan sahaja lagi untuk dia bercuti dengan separuh gaji. Setiap hujung bulan dia akan ke pejabat berjumpa Encik Lokman untuk melaporkan kesihatan Erin. Erin pun sudah semakin rapat dengan Karl, cuma dia tidak suka Karl yang pandai-pandai menyentuhnya. Erin lebih selesa bersama Wan Jie.

Indahnya Takdir Mu - Bab 60



Bab 60
Sudah dua hari bertamu di bilik kecil hospital. Selesai subuh Karl menjengok tingkap, cantik panorama Putrajaya dari tingkap kaca itu. Bangunan pejabat Kerajaan yang dibina mengikut bentuk cintarasa arkitek, si pelukis pelan. Setiap banguan mempunyai keunikan tersendiri. Bukan tidak biasa Karl melihat bangunan-bangunan ini, namapun kerja di Putrajaya. Cuma tidak ada masa untuk menilai dan mengkaguminya kerana asyik lena berkerja, terlepas pandang untuk menekmati keindahan bangunan-bangunan tersebut. Tetapi pagi ini, dari ruang tingkap kaca yang kecil, buat pertama kalinya Karl terfikir untuk

Monday, 21 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 59

Kepada pembaca-pembaca yang sudi singgah, harap sekiranya memberi komen-komen yang membina agar saya dapat memperbaiki penulisan saya di coretan yang lain.. Insyaallah..


BAB 59

Mama Mysha dan Papa Hamzah sudah lama pulang. Karl juga sudah terlena entah berapa jam, selepas pemeriksaan terakhir dari Dr. Logan, dua jam yang lalu. Jam tangan diintai, sudah menunjukkan 1 pagi. Bolehkan terlena duduk di atas kerusi dan kepala terlentok di atas katil dengan tangan memegang tangan kanan Erin. Sejuk betul bilik itu, segera Karl ke dinding yang terlekat controller penghawa dingin, suhu di naikkan ke angka 22 daripada angka 18.
Erin masih tidak bergerak, masih seperti patung mannequin. Tangan menutup mulut yang menguap,

Indahnya Takdir Mu - Bab 58



Bab 58

Berjalan perlahan dia meninggalkan bilik Dr. Logan. Mata Dr. Logan masih tidak lepas memandang pergerakan anak muda malang itu meninggalkan biliknya dengan penuh harapan. Pandai bermotivasi doktor ini, mampu orang yang sudah putus harapan untuk hidup, mahu terus hidup seribu tahun lagi. 
Karl melangkah laju menuju ke bilik ICU. Di jenguknya ke bilik di mana Erin ditinggalkan tadi, tetapi tubuh badan orang yang di cari sudah tiada. Karl panic lagi, muka sudah pucat. Terus Karl ke kaunter tengah bertanyakan di mana isterinya berada sekarang?