Bab
2
Entah apa yang saya coretkan ni.. meraban aje tidak tentu hala. Slowly slowly hendak kukuhkan karekter.
Pantulan arca dirinya dicermin diperhatikan.
Hari Isnin datang, lagi, nampaknya Hanna perlu bersiap untuk ke kelas, kerana setiap
hari Isnin dia ada kelas awal, seawal 8.00 pagi.
Hanna menarik nafas panjang, bukan dia
mengeluh kerana terpaksa keluar awal hari ini untuk menimba ilmu dan
menjalankan tugasnya sebagai seorang pelajar, tetapi dia merasa puas hati
dengan apa yang dia lihat wajahnya dicermin dihadapannya. Dia merasa bersyukur
berada di bumi ALLAH yang cantik ini. Dia tidak pernah menduga sehingga sampai disini
rupanya perjalanan hidupnya semata-mata untuk menimba ilmu. Teringat Hanna dengan hadith yang diberitahu
oleh ustaz sewaktu dia disekolah rendah.
Masih melihat pantulan arca wajahnya yang sudah siap bertudung lilit. Hanya perlu touch up terakhir, menyemat pin kecil, agar tudung tidak terlurut dan sentiasa kemas diatas kepala. Di teleknya dikiri dan kekanan. Tangan memegang tudung dibelakang agar tudung tersebut juga terletak elok dibelakangnya, jangan pula senting.
Tiada jawapan yang diterima, tetapi Hanna tahu Sarah mendengarnya. Bukan dia tidak kenal kawannya itu, jika mood bercakap, bukan main lain dia bercakap. Jika mood tak mahu bercakap, nampaknya habis air liur ajelah jawabnya, tidak akan mendapat apa-apa response. Kena pula dia baru bangun, sorrylah jawabnya.
"Tuntutlah ilmu
walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu adalah wajib atas tiap-tiap
orang Islam. Bahawasanya para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi
penuntut ilmu kerana redha alam ilmu yang dituntutnya.".
Hanna tersenyum apabila teringatkan
hadith ini, dia tidak ke negara China, tetapi di negara orang puteh. Dia
meregangkan sedikitkan badannya kerana badannya terasa lenguh sedikit akibat seharian
suntuk membuat spring cleaning. Cuaca yang sunguh indah di musim luruh semalam,
membuat dia dan Sarah, mengambil peluang berkemas sakan di apartment satu bilik
mereka itu. Walaupun ruangnya kecil sahaja, tetapi perlu dikemas setiap masa agar
barang-barang yang perlu diasing sama ada untuk disimpan atau dibuang mereka diketepikan.
Jika barang yang tidak diperlukan, disimpan dan disusun ditempat yang betul,
tidaklah apartment kecil itu nampak berserabut. Sekurang-kurangnya,cantik juga
mata memandang. Barang yang tidak diperlukan boleh sahaja dimasukkan ke dalam
kotak dan disimpan dibawah katil sahaja.
Masih melihat pantulan arca wajahnya yang sudah siap bertudung lilit. Hanya perlu touch up terakhir, menyemat pin kecil, agar tudung tidak terlurut dan sentiasa kemas diatas kepala. Di teleknya dikiri dan kekanan. Tangan memegang tudung dibelakang agar tudung tersebut juga terletak elok dibelakangnya, jangan pula senting.
"Sarah, aku jalan dulu.." Ujar
Hanna kepada Sarah yang dia nampak sudah duduk dibirai katilmya. Dia tahu Sarah
lambat sedikit ke university hari ini kerana kelasnya hanya akan bermula pada
jam 11.00 pagi.
Tiada jawapan yang diterima, tetapi Hanna tahu Sarah mendengarnya. Bukan dia tidak kenal kawannya itu, jika mood bercakap, bukan main lain dia bercakap. Jika mood tak mahu bercakap, nampaknya habis air liur ajelah jawabnya, tidak akan mendapat apa-apa response. Kena pula dia baru bangun, sorrylah jawabnya.
Tangan mencapai kasut boot paras buku
lali dan disarungkan kekaki yang memang sudah bersarung stokin hitam. Kot tebal
dicapai di penyangkut kot. Tangan sebelah lagi mencapai beg galas dan terus disandangnya
di belakang. Nampak berat sahaja, buku lah tu.. yang diisi Hanna, tidak ada
benda lain.
