Thursday 30 October 2014

30 jam - bab 14



Bab 14

Jari Erin terhenti lagi. Memang idea datang mencurah-curah. Yang perlu difikirkan, adalah olahan ayat yang tepat, agar pembaca faham apa yang hendak disampaikan. Yalah, walaupun ianya hanya imaginasi penulis, kena juga logic. Jangan pula seperti cerita animasi walt Disney sahaja. Mahu pembaca jueh bibir. Hendak menipupun biarlah berpada-pada. Jangan sampai tidak masuk akal. Tetapi Erin menulis dari pengalamannya. Namun ada juga tokok tambah yang tidak berlaku, kena juga tambah sikit asam garamnya agar cerita lebih menarik. Bukan gitu!
Pembaca sekarang sudah semakin cerdik. Bukan boleh main hentam kromo hendak menipu mereka hidup-hidup. Silap-silap ada yang kena tegur berbakul-bakul. Mahu malu penulis dibuatnya!

Wednesday 29 October 2014

30 jam - bab13



Bab 13

Jari Erin mengetuk papan kekunci komputer laju. Setakat menaip bilangan bab dan nama tajuk memanglah laju. Tunggu bila hendak memikirkan isi cerita, pastinya lembab, kena pula idea tidak muncul-muncul, memang double pening dibuatnya.
Mata sekejap rapat ke skrin, kemudian di jaraknya. Yang ada hanya tajuk, tidak berubah.
Entah yang keberapa kali tajuk di renung, sudah naik tembus skrin komputer dibuatnya.
“Nak cerita apa  lagi huh!” Erin berbicara sendiri.

Sunday 26 October 2014

30 Jam - Bab 12



Bab 12

Karl berhenti membaca sejenak kerana memasukkan semua barangnya ke dalam beg sandangnya. Lalu beg tersebut di letakkannya di atas sofa. Kemudian dia masuk semula ke dalam bilik study untuk menyambung pembacaannya. Mata mencelung semula di hadapan skrin komputer, tekun.

“Hanya dengan hamparan selimut kapalterbang, Lia membaringkan dirinya yang keletihan. Kepala hanya beralaskan dengan batal kecil kapalterbang juga. Nasib baik barang-barang tersebut dapat diselamatkan sedikit daripada dibaham api sewaktu kebakaran tersebut. Karl berbaring di sebelah, terlapang, bagaikan bercamping di tepi laut. Beratapkan langit, berlantaikan pasir. Cuma tidak ada ombaknya. Hanya ada pasir sahaja.

30 Jam - Bab 11



Bab 11

Sudah 2 jam Erin tersengut-sengut di sofa meneman Karl menghabiskan kerjanya di bilik study. Katanya sekejap, tetapi dari apa yang dia lihat, banyak lagi yang belum selesai. Kejapnya apa? Write up  yang tunggang langgang, gambar yang belum diedit. Malah belum dipilihpun lagi, banyak pilihan pulak tu. Majlis sambutan Hari Belia sedunia di Stadium Bukit Jalil yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Kerana ingin bersama suami, Erin diam  sahaja, jangan banyak bunyi.
Karl berpaling apabila mendengar Erin menguap kuat, walaupun dia sudah menutup mulutnya dengan sebelah tangannya. Namun masih terdengar Erin menguap beberapa kali.

30 Jam - Bab 10



BAB 10

Erin yang duduk menonton TV, menoleh ke arah suara Karl yang mengomel. Adalah benda yang dia tidak puas hati. Erinpun tidak mengetahui. Yang dia tahu, pastinya masalah di pejabat. Kerana dia baru sahaja pulang dari Info Harian, pejabatnya. Yang dia nampak Karl baru sahaja menjengok beg sandangnya. Rasanya sudah berpuluh kali dia menjenguk beg tersebut, Erin sudah tidak terhitung. Karl mengkelebek beg sandangnya setiap beberapa saat.
“Kenapa bang?“ tegur Erin pendek, manalah tahu dia boleh membantu.

Tuesday 21 October 2014

30 jam - Bab 9



Bab 9

Karl duduk di meja sambil mata mendongak ke siling. Bukannya ada apa-apapun di siling. Yang di pandang sampai hendak tembus, entah apa yang difikirkan olehnya.
Pejabat sudah sunyi, teman-teman sudah keluar mengisi perut, sudah waktu rehat, waktu makan tengahari. Cuma Karl yang tidak berapa lapar. Dia menghabiskan nasi biryani yang dibekalkan oleh Erin semalam. Erin membeli dua bungkus untuknya. Perut hanya ada satu, manakan boleh di telan dua bungkus sekali. Akhirnya terpaksa di frozen dan di panaskan semula ke dalam rice cooker. Ulang tayang, bukan tak biasa, sudah selalu. Ulang tayangpun ulang tayang la.. Nasi tetap terasa nasi, belum lagi bertukar menjadi rasa bee-hoon atau kuewteow.

