Maaf kerana agak lama menghilang. Sebok dengan tugas harian dan juga sebok menyemak coretan-coretan yang sedia ada. Buat masa terdekat ini, saya tidak dapat menyambung coretan yang ada. Berdoa agar ada berita gembira, insyallah. Terima kasih kepada yang pernah singgah di blog ini dan insyallah akan saya usahakan dengan coretan yang baru.
Selamat Malam
ROSE
Wednesday, 23 March 2016
Tuesday, 29 December 2015
Mungkin Ya - bab 8
Bab8
Di
Malaysia
“Bang, macammana
agaknya kita hendak dapatkan duit beli tiket si Amy dan budak-budak tuh?” tanya
Mona si ibu.
Tidak tergamak dia
melihat Pak Aminuddin, yang sedang memandang jauh keluar. Silap-silap lamunan sudah
menyeberang Lautan Hindi!
Monday, 30 November 2015
Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak - bab 7
Bab 7
“Eh! Kemana pula
aku sekarang ini?” hati kecil Amy kini membuahkan bicara.
Diraut mukanya
berkali-kali. Cuma mencerna apa yang sudah berlaku, Setahu Amy, kali terakhir
dia bersama En. Helmi dan dua orang anggota polis tapi kini dia di mana?
Soalan yang
tidak ada jawapan.
Tuesday, 13 October 2015
Mood Menulis..
Nampaknya mood menulis sudah kembali. Insyallah saya akan consistent dengan penulisan saya ini selepas ini. SELAMAT MAAL HIJRAH kepada semua yang singgah di Blog ini. Mulakan tahun baru dengan azam dan semangat baru, Aminnn
Monday, 6 July 2015
Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak!- Bab 6
Amy melangkah perlahan, menyusur jalan
menuju masuk ke pejabat Encik Helmi. Mata melilau, terpegun dengan keindahan
seni bina bangunan yang dia bakal masuk.
Wahhh!! Gah dan cantik rupanya
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria ini ya!
Itulah pasal! 7 tahun terperuk di Cape Town, sampai tak ada
masa langsung hendak menjengok Kedutaan, tempat yang sepatutnya semua rakyat
Malaysia yang merantau jengok selalu. Sekurang-kurangnya jika ada apa-apa
berita dari tanah air, boleh disalurkan. Ini tidak? Masing-masing buah hal
sendiri. Bila sudah tersepit dan memerlukan bantuan barulah terhegeh-hegeh
meminta simpati. Rungut Amy sendirian, memarahi dirinya sendiri akan kecuaian
yang telah dia lakukan tanpa dia sedar.
Tuesday, 2 June 2015
Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak! - Bab 5
Bab 5
“Kenapa sayang”, sambil Amy mencium
kepala kedua-dua anak-anaknya yang sudah duduk di celah ketiaknya. Rindu sangat
gamaknya.
Belumpun satu malam berakhir, sudah
tidak boleh berpisah. Maklumlah mereka berada di rumah orang yang bukan
keluarga, mahupun kawan. Hanya kenalan yang dikenalkan atas kawan! Sudah tidak
tahu hubungan apa yang sepatutnya diberikan kepada pasangan baik hati ini.
Sanggup membantu orang yang tidak ada pertalian darah langsung, melainkan
saudara seislam.
Monday, 11 May 2015
Mungkin Ya, Mungkin Juga Tidak - Bab 4
Bab 4
“Makan, jemput makan jangan malu, buat macam rumah
sendiri” kata Encik Helmi menegur Amy. Encik Helmi perasan bukannya dia makan, asyik menguis-nguis
nasi yang tidak banyak manapun di dalam pinggannya.
Amy mengangkat mukanya dan hanya mampu
tersenyum. Termalu juga, tertangkap tidak menumpukan menekmati rezeki di depan
mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)


