Bab 12
Mosa melepaskan
satu hentakan yang kuat di atas meja. Marahnya menjadi-jadi sejak mengetahui
Amy sudah membawa lari kedua-dua anaknya.
Jika Amy meminta pertolongan pihak Kedutaan untuk dia membawa kedua-dua
rakyat Afrika Selatan itu keluar dari negaranya, kenapa tidak dia pula
menggunakan taktik yang sama. Seandainya dia tidak berjaya, dia akan
menggunakan kuasa perundangan.
Yang penting kedua-dua
budak lelaki itu harus kembali ke tanah air mereka. Hanya anak-anaknya, tidak
si ibu.
Tidak sama
sekali.
“Amy, I will
teach you a lesson..”katanya siap dengan mengetapkan bibirnya. Marah betul dia
kepada bekas isterinya.
Sampai hati dia
berdendam sedemikian rupa. Cepat betul dia lupa si perempuan yang bernama Amy
itu pernah tidur sebantal dengannya. Perempuan itu juga sanggup dibuang
keluarga untuk bersamanya. Malah perempuan itu juga yang telah memberikan dia
zuriat sebagai penyambung warisnya. Bukan satu, malah dua. Mengapakah hendak diseksa
lagi hati perempuan itu dengan merampas nyawanya.
“Mosa, lets the
boys be with the mother” tegur Nurina si ibu.
“I know, the
boys is better with the mother, don’t you think?” berbunyi lagi suara Nurina.
Mosa yang
terkumat kamit, entah apa lagi yang dia tidak puas hati, hanya endah tidak
endah mendengar suara ibunya. Mungkin masuk telinga kanan keluar telinga kiri,
silap-silap dia tidak dengarpun apa yang dikatakan oleh si ibu. Anggap sahaja
yang berbunyi itu seekor kumbang yang sedang mengorek lobang. Berbunyi bising,
tetapi tak tahupun apa yang bisingnya.
“Ahhh… mummy!”
bentak Mosa
“I can accept
this, mummy!, they are my sons, your grandsons!” bentaknya, bersuara dengan
lantang sambil membeliakkan matanya di hadapan ibunya.
Si ibu hanya
memandang, diam. Naik angin sungguh si anak, Yang hairannya, kenapa sekarang
dia mencari si anak? Kenapa tidak dari dulu. Kini sudah lebih dari sebulan Amy dan
anak-anaknya meninggalkan Cape Town. Kemanakah si bapa berada? Tidakkah dia
sedar kehilangan mereka? Confirm, dia
tidak pernah menjenguk anak-anaknya berbulan-bulan lamanya.
Hissy.. kejap
kau Mosa..Kejam
Mahu sahaja
Nurina membangkitkan soalan itu. Tetapi mampukah dia? Di saat-saat gajah yang
sedang naik minyak!
Silap-silap ada
yang tercedera angkara si baran.
Tidak pula disangka
Amy yang selama ini mendiam diri, rupanya pandai merencanakan perancangan
sebegitu licin sehinggakan tidak diketahui oleh keluarga atau saudara maranya.
Yang sebenarnya, ada beberapa orang kaum keluarga yang mengetahui penghijrahan
mereka, Cuma mereka malas memberitahu Mosa, kerana mereka simpati kepada Amy
dan anak-anaknya.
Lagipun, mereka
tidak mahu Mosa menyeksa lagi jiwa si Amy, cukup-cukuplah dengan apa yang sudah
berlaku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
***
***
Di dalam pejabat
Kementerian Luar Afrika Selatan, kelihatan dua lelaki yang rancak berbincang
sesuatu. Salah seorang yang sebok berbicara ialah Mosa. Dia bersama lelaki yang
pernah menjadi teman sekolahnya. Aduh! Mosa punya ramai teman yang mampu
membantunya untuk menyelesaikan masalah yang di atasinya. Nampaknya, masalah
akan tidak menjadi masalah lagi. Sesekali terdengar deraian kedua lelaki itu,
apalah yang melucukan, hanya mereka berdua yang mengetahuinya.
Mosa licik
orangnya, andai lapan tahun yang lalu dia berjaya memujuk seorang gadis
menikahinya malah terus berhijrah bersamanya. Seorang gadis warga negara asing,
inikan pula membawa pulang dua rakyat yang memang pemegang passport Afrika
Selatan. Confirm, perkara ini sangat mudah. Semudah makan kacang…
Semua maklumat sudah
diserahkan kepada temannya. Cuma satu perkara yang menjadi masalah Mosa, alamat
sebenar di mana mereka berada. Hisy… bingong jadinya dia. Andai tadinya berasa
cukup gembira, kita tiba-tiba mulut yang senyum menjadi masam.
Dia menemui Amy
di Kuala Lumpur. Pernikahannya juga di lansungkan di Kuala Lumpur. Keluarga Amy
seorangpun tidak hadir. Pernikahannya berwalikan hakim, dengan alasan si wali
tidak dapat hadir di atas urusan yang tertentu.
Ahhh… susah juga
hendak mencari mereka, Malaysia agak besar. Nasib baik hanya perlu mencari
mereka di seluruh Semenanjung, tidak termasuk Sabah atau Sarawak.
Tersenyum semula
si Mosa.
Kemudian
berkerut semula.
Eh! Jangan dikecualikan
Sabah atau Sarawak, kerana ia tetap sebahagian dari negara Malaysia. Manalah
tahu, entah-entah Amy sudah membawa lari kedua anaknya ke salah satu negeri
itu?
Hisy…susah juga
ek?
Kemudian Mosa
tersengeh. Alaaa enting sahaja masalah ini, mari cuba trace melalui facebook.
Bukankah ada makluman di mana Amy berada.
Tanpa Mosa
sedari, Amy tidak sebodoh itu. Ya atau tidak Amy?
Atau memang kau
mahu cari nahas dengan mengaktifkan lokasi di mana kau berada?
Amy wake up!
Jangan jadi bodoh! Pastikan kau tidak cuai tentang perkara remeh seperti ini!
Kau tahu atau
tidak yang si musang sedang memburu ayam. Mosa adalah musang dan kaulah
ayamnya.