Saturday 24 May 2014

Mngharap di Tanjung Harapan - bab 45



BAB 45

Satu lagi episod happy.. masih lagi lovey dovey..




Setelah 2 hari pengantin baru berperap di rumah, Hani mengajak Aqram keluar   membeli sedikit buah tangan untuk diberi kepada keluarga di Cape Town.
Mega Mall dipilih. Dari satu kedai ke satu kedai diredah. Setelah penat Hani mengajak Aqram ke KFC. KFC di Afrika Selatan tidak halal. Hanya di restaurant yang menempatkan ramai  komuniti islam barulah ada KFC halal, itupun diatas usaha penduduk tempatan memastikan ayam yang dibekalkan adalah dari ayam halal. Kena berhati-hati kerana jika tidak peka, terkena ayam kiok, sudah pasti tidak halal.
“Ya la sayang, ke KFC kita..” tanpa banyak soal sambil berjalan berpimpin tangan.
Hani hanya menunjukkan isyarat tangan yang dia hanya akan menunggu di meja yang kosong di hujung restaurant. Aqram mengangguk laju, bersetuju. Dengan menjinjing beberapa beg kertas, Hani ke meja yang di tunjukkan dan Aqram ke kaunter tempahan.
Hani memerhati Aqram bercakap dengan seorang perempuan yang berpakaian ranggi tetapi sopan semasa dia mengambil tempahan dari tempat duduk yang sudah di pilihnya.
Nampak mesra, “ah.. sudah, siapa pulak perempuan tu..kawan dia agaknya” bisik Hani. Aqram dan si perempuan menoleh-noleh kearah Hani. Hani hanya senyum dari jauh. Bolehkan dia senyum, bila melihat si suami berbual mesra dengan perempuan mana entah! Kena berlakun, jangan tunjukkan yang desperate atau cemburu, maintain cool.
Sambil memegang dulang Aqram dan perempuan itu menuju kearah Hani.
“Tengok tu, sampai boleh ajak join sekali!” bisik hati Hani yang geram.
“Baru beberapa hari menjadi suami sudah tunjuk belang!” tambah kata hati Hani, yang cemburu sebenarnya.
Dulang makanan di letakkan di atas meja di hadapan Hani.
Hani, this is my old friend Amelin Emelda..” Aqram memperkenalkan Amelin sebagai oldfriend.
“Ooo.. ini rupanya Emel, cantik!” Hani masih berkata-kata didalam hati.
Aqram tidak mengetahui Ain sudah memberitahu Hani, nama perempuan yang pernah mengecewakan abangnya bernama Emel.
Tangan yang dihulur disambut. “Emel “memperkenalkan diri
“Hani” jawab Hani
“Nice to meet you Hani, we were close friend masa di UK dulu..” sambil menuding jari menunjukkan dirinya dan Aqram
“Ohh” Hani sambil menganggukkan kepala, buat-buat faham.
Congratulations to both of you..We should catch up over coffee, one fine day.., what do you think, I will ask Aliff if he wants to join” kata Emel lagi.
“ aaa..aaa insyallah..” sambil mengangkat keningnya seolah-olah bertanyakan Hani.
Hani membalas dengan muka blur, manalah dia tahu! Kenapa perlu tanya dia, Aqram sepatutnya membuat keputusan sendiri. Mungkin dia ingin mengelak dari bertemu bekas kawan baiknya. Atau memang dia suka bertemu bekas kekasih lama!
“Insyallah.. boleh, you tanya Aliff dululah?”kata Aqram
Hemm, I will let you know. See you soon..” Emel memandang Hani dan Aqram dan terus menuju ke meja yang kelihatan dua kanak-kanak perempuan sedang menunggu.
“Siapa dia bang..” Hani pura-pura bertanya, ingin mengetahui sejauh mana kejujuran Aqram kepadanya.
“aaa..aaa dia kawan abang dulu, Hani jangan sangka lain pulak, its over between us okey, dia dah jadi isteri orang, but now dah separated.” Menjelaskan walaupun agak rasa ragu, takut menyinggung perasaan Hani.
Oh.. I see, kawan ya?” dengan anggukan perlahan. Jujur rupanya dia. Sengaja hendak perangkap, manalah tahu mengena.
“Hani faham, she’s the girl from your past..is’nt it?” tanya Hani perlahan.
Hanya anggukan dari Aqram yang diterima.
But now I have you and you only… trust me..” sambil mengambil tangan Hani dan dibelainya. Memang romantik mamat ni. Tak kira dimana, di KFC pun boleh romantik lagi. Macammanapun Hani suka dilayan begitu, Sayang abang Aqram ku. Hani tiada berniat hendak bertanya lebih banyak lagi mengenai kesah silam Aqram, biarlah menjadi rahsia hidupnya, begitu juga Hani dengan rahsia kesah silamnya. Yang  penting, siapa yang sedang berjalan sambil mengepit lengan sasa lelaki ini, jika bukan dirinya. Kenapa perlu dia cemburu, sedangkan lelaki ini sudah menjadi suaminya. Buang semua buruk sangka. Kesah silam yang lama biarkan sahaja menjadi sejarah. Kerana sejarah mengajar kita erti hidup.

