Sunday, 16 November 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 25



Bab 25

“Noni.. Johan ada?” tanya Didi, apa sudah beberapa jam Johan keluar, tentunya sudah sampai ke kliniknya.
Didi hanya ingin memesan Johan agar singgah ke pasaraya untuk membeli lampin pakai buang Rissa yang tinggal sedikit.
“Eh.. puan, Doktor Joe kan cuti hari ni?” jawab Noni.
“Ya, saya tahu, dia cuti kecemasan, tapi dia dah keluar nak singgah klinik kejap katanya tadi!” jelas Didi lagi.
“Ohh..kalau macam tu, dia belum sampai lagilah nampaknya..” jawab Noni, mengharap bossnya, doctor kacak itu akan menjenguk.
“Tak apalah Noni, kalau dia sampai tolong minta dia call saya, ya?”
“Yalah puan..tapi puan, kejap lagi klinik dah nak tutup!” jawab Noni, berhemah.

Friday, 14 November 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 24



Bab 24

“Eli, I nak tanya youlah..I know this is not the right time to ask, but I think I have to know!“ tanya Johan sebaik sahaja pintu bilik Eli tertutup rapat.
Persoalan yang membuak-buak di dalam kepala otak Johan, inginkan jawapan. Sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi, bagaikan cultured yeast yang sedang mengembang!!
Nasib baik Megat Amir meninggalkan mereka berdua, inilah peluang untuk Johan bertanya..

“I tahu, you mesti hendak tahu hal tu..pasal Danny kan?“kata Eli yang sudah duduk bersandar di kepala katil.

Thursday, 13 November 2014

Aku bukan Perempuan Itu - Bab 23



Bab 23

Johan merapati katil si pesakit. Dipegangnya botol drip yang tergantung dan diperhatikan agar setiap titikan cecair yang keluar dari botol yang tergantung terbalik itu sama seperti yang telah disetkan oleh jururawat.
Kemudian di tariknya kerusi, lalu duduk. Mata mencerlung ke wajah seorang perempuan yang sedang lena. Wajahnya sudah bertampal dengan gauze, termasuk batang hidung. Dah rupa clown circus. Johan senyum bila mengkiaskan si pesakit dengan badut.
Kaki tergantung sebelah. Kaki di sebelah kasut yang patah agaknya, sebab kaki yang itu cedera parah. Cedera sahaja, belum patah!
“Macamamnalah boleh jadi macam tu sekali, wahai Cik Eliya Suraya Megat Mansur oi..! Bolehkan kau tak nampak, kereta punyalah besar!

Tuesday, 11 November 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 22



Bab 22

“La.. Didi balik naik teksi ke? Apa tak call  papa aje yang jemput? Pa bukan buat apapun hari ni..” tegur papa Darus yang membaca akhbar sebaik sahaja melihat Didi sudah berada di depan pintu pagar.
 Terbongkok-bongkok orang tua itu membuka selak pintu pagar kecil.
“Tak apa pa, Di tak mahu susahkan papa, dahlah pagi papa yang hantar, balik pun nak kena jemput pulak ke?…melampau tu!” kata Didi.  
Sengeh!
Jangan ambil kesempatan bila orang sudah baik, terutama mertua. Nanti lain pula jadinya..
Lagipun, bapa mertuanya bukan membuat perkhidmatan kenderaan, teksi sapu!.

Sunday, 9 November 2014

30 Jam Yang Indah Bersamamu - Final



Bab 19

Erin mengadap komputer, berkelip-kelip ikon, hanya menunggu untuk ditekan apa-apa abjad yang tidak muncul-mucul. . Erin hilang punca, apa ayat yang hendak dimulakan.
“Ahh.. tak payah buat ending tragedilah .. cukup dengan happy ending, sebab pembaca mengharapkan happy ending“. getus Erin.
“Baik aje Rin baiki, ending tu supaya lebih seronok lagi...“ Erin berbicara sendirian.

30 Jam - Bab 18



Bab 18

Karl baru sahaja menjinjing beg pakaian mereka. Hendak di hantar ke kereta. Mama Mysha sudah di depan pintu.
“Karl, jangan lupa ingatkan Rin makan ubat dan jamu yang mama bekalkan.. jangan pengelat!“ rasanya, dalam 2 minggu sudah hampir sekotak di telan Erin.
Check, Karl sudah register di dalam kepalanya.. hemm.. ubat, jamu.
Okey mum.

30 jam - Bab 17



BAB 17

“Apa Rin  buat kat dapur ni.. dah tu.. duduk aje kat sofa sana tu, kalau nak apa-apa beritahu mama atau si Marlyn tu..dah! pegi sana ..” kata arahan dari mama Mysha meminta Erin duduk sahaja di sofa di ruang tamu dari sebok sama cuba membantu menyediakan makan tengahari.
Arahan keras, gaya seorang queen control.
Ye ke?
Ingatkan mama Mysha seorang gadis melayu terakhir, lemah lembut.. boleh buat papa Hamzah cair. Rupanya tekaan Erin meleset, tegas juga rupanya dia!