Friday 8 August 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 20



Bab 20

“Macammana Rissa mum..” tanya Johan, sebaik sahaja mummy yang membuka pintu.
Terpaksalah orang tua itu menjadi penjaga pintu, kerana sudah tahu anak menantu pastinya pulang lewat. Mengambil peluang nampaknya mereka.
“Tengah tidur kat bilik sebelah..okey aje dia. Yang lebih-lebih tu..orang tua tu, mengacau si Rissa nak tidur” kata mummy, mengatakan papa sebagai orang tua. Dia lupa, jika papa tua, diapun tua juga. Johan dan Didi hanya senyum.
“Thanks mum, sebab jaga Rissa. Kita orang naik dulu.. dah lewat ni..” kata Didi dan terus mengikut di belakang Johan.

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 19


Bab 19

 Didi di rumah resah. Di suruh bersiap, tetapi sudah hampir dua jam menunggu tetapi orang yang menyuruh tunggu tidak juga muncul-muncul. Ini bukan Johan, yang Didi kenal, Johan yang dia kenal, seorang yang selalu menepati waktu dan lelaki yang tidak pernah mungkir janji. Malah dia yang selalu awal. Istilah janji melayu, yang mana selalu lambat dari waktu, memang tidak ujud dalam kamus hidup Dr. Johan.

“Manalah papa ni ya Rissa..!  Mama dah penat tunggu ni... Minyak wangi mamapun dah hilang bau.Hisyy.. mana lah dia pergi, masih kat klinik lagi ke?.” kata Didi kepada Rissa. Sendiri menyoal, sendiri juga yang menjawab.

Wednesday 6 August 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 18



Bab 18

“Noni, masuk sekejap..bawa buku registry hari ini sekali” bunyi suara Dr. Johan melalui intercom kepada Noni, kerani di kaunter hadapan.
“Baik.. doctor..” jawab Noni lembut.
Terkocoh-kocoh sahaja gadis berkulit kuning langsat itu bangun dan terus menuju ke bilik Johan. Boss handsome panggil, kena cepat. Pintu diketuk perlahan, tanpa perlu mendapat kebenaran terus menolak daun pintu. Mata menala ke arah doktor muda yang juga memandang ke arahnya berdiri tegak menunggu arahan.
“Ada berapa ramai lagi patient untuk saya petang ni…?” tanya Johan. Dalam lembaut ada nada tegas, dengan pekerja kena act profesional.

Monday 4 August 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 16 dan 17


Bab 16

 “Nak abang tolong apa?” tanya Johan sebaik sahaja meletak Rissa di atas hamparan bayi.

Berat juga sebenarnya mulut Johan hendak bertanya kepada si isteri yang sedang merajuk. Hendak buat macammana? Sudah musim angin timur laut..berangin selalu. Mahu tidak mahu, terpaksa dia mulakan. Jika diharapkan si isteri, tentunya menayangkan mukanya yang kelat sahaja. Buat hilang mood!

“Abang nak tolong apa ni..?” ulang Johan.

Saturday 2 August 2014

Indahnya Takdir Mu - Bab 66 (Final)


Akhirnya selamat di selesaikan. Harap pembaca setia dapat membacanya kerana saya akan delete 15 chapter terakhir dalam beberapa minggu lagi.
Harap Maaf!
BAB 66 (Final)

 Karl dan Erin tenang duduk di kerusi, hanya menunggu pengumuman untuk boarding. Sudah lama perancangan untuk melawat Mama Suzi akhirnya tercapai jua. Mereka menuju ke Geneva, melawat mama Suzi dan juga cuti 2 minggu honeymoon. Tambahan pula kehadiran mereka diperlukan oleh Mama Suzi untuk membantunya berkemas, kerana dia sudah menamatkan perkhidmatannya di Geneva, Switzerland dan akan ditukarkan ke Beijing, China pula. Erin berjanji membawa Karl menjelajah ke tempat-tempat yang pernah dia pergi. Kali ini pastinya kunjungan yang paling indah, kerana Karl ada bersama. 

Indahnya Takdir Mu - Bab 65


BAB 65

Erin mencari-cari meja yang telah diberitahu penaja tentang lokasi mejanya. Matanya melilau tidak tentu hala.

Ishy.. sorang sorang begini memang mati kutu dibuatnya. Pengunjung tidak ramai lagi kerana hanya staff dan mereka-mereka yang terlibat sahaja kelihatan mundar mandir didewan yang besar itu. Lagi pun Pesta Buku hanya akan dibuka untuk orang awam bermula pada jam 10.00 pagi, masih ada 15 minit lagi untuk mencari.