Thursday 27 November 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 26



Bab 26

” bunyi irama yang datang dari permainan kanak-kanak yang baru Didi masukkan token, sekeping besi nipis sebesar duit syiling 50 sen.
Rissa dengan riangnya sudah siap sedia duduk, di dalam bentuk perahu Noah Ark, perahu bergoyang mengikut irama yang berdendang. Rissa yang baru pandai duduk, memegang rail besi, apa lagi, tertipu, konon sedang berada di samundra yang luas bersama-sama binatang yang dilukis di badan perahu.
Teranguk-angguk sahaja dia mengikut goyangan perahu.
Didi menepuk tangan agar Rissa memandang ke arahnya. Johan pula meletakkan tangannya di belakang Rissa, manalah tahu Rissa terlepas pegangan besi.
Khayal punya pasal! Bukan boleh percaya budak comel itu!