Bab 29
Hani
berdiri di depan cermin, memastikan tudung terletak cantik. Kemudian
berpusing-pusing untuk memastikan auratnya tertutup rapi. Jangan pula kepala
bukan main berbungkus, tetapi pakaian sendat macam sarung nangka nampak lekuk
sana sini atau kain yang jarang, see through sampai nampak yang tidak
sepatutnya. Hani sangat prihatin hal-hal begitu. Bila sudah puas hati dengan
kepenampilannya dia mencari ibu untuk memberitahu yang dia hendak bergerak ke
station bus. Yang menghantar, siapa lagi kalau tidak Shima dengan kereta
kancilnya. Terlanjur hendak ke pejabat, dia akan singgah menghantar kakaknya ke
station. Sempoi sahaja Hani, berjalan hanya dengan beg tangan tersangkut dibahunya sahaja. Bukan perlu
membawa apa-apa beg besar, kerana hanya day trip. Pergi pagi dan akan balik
disebelah petangnya. Bukan jauh manapun, tidak sampai empat jam perjalananpun.