Saturday, 2 August 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 66 (Final)


Akhirnya selamat di selesaikan. Harap pembaca setia dapat membacanya kerana saya akan delete 15 chapter terakhir dalam beberapa minggu lagi.
Harap Maaf!
BAB 66 (Final)

 Karl dan Erin tenang duduk di kerusi, hanya menunggu pengumuman untuk boarding. Sudah lama perancangan untuk melawat Mama Suzi akhirnya tercapai jua. Mereka menuju ke Geneva, melawat mama Suzi dan juga cuti 2 minggu honeymoon. Tambahan pula kehadiran mereka diperlukan oleh Mama Suzi untuk membantunya berkemas, kerana dia sudah menamatkan perkhidmatannya di Geneva, Switzerland dan akan ditukarkan ke Beijing, China pula. Erin berjanji membawa Karl menjelajah ke tempat-tempat yang pernah dia pergi. Kali ini pastinya kunjungan yang paling indah, kerana Karl ada bersama. 

Indahnya Takdir Mu - Bab 65


BAB 65

Erin mencari-cari meja yang telah diberitahu penaja tentang lokasi mejanya. Matanya melilau tidak tentu hala.

Ishy.. sorang sorang begini memang mati kutu dibuatnya. Pengunjung tidak ramai lagi kerana hanya staff dan mereka-mereka yang terlibat sahaja kelihatan mundar mandir didewan yang besar itu. Lagi pun Pesta Buku hanya akan dibuka untuk orang awam bermula pada jam 10.00 pagi, masih ada 15 minit lagi untuk mencari.

Wednesday, 30 July 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 15



Masih mood raya, mana tidaknya! Raya kan sebulan. Teringat pulak saya pada Doktor Johan. Kita lupa sekejap Erin dan Karl. Hari ini saya bawa pembaca berjumpa Johan dan Didi.. 

Bab 15


Dalam berangan, sampai juga Johan di halaman rumahnya. Rasanya separuh dari ingatannya hanya dipenuhi dengan nama “Eli”, alhamdulillah selamat sampai jua .Memandu pulang dalam keadaan separa sedar. Di fikiran bagaikan ada suis yang memetik alat replay yang memutarkan kesah dirinya sewaktu bersama Eli. Seperti time travel pula.
Nasib baik tidak tersasar sampai ke sempadan Thailand, khayal punya pasal!
Masih duduk di dalam kereta walaupun pintu pagar otomatik masih ternganga, tidak ditutupnya. Pandai buka, tetapi tidak ingat hendak menutupnya.

Friday, 25 July 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 64



 BAB 64                                        

“Saaayanggg..” Karl memanggil lembut isterinya dengan nada meleret.
Malam kedua selepas majlis mereka.  Mereka ingin merehatkan diri setelah penat di siang hari. Penat kerana masih melayan tetamu yang datang kerana ada tetamu yang tidak sempat hadir di majlis mereka kelmarin, tetapi mereka tetap datang berkunjung. Penat disakat keluarga juga menokok tambah kepenatan. Penat aktiviti malam, tak usah di sebut! 
Berdua-duaan di balcony rumah banglow sambil membuat kerja tidak bergaji, mengira bintang di langit dan memerhati kerlipan kapal-kapal yang berlalu di Selat Melaka. Kedua-duanya berdiri dengan tangan memegang besi gerigi.

Indahnya Takdir Mu - Bab 63



Bab 63

“Erin dah sedia ke?” tanya Suzilah kepada Del.
Karl hendak masuk ke bilik bagi majlis menyarung cincin. Rumah banglow yang dahulunya sunyi, kini hingar bingar dengan majlis perkahwinan Erin dan Karl. Sengaja Karl mengadakan majlisnya di rumah itu. Dia suka dan sayang rumah yang sudah terbiar begitu lama.  Wak dan keluarga sungguh gembira dengan keputusan Karl untuk tinggal terus di situ. 
Tidak ketinggalan Oma Maria, oma adalah gelaran nenek di dalam bahasa German. Dia sudah terbiasa membahasakan dirinya oma semasa di German dahulu. Dia sudah melupakan segala perkara

Indahnya Takdir Mu - Bab 62



BAB 62

Jari Karl menekan tetikus, mengedit gambar yang baru sahaja dimasukkan ke dalam komputer. Hasil dari temuramahnya dengan Duta Besar Filipina di Kuala Lumpur. Tugasan pertama selepas pulang dari Filipina dan juga selepas bercuti panjang selama hampir 6 bulan. Hasilnya tidak sebaik selalu, kerana fikirannya tidak focus kepada tugas. Fikirannya tertumpu hanya pada Erin yang ditinggalkan sesudah subuh tadi. Tenangkah dia atau meracau seperti selalu?