Laju sahaja langkah dihayun ke station tram berhampiran. Hanna lihat sudah ada
beberapa penumpang yang menunggu. Di skin penyata ketibaan tram yang tegak
ditepi mesin tiket, Hanna ketahui, tram akan tiba dalam masa 4 minit lagi. Dia
hanya berdiri, malas dia hendak duduk di bangku kayu walaupun banyak tempat yang
tidak dihuni. Ala.. 4 minit sekejap sahaja dirasakannya.
Sebaik sahaja Hanna nampak kepala tram berwarna merah menuju kearahnya, terus dia berjalan kehadapan bersama penumpang penumpang lain yang berdiri tegak menunngu tram yang akan berhenti. Pintu tram berbuka apabila salah seorang penumpang menekan butang, Hanna hanya menaiki tram setelah semua penumpang lain naik. Dilihat banyak seat yang masih kosong, kerana masih awal. Terus sahaja dia memilih tempat duduk yang disebelah tingkap.
Tram meluncur perlahan, namapun dah tram memanglah bergerak perlahan. Tram tidak selaju train. Sudahlah perlahan, setiap perhentian tram akan berhenti, tetapi berhenti sekejap sahaja, hanya beberapa saat, tidak sampaipun sepuluh saat. Sudah menjadi routine Hanna setiap pagi memang dia keluar diwaktu begini. Hari ini tidak terkecuali. Matanya hanya memandang keluar tingkap kaca, setiap hari pemandangangan yang sama, tidak ada perubahannya. Namun pemandangan Hanna masih diluar, sehinggakan dia sudah boleh hafal apa yang akan dilihatnya. Cuma yang berbeza mengikut musim. Jika musim panas, nampaklah bunga bunga yang menceriakan keadaan, juga jika musim bunga, pastilah bunga merata-rata. Jika musim sejuk, sudah tentu Hanna hanya melihat salji.. salji...dan salji. Tetapi sekarang ini musim luruh, jawabnya pemandangan utama hanyalah daun-daun kuning atau daun-daun yang sudah kering di kaki pokok. Setiap musim mempunyai kecantikannya tersendiri. Matanya masih tidak lepas, masih diluar.

"Assalamualikum..." Tertoleh Hanna ke arah suara. Adi rupanya, bila
masa pula dia naik,dan dari station mana? Tersengeh sahaja lelaki Indonesia
ini, Hanna membalas senyuman, Gembira pula dirasakannya dengan kehadiran Adi.
Walaupun pertemuan pertama sudah berlangsung beberapa minggu. Memang Hanna
tidak mengharap dengan pertemuan susulan seperti ini.
“Naik dari mana?” tanya Hanna dengan
tangan nengerewang diudara.
“Saya duduk lebih sedikit di atas dari
saudari Hanna..” jawab Adi.
“Amboi bukan main lagi bersopan dia
berbicara, ingat lagi rupanya nama aku. Atau memang gaya orang Indonesia
berbicara begitu”, Hanna bermonolog sendirian dihadapan Adi yang mengerutkan
mukanya, hairan. Dia tidak dapat membaca apa yang difikirkan Hanna.
Hanna angguk, memanglah sepatutnya Adi
tinggal sedikit jauh dari rumah Hanna. Kan, pertemuan tempoh hari Adi sudah
berada didalam tram. Hanna mengesotkan dirinya mendekati Adi sedikit. Bukannya
terlalu rapat, dia tahu batas-batas seorang wanita Islam dengan seorang lelaki
yang bukan muhrim. Cuma di negara maju bernama Switzerland ini, perbualan
didalam tram atau di dalam train tidak digalakkan sangat. Untuk mengelak dari
menganggu ketenteraman penumpang yang lain. Mereka lebih suka membaca atau
hanya diam. Kebanyakan mereka mengambil peluang membaca didalam tram.
Sehinggakan kerajaan mereka membekalkan suratkhabar secara percuma di dalam
tram dan disetiap perhentian tram. Begitu sekali kerajaan mereka menggalakkan
rakyatnya membaca.
