Saturday 14 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 58

Happy tak? Saya upload 5 bab sekali.. harap pembaca dapat memberi comment untuk saya baiki.. Salam Sejahtera...


Bab 58


Murni paling membelakangkan dirinya. Merujuk pulak dah… tidak puas hati dengan jawapan yang diterima. Hemm.. susah betul! Jawab salah, tak jawab salah!! Hisyy…
“Apa halnya pulak ni Muni?” Zamri naik suara, naik lagi satu oktaf, menjadi dua.
“Abang saja nak menyebelah jantan tu.. abang suka ke dia ambil Mila kan?” suara Murni dengan nada rajuk.

Inikah Kesudahannya - Bab 57

Bab 57


Empat bulan masa berlalu begitu pantas. Mila sudah semakin rapat dengan Ammar. Tambahan pula Ammar menyogoknya dengan hadiah yang tidak pernah Mila impi untuk dia memiliki. Ammar pasti akan menjenguk Mila jika ada masa terluang. Banyak kes dipejabat diserahkan kepada associatenya atau pembantunya. Mila lebih utama bagi dirinya. Dia harus mengejar masa 8 tahun yang dia sudah tertinggal bersama Mila. Kini baru dia sedar, selama ini telah mengabaikan dua insan yang tidak berdosa hanya kerana mengikut nafsu amarahnya.

Inikah Kesudahannya - Bab 56

Bab 56


Kesah pertemuan singkat di antara Ammar, Murni dan si perempuan bernama Edwina hilang tanpa persoalan. Zamri tidak bertanya, malah Murni tidak menceritakannya. Biarkan ianya lenyap bersama angin lalu. Murni lega.
Bagi Zamri pula, yang dia tahu, Ammar bertujuan baik, ingin mengetahui sama ada hadiah pemberiannya, sesuai atau tidak untuk si anak, takut pula, jika tidak sesuai akan mengundang bahaya kepada anaknya, itu sahaja. Pertemuanpun hanya di luar rumah.

Inikah Kesudahannya - bab 55

Bab 55


Ammar datang dan menyekang tangannya melindungi Murni dari mendapat tamparan dari Edwina. Buat pertama kalinya, Ammar melindungi Murni. Perbuatan yang sepatutnya dia lakukan 8 tahun lalu. Murni terharu, tidak dia sangka Ammar datang melindungi dirinya. Murni tiba-tiba rasa simpati dan hatinya yang sedikit cair dengan tindakan spontan itu.
“Ehh.. abang..Win.. ah..Win..“Edwina menjawab dengan nada teragak-agak, terutama apabila melihat wajah Ammar yang sudah seperti singa jantan yang lapar!

Inikah Kesudahannya - Bab 54


Bab 54

Mila hanya mengayuh basikal barunya di hadapan rumah. Tidak mahu membawanya keluar ke jalan besar, takut tercalar, dia sayang pemberian papa Am. Basikal canggih, tentu mahal harganya. Kalau boleh Mila tidak mahu tercalar sedikitpun, berdebupun dia tidak mahu, dia hendak lihat basikal itu berkilat sepanjang masa.
“Adik, adik duduk sini ya?“ tanya seorang perempuan kepada Mila yang terhenti mengayuh apabila ditahan oleh si perempuan.

Inikah Kesudahannya - Bab 53

Untuk pembaca setia. Selamat Hujung Minggu...


Bab 53

“Bang.. saya betul-betul tak setuju dengan si Ammar tu.. ni tengok?” tangan Murni menarik sebuah basikal bukit yang terbaru. Hadiah buat Mila dari Ammar yang baru dihantarnya petang tadi sebaik sahaja dia sampai di Fraser Hill. Esok hari Sabtu, dia ingin meminta kebenaran dari Zamri dan Murni untuk membawa Mila ke Bukit Merah New Village.