***

Selesai solat Isyak, Hani yang sudah sedia dengan pyjama satinnya seperti biasa menyikat rambut sebelum tidur. Jika rambut seharian terkurung didalama kerudung, bila malam eloklah dibelai dengan urutan sikat. Aqram pastinya masih tingkat bawah bersama keluarganya, mungkin dengan papa kerana memaklumkan maklumat terkini mengenai urusan pejabat, sudah 3 hari Aqram bercuti. Banyak kerja yang sudah diselesaikan oleh papa. Sekurang-kurangnya Aqram masih mengenai apa yang berlaku dipejabat.
Biarkanlah Hani tidak mahu masuk campur urusan pejabat. Atau mungkin man’s talk, manalah Hani tahu. Mama sudah lama beristirehat di bilik, sudah tidur agaknya dia. Hani menoleh melihat jam, jam menunjukkan 11.25 malam. Malam masih muda.
Baru berkira-kira hendak bangun dari kerusi kecil meja solek, pintu terkuak. Siapa lagi kalau bukan si suami yang masuk. Masuk dengan senyuman menyimpan seribu rahsia. Hani duduk semula dan meneruskan menyikat rambutnya, walaupun pada awalnya dia sudah bersedia untuk bangun.
“Dah selesai berbincang dengan papa?“ tanya Hani, sengaja hendak memulakn perbualan.
“Dah“ jawab Aqram sepatah.
Aqram mengambil sikat yang dipegang Hani dan diletakkanya di atas almari solek. Hani hanya berdiam untuk menunggu apa tindakan seterusnya. Hani sebenarnya tahu, Aqram sudah meminta haknya yang tertangguh di laksanakan.
Degupan jantung Hani bertambah debar, rambut paras bahu Hani yang terlerai di alihnya di sisi bahu. Kucupan mesra diberikan di belakang leher Hani. Sungguh mengasyikkan dengan hembusan nafas Aqram yang sedikit laju, selaju degupan jantung Hani.
“Assalamulaikum sayang..” katanya perlahan di corong telinga Hani sambil memimpin tangan Hani, terus menutup lampu. Hanya membiarkan bias lampu dari luar yang suram menyumbang suasana yang terasa romantik.
“Mualaikumsalam sayang..” balas Hani lembut. Hani membiarkan tangannya yang dipimpin tanpa apa-apa bicara, mereka mengerti, mereka bukan anak-anak remaja. Mereka sudah cukup dewasa untuk melaksanakan apa yang sepatutnya. Malam ini tidak terkecuali.
Seminggu berlalu begitu cepat, hari ini Aqram akan bertugas semula. Sebagai memulakan hari, setiap pagi dimulakan dengan subuh berjemaah.  Hani sudah menyediakan pakaiannya yang telah siap diseterika bergantung di pintu almari pakaian.  Hani memperkemaskan kepenampilan Aqram supaya nampak lebih kemas. Dengan tubuh Aqram yang sasa, mengenakan apa sahaja pakaian tidak menjadi masalah, kerana semuanya segak apabila dipakai.
 “Hani, tolong abang …” sambil mengoyang-goyangkan talileher, ingin bermanja dengan si isteri. Talileher digapai, dililitkan di leher si suami dan membetulkan ikatan. Bukan Aqram tidak biasa mengikat talileher, sebenarnya itulah yang di buatnya setiap pagi sebelum ke pejabat selama lebih dari 10 tahun, tetapi memandang sekarang sudah beristeri, dia mahu isterinya pula memasangkannya kerana dia senang melihat wajah isterinya berada depan matanya. Terlalu rapat sehingga boleh di dengar hembusan nafas Hani yang turun naik. Tiap hari diperhatikan wajah Hani seperti tidak jemu-jemu. Orang sedang kemaruk cinta, macam itu rasanya.
 Bagi Hani ini tidak menjadi masalah, setakat menggosok sehelai baju setiap pagi, memasang tali leher, apalah sangat, lepas ni tak ada kerja. bosan pulak nanti dirinya. Hendak mengemas rumah?  Semua akan diuruskan oleh pembantu rumah. Hendak memasak, semua akan dibereskan oleh Mak Ara. Setakat tolong motong memotong sebelum masak tu,  boleh aje.
Selesai memperkemaskan talileher. tangan Hani menolak perlahan dada suaminya menunjukkan sudah selesai, tetapi Aqram memeluk isterinya dan satu ciuman singgah di pipi Hani. Hadiah dengan ciuman dipipi.. berbaloi juga.
Turun bersarapan bersama, selalunya mama dan papa sudah ada bersedia di meja makan.
Kemudian Hani menghantar Aqram ke pintu dengan menjinjing brief case si suami. Brief case di hulur dan tangan Aqram disalam dan dicium. Hani memerhatikan kereta suaminya bergerak sehingga hilang dari pandangan. Mama dan papa senang melihat kebahagian anak dan menantu.  Berulang kali mama menyatakan Hani memang pilihan yang tepat buat anaknya. Semoga berkekalan, itulah doa yang selalu dipanjatkannya kepada Ilahi. Insyallah..

