Wednesday 16 April 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 13

Untuk hidangan pembaca yang sudi menjengah. Layan!!
Bab 13


“Assalamulaikummm…” Johan yang baru pulang dan memberi salam sebaik sahaja menanggalkan kasut dan terus masuk kedalam rumah. Sejak bergelar Papa, Johan selalu pulang awal. Jika klinik tutup jam 9.00 malam, 8.30 malam dia sudah hilang. Dr. Bekcy dan Murad beri chance. Beruntung Mira Arissa dapat Papa sebaik Johan..

Rumah senyap sunyi. Kemana pula Didi? Rissa? Johan tertanya-tanya, tidak nampak kelibat Didi mahupun Rissa.

“Takkan dia orang dah tidur, baru pukul 8, isyakpun belum masuk lagi…” Johan bermonolog sendiri.

Tuesday 8 April 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 14

Bab 14

Keesokkan harinya Hani memulakan kerja dengan ceria sekali, mungkin di sebabkan minggu ini jadualnya penuh dan menerima feedback yang baik dari pelangan-pelangannya.

Tiba-tiba Hani teringatkan keluarga melayu dari Malaysia. Teringatkan siapa sebenarnya? Takkan teringatkan Puan Fatiah? Hemm..teringatkan seorang tu agaknya. Kenapa jadi begini, tidaklah dapat Hani pastikan. Baru 2 kali pertemuan sudah bagaikan mesra seperti keluarga sendiri, mungkin kerana rindu Hani kepada keluarganya sendiri di Malaysia. Ataupun mungkin kerana si lelaki itu. Itulah.. hatinya bagaikan dipanggil panggil, seperti ada orang memanggil namanya. Adakah dia yang perasan sendiri, atau .. entahlah!