Saturday 18 October 2014

PLEASE HELP ME!!

Nak SHARE berita gembira ini dengan pembaca-pembaca yang setia singgah di blog saya yang tak menarik ini.

Hari ini saya menerima berita yang coretan "Indahnya Takdirmu" sudah mendapat tempat oleh sebuah syarikat publication dengan syarat saya perlu polish, especially kukuhkan menyampaian emosi dan buang coretan yang meleret-leret. 

Saya berfikir, bolehkah saya ni? One BIG QUESTION MARK?

Hati meronta-ronta kata KAU BOLEH!!
Fikiran pula kata, KALAU KAU KATA KAU BOLEH, KAU CUBA!! JANGAN PAKSA DIRI!!

Saya sudah memberi jawapan yang saya terima permintaan syarikat publication itu mengedit mana yang saya termampu.

Ater!! Nampaknya saya terpaksa tumpukan kepada coretan itu buat sementara waktu.
Kepada yang mengikuti coretan itu mungkin boleh membantu saya dengan memberi komen yang membina.

Kepada sesiapa yang membaca coretan ini,  SAYA MOHON BANTUAN ... PLEASE HELP ME!!!
     

Friday 17 October 2014

30 jam - bab 8



BAB 8

Karl berdiri di depan pintu, mata menala ke arah keretanya. Pagi tadi, bukan main lagi dia bersemangat hendak mencuci keretanya sendiri, tetapi disebabkan masa yang ada sudah digunakan..ehemm… you know what  Sherlock Holmes mission is, baik sahaja dihantar cuci di tempat mencuci kereta sahaja.
“Abang nak pergi car wash jap..” kata Karl, dia ingin menghantar keretanya ke tempat mencuci kereta.
“Kereta siapa?“ laung Erin dari dalam rumah.

30 jam - Bab 7




BAB 7

Karl masih berada di hadapan komputer isterinya. Duit syiling yang dilambungnya menunjukkan  Bunga, tanda untuk dia boleh meneruskan pembacaannya satu chapter lagi.
Ishy sampai begitu sekali, Karl sampai sanggup main lambung duit syiling, sanggup memperjudikan nasibnya. Betulkah penunjuk bunga itu memberitahu yang dia masih selamat dan boleh meneruskan aktiviti mencuri baca itu diteruskan?

Thursday 16 October 2014

30 Jam Yang Indah Bersamamu - bab 6



BAB 6

“Hari ni sayang nak pergi mana-mana tak? Kalau tak pergi mana-mana, kita balik PD nak?” tanya Karl kepada Erin yang sedang berdiri membakar roti sebagai sarapan.
Erin menoleh ke arah Karl. Apa mimpinya malam tadi, minggu lepas baru sahaja balik ke sana. Minggu ni hendak ke sana lagi? Erin kerut muka.
“Minggu lepas kan kita dah balik PD? Lagi pun…Rin tak boleh pegi mana-mana hari ini, mama abang nak datang, kejap lagi sampailah dia” ujar Erin

30 Jam - Bab 5



Bab 5

“Tuk..tuk..tukk..“terdengar botol diketuk.
Tanda announcement akan dibuat oleh seseorang. Seperti adegan filem P Ramlee sahaja. Slot cerita bujang lapuk. Dia mengambil idea dari cerita P Ramlee agaknya. Karl angkat keningnya laju. Pembacaan di teruskan lagi.
Semua mata tertumpu kepada suara ketukan botol, termasuk Lia dan Ash. Namun masih terdengar suara-suara sumbang. Bagaimana hendak mendengar announcement dengan jelas, jika masih ada orang yang masih menyebok hendak bersuara. Masing-masing ingin menunjuk pandai!
“Listen ...listen here listen.. please … I’m your captain I would like to make an announcement, a very important announcement, listen carefully” penat juruterbang bersuara, namun masih terdengar  rioh suara manusia yang tidak pernah tahu diam.