.

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 44

Masih lagi dengan mood pengantin baru Aqram dan Hani. Harap pembaca enjoy..


BAB 44



Hari Isnin yang sepi, Aqram hanya mengambil cuti seminggu, tidak mahu mengambil  cuti lebih katanya, kerana cuti akan digunakan untuk ke Cape Town bersama Hani pada penghujung bulan nanti. Pemergian ke Cape Town untuk menemani Hani mengambil barangannya dan lain-lain urusan yang perlu dilakkukan untuk di bawa pulang ke Malaysia. Sambil-sambil tu boleh sahaja dikatakan sebagai cuti berbulan madu. Sambil menyelam meminum air.
Rayyan sudah mula bersekolah. Ain pula sudah pulang UiTM Melaka, tetapi dihantar oleh Megat, pemandu Encik Mokhtar. Encik Mokhtar memandu sendiri kepejabat. Yang tinggal hanya puan Fatihah, Hani, Aqram dan juga Mak Ara sudah pastinya.
Terdengar juga sok sek sok sek, puan Fatihah hendak ke mesyuarat persatuan NGO dimana dia menjadi ahli pada jam 3.00 petang, jadi atau tidak belum di ketahui. Kalau jadi, kenalah Aqram menghantarnya atau menunggu sahaja Megat pulang dari Melaka. Bagi Hani dia memang tidak mahu kemana-mana. Dua hari dengan jadual yang ketat yang di laluinya membuatkan dia tersangat letih. Mahu betul-betul istirehat di rumah sahaja katanya. Rancangan Aqram  tidak pula ditanya. Biarkanlah sekiranya dia hendak keluar ke mana-mana tidak mengapa, tetapi dia keluar sendirian. Minta maaf, Hani tidak larat rasanya untuk menemani.  Hani tetap dengan niatnya hendak memanjakan diri didalam bilik sahaja. Melayan novel atau menonton TV. Atau aktiviti yang  lebih best.. tidur.
Selepas solat zohor, Hani membaca novel yang baru dibelinya sambil menyiarap. Novel sebenarnya ubat tidur bagi Hani, dia tahu dia akan rasa cepat mengantuk hanya dengan membaca beberapa bab. Pintu terkuak dan muncul Aqram dengan 2 beg kertas.
Hendak sembahyang zohor agaknya. Hani bingkas bangun.
“Buat apa sayang..” tegur Aqram menuju kearah Hani yang sudah bersandar di kepala katil.
Sambil tersenyum menunjukkan novel barunya. “Tak jemu ke baca  novel cinta tu sayang, dari baca, baik buat novel…” lain sahaja bunyinya.
“Hani tak pandai menulis …” jawapan Hani jujur
“Abangpun tak pandai, kita sama-sama cuba la..” Hani masih tidak mengerti dengan apa yang Aqram maksudkan.
Keningnya di kerut seperti memikir apa yang dimaksudkan.  Novel diambil Aqram, di tutup dan diletak di atas meja sisi dan dia mengambil tempat di sebelah Hani.