Itu lah, jika kita berada di negara
orang kita perlu menghormati adat mereka. Bak kata pepatah, masuk kandang
kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau? Jangan
pula mengaum.. rasanya tidak sempat mengaum, sudah kena baham. Jawabnya, masuk
kandang harimau, kena cabut lari … tersenyum Hanna memikirkan pepatah melayu
ini.
Adi memandang agak pelik, kenapa pula
Hanna tersenyum sendiri, sedangkan dirinya tidak membuat apa-apa lawak
jenakapun. Perbualanpun hanya yang patut dan singkat.
Tram masih terus meluncur sambil
menjalankan tugasnya, berhenti dari satu station ke satu station, sama
mengambil atau menurunkan penumpang.
Hanna lihat diluar, hanya perlu beberapa
station sahaja akan sampai ke university Hanna.
“Saya lagi turun di Thunplaz..Hanna?”
Adi menyoal Hanna
“Sayapun.. ohh.. saya lupa, Adi sudah
beritahu yang Adi belajar di Uni yang sama..” jawab Hanna sedikit tunduk. Dia
masih ingat, Adi ada memberitahunya soal ini, tetapi Hanna tidak mengambil
berat kerana dia tidak terfikir akan bertemu lagi.
Kedua-duanya berdiri kerana station yang
sepatutnya mereka turun sudah hampir. Takut pula nanti terlepas dan terpaksa
pula turun disatu lagi station. Bukannya jauh, tetapi akan mengambil masa juga.
Sebaik sahaja turun, mereka menyambung perbualan mereka.
“Kursus apa ya.. saya lupa bertanya
tempoh hari..” tanya Adi
“Agroecosystem” jawab Hanna
“Looo.. saya jugak..” jawab Adi girang.
“Serious?” seperti tidak percaya sahaja
Hanna apabila mendengar yang Adi juga mengikuti kursus yang sama.
“Saya sudah tahun kedua.. Adi baru
masuk kah?” tanya Hanna ingin tahu.
“Tidak.. saya ditahun akhir, saya hanya
menyambung twinning courses dari University of Germany” jawab Adi.
“Ohh..” hanya itu yang mampu terkeluar
dari mulut Hanna. Senior dia rupanya, ingatkan dia yang senior!
“Saya hanya setahun aje disini..enggak
sampai setahun pun.. kira-kira 10 bulan gitu..” kata Adi lagi. Ialah, pengajian
bukannya 12 bulan, kerana tolak 2 bulan cuti semester dan cuti hujung tahun.
“Hanna?” tanyanya lagi.
“Lagi dua tahun..” kendur nada Hani.
Sedangkan dua tahun dirasakan tidak lama. Pejam celik sudah dua tahun berlalu.
“Saya kena cepatlah Adi, class start jam
delapan.. nanti Prof. marah kalau lambat..tambah pula saya banyak research kena
buat.. permisi..” Entah mana dia pandai-pandai pula hendak berbicara gaya orang
Indonesia. Entahkan betul entah kan tidak, main hentam sahaja Hanna. Itulah
gara-gara menonton banyak sangat sinetron sewaktu di tanah air dahulu. Mana tidaknya sedikit sebanyak
terpengaruh dengan sinetron, kerana tidak ada cerita lain yang ditayangkan,
pagi petang siang malam, ada sahaja diselitkan sinetron yang beratus-ratus episode.
“Iya, saya jugak harus ke pejabat Prof
untuk menyambung penyelidikan paper kelmarin, nanti petang ketemu lagi ya
Hanna?” kata Adi sambil berjalan kearah bertentangan.
“Ya..Ya..” jawab Hanna tanpa menyedari
apa yang di jawab “Ya”. Dia pantas berjalan, tetapi beberapa tapak kemudian dia
tertoleh kebelakang. Adi sudah tidak ada.
“Apa pulak yang aku Ya kan tadi?” Hanna
bingong. Dia baru sedar apa yang dipersetujuinya.
“Eh.. aku setuju nak jumpa dengannya
lagi ke?” tangan kanan Hanna terus melekap di dahinya.
“Apalah.. kau ini Rayhannah.. cepat
sangat nak kata Ya..” omel Hanna. Sudah terang-terang dia bersetuju, sudah
tidak boleh ditarik balik. Rayhannah.. Rayhannah.
Hanna berjalan pantas menuju ke kelas
dengan menggelengkan kepalanya.
No comments:
Post a Comment