30 Jam Yang Indah Bersamamu - Bab 4



BAB 4

Karl menjinjing lauk yang dibelinya di Selerabonda sebentar tadi. Dilihatnya Erin sudah menunggu di depan pintu. Tersenyum Karl melihat Erin yang muncul dengan wajah ceria. Dihulur bungkusan lauk. lalu Erin terus menyimpannya ke dapur. Kelentang kelentung, Erin mengeluarkan bekas untuk mengalihkan makanan yang dibeli Karl ke dalam bekas kecil. Punat periuk nasi ditekan agar nasi sentiasa panas. Erin berjalan ke peti sejuk untuk mengambil air sirap yang telah disediakannya awal-awal., agar terasa sejuk.

30 jam - Bab 3



BAB 3

Bergegas Karl bangun apabila tersedar dari tidur. Di luar matahari sudah bersinar dengan terangnya. Segera dicapai telefon untuk melihat waktu.
“Hah!.. dah dekat pukul 7”.
Cepat-cepat dia meletakkan semula telefon dan mengerakkan Erin.
“Erin, bangun sayang.. subuh dah nak habis ni..” Karl menggoyang-goyangkan badan Erin.
Erin hanya bergerak sambil mengeliat. Entah kenapa tubuhnya sengal-sengal sejak akhir-akhir ini. Hendak dikatakan dia bekerja kuat, tidak pulak.

30 jam - Bab 2



BAB 2

Mata Karl bulat, tersorot dekat ke skrin komputer.
Dilihatnya, tajuk “Pengenalan”. Introduction lah tuh!
Kedua-dua belah tangannya di gesek. Cuaca tidak sejukpun, tetapi Karl merasa sejuk. Mana tidak sejuknya, kerana dia tahu akalnya sudah meminta dia membuat sesuatu yang salah! Menceroboh!!
Ahhh… pergi kau, cuba di tepis rasa bersalahnya.
Karl terus membaca beberapa barisan dengan laju. Pencuri memang begitulah rasanya, sentiasa berada di dalam resah.

Wednesday 15 October 2014

30 Jam Yang Indah Bersamamu - Bab 1



Saya publish coretan ini pula..cuba baca dan perasan tak? Does it ring any bells? Pendek aje coretan ini, boleh category novelet lah kut! Atau mungkin juga mini novel...

BAB 1

.


“Assalamulaikuuuum…”panjang pula salam yang diberi, terutama di penghujung  “kum”, sebaik sebaik sahaja Karl menolak daun pintu yang baru dibukanya. Entah berapa harkat!!
Dia membongkok, mengambil kasut yang sudah dibuka dan dijinjingnya, lalu terus diletakkan di rak kasut yang berada di sisi pintu masuk. Kemudian tangan pantas menanggalkan stokin satu persatu di kedua-dua belah kakinya sambil berjalan terjingkit-jingkit. Mana tidaknya, dia menariknya keluar sambil berjalan. Cubalah bertenang abang Mikhail oi!! Cuma berhenti untuk membuka stoking tu! Stokin yang sudah di tangan dicampakkan ke arah kasut. Tersangkut cantik sahaja

Tuesday 14 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Final


Kepada pembaca yang mengikuti, harap maklumkan jika sudah membacanya kerana saya akan delete 15 chapter terakhir dua tiga hari lagi.


Bab 46

Aku keluarkan beberapa beg pakaian yang memang banyak aku miliki. Asyik membeli beg pakaian setiap kali aku keluar negeri. Sama ada urusan hospital atau urusan peribadi. Semua saiz aku ada. Setiap hari aku mengeluarkan satu persatu beg-beg yang ada. Aku susun kemas-kemas pakaian yang aku guna selalu. Bila selesai aku letak di ceruk bilik tetamu.

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 45



Bab 45

Dua minggu berlalu bagai angin lalu. Tidak banyak tempat yang kami dilawati. Lebih banyak waktu hanya lepak di rumah Daniel dengan melayan si kecil, Aliff. Itu sudah memadai. Family bonding time lebih baik bila sudah tua-tua ni. Bersama Daniel sekeluarga

 Suka dengan budak Canadian ini...


Jodoh Yang Tertangguh - Bab 44



Bab 44

Lama kami lena, hanya terjaga apabila lampu dipasang semula dan kedengaran pengumuman yang kapalterbang akan mendarat setengah jam lagi. Kaptain kapal siap memberitahu waktu tempatan yang menolak 4 jam dari waktu tanahair. Suhu di Dubai dikatakan sejuk dan Kaptain mengucapkan selamat jalan dan semoga berjumpa lagi.
Pelayan muncul dengan tuala panas untuk penumpang mencuci muka. Aku ambil sekali


LAGU NANCY AJRAM YANG POPULAR PADA TAHUN 2006 TAK SILAP!!


Monday 13 October 2014