Monday 8 May 2017

Mungkin Ya - Bab 15


Bab 15

Satu lagi pagi yang membuat Amy terkial-kial membantu menjual nasi lemaknya. Bilalah agaknya dia akan pandai dan cekap. Berilah dia peluang, Tersemat ketat semangat yang membara dan juga kecekalan dirinya untuk meneruskan bidang perniagaan kecil-kecilan ini cukup kukuh untuk dia memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya.

Saturday 6 May 2017

Mungkin Ya - bab 14

Bab 14

 

Di Malaysia

 

Tangan Mona ligat membungkus nasi lemak yang sudah dipesan oleh pelanggan. Amboi, skill kemahirannya masih utuh. Cantik dan kemas lipatannya, walaupun nasi sudah ditambah dengan sebiji telur dan satu keratan rendang ayam. Amy tersenyum melihat emaknya yang gigih memastikan bungkusan daun pisang tidak pecah.

Hendak harapkan Amy membungkus! Sebungkuspun dia mengambil masa hampir dua minit! Mana boleh? Setiap saat penting, untuk menjaga hati pelanggan. Tambah-tambah hari pertama berniaga. Jika asyik terbelek-belek, memikirkan cara membungkus yang baik, buat pembeli tertunggu-tunggu, mahu mereka cabut weh!