Tuesday, 4 November 2014

30 jam - Bab 16



Bab 16

“Karl.. jumpa mama kat KPJ Shah Alam cepat! Erin masuk hospital.. mama tak boleh cakap lama. Ma baru check in kan Rin kejap tadi. Cepat sikit!” arahan dari mama Mysha.
Tergesa-gesa sahaja suara mama buat Karl terpaku, terkejut dengan berita yang baru dia terima, sudah kaku menjadi batu.
Karl ternganga dan hampir terlepas telefon yang baru dijawabnya apabila mendengar suara mama Mysha meminta dirinya ke hospital KPJ Shah Alam dengan segera.
Berita yang di sampaikan, isterinya warded, tetapi kenapa?

30 Jam - Bab 15



BAB 15

Tapak tangan di dahi, muka berkerut-kerut. Entah apa yang difikirkan oleh Erin. Memikirkan ayat-ayat untuk sambungan ceritanya agaknya.
Entah! Kalah gaya politician memikirkan masalah negara. Jika setakat memikirkan ayat-ayat yang hendak digunakan, sampai begitu sekali.
Sudah lama dia memikirkan hendak menamatkan sahaja coretannya, tetapi ending yang bagaimana? Happy ending atau tragedy? Pembaca selalu mahukan happy ending, seperti fairy tale. Tetapi hampir semua novel-novel yang disogokkan di pasaran mempunyai kesudahan yang begitu, happy. Sedangkan hidup ini tidak seperti yang ditulis di dalam novel.

Thursday, 30 October 2014

30 jam - bab 14



Bab 14

Jari Erin terhenti lagi. Memang idea datang mencurah-curah. Yang perlu difikirkan, adalah olahan ayat yang tepat, agar pembaca faham apa yang hendak disampaikan. Yalah, walaupun ianya hanya imaginasi penulis, kena juga logic. Jangan pula seperti cerita animasi walt Disney sahaja. Mahu pembaca jueh bibir. Hendak menipupun biarlah berpada-pada. Jangan sampai tidak masuk akal. Tetapi Erin menulis dari pengalamannya. Namun ada juga tokok tambah yang tidak berlaku, kena juga tambah sikit asam garamnya agar cerita lebih menarik. Bukan gitu!
Pembaca sekarang sudah semakin cerdik. Bukan boleh main hentam kromo hendak menipu mereka hidup-hidup. Silap-silap ada yang kena tegur berbakul-bakul. Mahu malu penulis dibuatnya!

Wednesday, 29 October 2014

30 jam - bab13



Bab 13

Jari Erin mengetuk papan kekunci komputer laju. Setakat menaip bilangan bab dan nama tajuk memanglah laju. Tunggu bila hendak memikirkan isi cerita, pastinya lembab, kena pula idea tidak muncul-muncul, memang double pening dibuatnya.
Mata sekejap rapat ke skrin, kemudian di jaraknya. Yang ada hanya tajuk, tidak berubah.
Entah yang keberapa kali tajuk di renung, sudah naik tembus skrin komputer dibuatnya.
“Nak cerita apa  lagi huh!” Erin berbicara sendiri.

Sunday, 26 October 2014

30 Jam - Bab 12



Bab 12

Karl berhenti membaca sejenak kerana memasukkan semua barangnya ke dalam beg sandangnya. Lalu beg tersebut di letakkannya di atas sofa. Kemudian dia masuk semula ke dalam bilik study untuk menyambung pembacaannya. Mata mencelung semula di hadapan skrin komputer, tekun.

“Hanya dengan hamparan selimut kapalterbang, Lia membaringkan dirinya yang keletihan. Kepala hanya beralaskan dengan batal kecil kapalterbang juga. Nasib baik barang-barang tersebut dapat diselamatkan sedikit daripada dibaham api sewaktu kebakaran tersebut. Karl berbaring di sebelah, terlapang, bagaikan bercamping di tepi laut. Beratapkan langit, berlantaikan pasir. Cuma tidak ada ombaknya. Hanya ada pasir sahaja.

30 Jam - Bab 11



Bab 11

Sudah 2 jam Erin tersengut-sengut di sofa meneman Karl menghabiskan kerjanya di bilik study. Katanya sekejap, tetapi dari apa yang dia lihat, banyak lagi yang belum selesai. Kejapnya apa? Write up  yang tunggang langgang, gambar yang belum diedit. Malah belum dipilihpun lagi, banyak pilihan pulak tu. Majlis sambutan Hari Belia sedunia di Stadium Bukit Jalil yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Kerana ingin bersama suami, Erin diam  sahaja, jangan banyak bunyi.
Karl berpaling apabila mendengar Erin menguap kuat, walaupun dia sudah menutup mulutnya dengan sebelah tangannya. Namun masih terdengar Erin menguap beberapa kali.

30 Jam - Bab 10



BAB 10

Erin yang duduk menonton TV, menoleh ke arah suara Karl yang mengomel. Adalah benda yang dia tidak puas hati. Erinpun tidak mengetahui. Yang dia tahu, pastinya masalah di pejabat. Kerana dia baru sahaja pulang dari Info Harian, pejabatnya. Yang dia nampak Karl baru sahaja menjengok beg sandangnya. Rasanya sudah berpuluh kali dia menjenguk beg tersebut, Erin sudah tidak terhitung. Karl mengkelebek beg sandangnya setiap beberapa saat.
“Kenapa bang?“ tegur Erin pendek, manalah tahu dia boleh membantu.