Tuesday, 13 October 2015

Mood Menulis..

Nampaknya mood menulis sudah kembali. Insyallah saya akan consistent dengan penulisan saya ini selepas ini.  SELAMAT MAAL HIJRAH kepada semua yang singgah di Blog ini. Mulakan tahun baru dengan azam dan semangat baru, Aminnn

Monday, 6 July 2015

Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak!- Bab 6



Amy melangkah perlahan, menyusur jalan menuju masuk ke pejabat Encik Helmi. Mata melilau, terpegun dengan keindahan seni bina bangunan yang dia bakal masuk.
Wahhh!! Gah dan cantik rupanya Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria ini ya!
Itulah pasal!  7 tahun terperuk di Cape Town, sampai tak ada masa langsung hendak menjengok Kedutaan, tempat yang sepatutnya semua rakyat Malaysia yang merantau jengok selalu. Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa berita dari tanah air, boleh disalurkan. Ini tidak? Masing-masing buah hal sendiri. Bila sudah tersepit dan memerlukan bantuan barulah terhegeh-hegeh meminta simpati. Rungut Amy sendirian, memarahi dirinya sendiri akan kecuaian yang telah dia lakukan tanpa dia sedar.

Tuesday, 2 June 2015

Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak! - Bab 5



Bab 5

“Kenapa sayang”, sambil Amy mencium kepala kedua-dua anak-anaknya yang sudah duduk di celah ketiaknya. Rindu sangat gamaknya.
Belumpun satu malam berakhir, sudah tidak boleh berpisah. Maklumlah mereka berada di rumah orang yang bukan keluarga, mahupun kawan. Hanya kenalan yang dikenalkan atas kawan! Sudah tidak tahu hubungan apa yang sepatutnya diberikan kepada pasangan baik hati ini. Sanggup membantu orang yang tidak ada pertalian darah langsung, melainkan saudara seislam.

Monday, 11 May 2015

Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak - Bab 4


Bab 4

 

“Makan, jemput makan jangan malu, buat macam rumah sendiri” kata Encik Helmi menegur Amy. Encik Helmi perasan bukannya dia makan, asyik menguis-nguis nasi yang tidak banyak manapun di dalam pinggannya.

Amy mengangkat mukanya dan hanya mampu tersenyum. Termalu juga, tertangkap tidak menumpukan menekmati rezeki di depan mata.

Friday, 8 May 2015

Mungkin Ya., Mungkin juga Tidak - Bab 3


Bab 3

 

Masih teriyang-iyang di telinga Amy apabila teringatkan apa yang telah dikatakan oleh si pemandu. “Master Azmi told me to make sure you and the boys arrived safely in Pretoria”

Patutlah dia tahu nama Amy dan patutlah dia sebok menjadi jurucakap dan penyampai maklumat!

Monday, 27 April 2015

Mungkin Ya, Mungkin juga Tidak! - Bab 2



BAB 2

Suara hiruk pikuk di dalam bas, telinga sudah tidak tahu suara mana satu yang perlu tembus ke gegendang, corong telinga menerima segala nika bentuk bunyi! Yang Amy tahu, semua jenis suara boleh didengarnya bercampur-campur, kalah pasar borong. Namun Amy masih bersifat tenang, tidak mahu anak-anaknya panik. Yang pasti Amy tidak mengerti apatah lagi memahami, apa yang dia dengar. Semua suara yang didengar, hanya bahasa asing yang dia tidak faham sepatah haram. Mahu tidaknya, di Afrika Selatan ini mempunyai 11 dialeg yang sangat berbeza diantara satu sama lain. Bukannya dialeg seperti Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, sekurang-kurangnya tidaklah banyak bezanya! Daileg mereka terlalu berbeza antara satu sama lain, ibarat langit dengan bumi?

Thursday, 23 April 2015

MUNGKIN YA, MUNGKIN JUGA TIDAK! - BAB 1



BAB 1

Amy memandang keluar tingkap bas. Laju sahaja bas dua tingkat yang dinaiki meninggalkan lepas satu pemandangan ke satu pemandangan yang memang tidak menarik perhatian Amypun. Tangan mengusap lembut rambut si anak yang tidur di atas pangkuan. Kemudian mata mengerling ke tempat duduk sebelah kanan. Seorang lagi anaknya. Amy senyum, si abang yang pulas tidur.
Amy memandang sayu ke arah kedua-dua anaknya, silih berganti.
“Maafkan mummy sayang.. mengheret kamu berdua ke kancah kehidupan yang realitinya tidak semanis seperti yang diharapkan..”bisik hati kecil Amy.
Dibibir mengukir senyum sedangkan hatinya, hancur berkecai, sudah tidak boleh di cantum lagi, walaupun menggunakan glue gajah!