Bab
2
Entah apa yang saya coretkan ni.. meraban aje tidak tentu hala. Slowly slowly hendak kukuhkan karekter.
Pantulan arca dirinya dicermin diperhatikan.
Hari Isnin datang, lagi, nampaknya Hanna perlu bersiap untuk ke kelas, kerana setiap
hari Isnin dia ada kelas awal, seawal 8.00 pagi.
Hanna menarik nafas panjang, bukan dia
mengeluh kerana terpaksa keluar awal hari ini untuk menimba ilmu dan
menjalankan tugasnya sebagai seorang pelajar, tetapi dia merasa puas hati
dengan apa yang dia lihat wajahnya dicermin dihadapannya. Dia merasa bersyukur
berada di bumi ALLAH yang cantik ini. Dia tidak pernah menduga sehingga sampai disini
rupanya perjalanan hidupnya semata-mata untuk menimba ilmu. Teringat Hanna dengan hadith yang diberitahu
oleh ustaz sewaktu dia disekolah rendah.