“Abang dah Zohor..” tanya Hani.
 “Sudah, di surau tadi”
Patutlah Hani tidak melihat kelibat Aqram selepas makan tengahari tadi, ke surau rupanya. Aqram meraih badan Hani untuk dekat di sisinya. Tangan sudah melengkar di belakang Hani. Ikatan ekor kuda rambut Hani dilepaskannya. Tangannya memegang kepala Hani agar tepat mengadap wajahnya “Wahai isteriku..” sambil merapatkan kepala Hani ke dadanya sambil mencium rambut Hani yang wangi berkali-kali.
“Beg apa tu...”tanya Hani.
Aqram mengeluarkan beberapa album dari beg kertas yang dibawanya tadi.
“Oh.. gambar kita, cepatnya siap… “ kata Hani, apabila tidak ada jawapan dari Aqram, tetapi perbuatannya mengeluarkan album tersebut sudah menjawab kepada soalan yang ditanya.
“Digital sayang..zaman moden sekarang ni, 1 jam dah boleh siap”akhirnya dia bersuara.
Gambar di selak satu persatu sambil gelak tertawa melihat imej sendiri yang diabadikan dengan berbagai gaya. Ada yang memang menarik seperti tidak percaya orang yang di dalam gambar tersebut adalah mereka kerana sudah di solek. Ada juga yang lucu, Hani tergelak sambil menutup mulut melihat  aksi lucu  yang tidak disengajakan. Nampak semuanya cantik. Ala.. kalau batang kayu disolekpun cantik juga. Kena lighting dan angle yang baik, tentu nampak cantikkan!
“Abang, Hani berat tak..?” apabila melihat gambar Aqram mengendongnya
“Berat… Hani makan batu ke apa? Nampak aje badan kecil tapi berat ya rabbi..!” sebenarnya Aqram cuma bergurau.
“Ye ke bang, Hani kena dietlah macam ni..” jawab Hani.
“Tak lah abang gurau aje, Hani berat macammanapun abang akan usaha gendong, sebab abang sayang Hani..” pengakuan yang cukup romantis.
Hani menolak Aqram dengan siku..Aqram mengaduh..
Akhirnya petang itu di habiskan di dalam bilik menyelak semua photo-photo yang di bawa Aqram sebanyak 6 buah album.
Selesai asar bersama, mereka turun, Mak Ara sudah menyediakan minuman petang. Puan Fatihah masih di gazebo, nampaknya tidak jadi menghadiri mesyuarat yang dikatakan kerana jam sudah melewati 4.00 petang. Hani menemankan puan Fatihah berbual, rupanya mesyuarat di batalkan kerana kekurangan qorum.
Setiap hari Hani pasti menalefon ibu dan abah di kampung. Hujung minggu Hani akan pulang ke Melaka mengambil sedikit barangan untuk di bawa ke Kulaa Lumpur  dan akan bertolak terus ke Cape Town dari Kuala Lumpur.