Wednesday 6 August 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 18



Bab 18

“Noni, masuk sekejap..bawa buku registry hari ini sekali” bunyi suara Dr. Johan melalui intercom kepada Noni, kerani di kaunter hadapan.
“Baik.. doctor..” jawab Noni lembut.
Terkocoh-kocoh sahaja gadis berkulit kuning langsat itu bangun dan terus menuju ke bilik Johan. Boss handsome panggil, kena cepat. Pintu diketuk perlahan, tanpa perlu mendapat kebenaran terus menolak daun pintu. Mata menala ke arah doktor muda yang juga memandang ke arahnya berdiri tegak menunggu arahan.
“Ada berapa ramai lagi patient untuk saya petang ni…?” tanya Johan. Dalam lembaut ada nada tegas, dengan pekerja kena act profesional.

Noni terus membuka buku register pesakit dan mengiranya perlahan, hanya didengar untuk dirinya sendiri sahaja. Tersenyum manis doktor kacak memerhati si kerani yang sudah tidak  tentu arah. Mengirapun berulang-ulang kali, seperti tidak betul sahaja bilangannya, walaupun sudah dikira berkali-kali.. Noni gambra..
Noni suka bekerja dengan Dr. Johan. Dia baik dengan semua pekerjanya. Yang paling utama, boss doktornya ini boss yang baik, dahlah kacak, pandai mengambil hati pekerja juga! Memang susah hendak dapat boss seperti Dr. Johan. Untung Puan Didi mendapat suami seorang lelaki yang hampir sempurna ini.. Nasib baik dia sudah menjadi suami orang, jika belum, boleh juga test market, mengendeng doktor muda itu. Itu kata hati si kerani yang sedang mengelabah.
“Lagi 3 orang doctor, semua yang memang dah buat appointment lama dah. Rawatan susulan aje..” jawab Noni.
Memang Noni sudah kenal pesakit-pesakit yang ada di dalam buku registry. Pesakit yang hanya memerlukan rawatan susulan. Selalunya tidak mengambil masa yang lama. Setakat pemeriksaan biasa dan prescription untuk ubat, itu sahaja.
“Ok..lah. Jangan ambil patient untuk saya lagi, kalau ada, mungkin doctor Murad boleh tolong. Nanti saya tanya dia. Saya nak keluar beli something dan terus balik. Hari ini wedding anniversary saya. Saya nak cari bunga seperti biasa untuk Didi. Noni jangan ambil patient untuk saya lagi ya?” ulang Johan lagi.
Bunga untuk si isteri memang tidak pernah dilupa, sama ada hari jadi, atau ulangtahun perkahwinan. Dia tahu semua perempuan sukakan bunga.  Sayang dan kasihnya kepada perempuan itu masih banyak, walaupun sudah perlahan-lahan surut.
“Baik doctor..” ulang Noni, mengerti semua arahan yang diberikan oleh doktor kacak itu.
“Okey.. terima kasih. You can call the next patient another ten minutes, saya nak ke bilik Murad kejap” Noni hanya angguk dan meninggalkan Johan yang juga berjalan keluar menuju ke bilik sebelah.
Pintu bilik doctor Murad diketuknya perlahan.
“Murad, do you have a minute.?”tanya Johan sebaik sahaja pintu dibuka.
Dr. Murad hanya memandang Johan. A minute ah!
“Ya,  sure, sure apa halnya Joe?” soal Murad
Can you do me a favour?” tanya Johan lagi
“Hemmm..what kind of favour?” tanya doctor Murad.
“Ni ahh.. today is our wedding anniversary.. enam tahun bergelar suami..and hope for years to come, insyallah.. ” kata Johan. Sengeh.
Sudah enam tahun rupanya dia sudah bersama Didi, diam tak diam.
I see..congratulations Joe. Habis tu, nak celebratelah ni ya?” Johan hanya angguk dengan soalan Murad.
“Go ahead, I will hold the fort..” jawab Murad dengan senyuman juga. 
Thank you Murad.. aku ada lagi 3 patient, then I will leave..kau tolong rawat the rest ya! see you tomorrow” Murad hanya tersengeh dan angguk. Hendak buat macammana lagi, kawan dah hendak minta tolong, kenalah tolong. Mana memandang si rakan yang nampak ceria.
Membiarkan rakan sejawatnya menutup pintu, meninggalkan dia yang masih tersenyum. Tumpang gembira dengan kebahagiaan temannya.

Johan ingin membuat kejutan kepada Didi. Dia perlu cepat ke kedai bunga. Takut kehabisan pula bunga yang dia hendak di beri kepada si isteri. Jika last occasion Johan menghantar 9 kuntum bunga ros merah sebagai “tanda kasih selamanya”. Kali ini tambah lagi dua kuntum sahaja sebagai tanda, “hanya kau di dalam hidupku”. Romantik tak? Tak payahlah sampai 50 kuntum, susah pula hendak diusung oleh Didi. Kali ini dia ingin membuat kelainan. Didi bukan setakat di beri bunga, malah ada kejutan lain. Lagipun hadiah, kerana Didinya sudah perlahan kembali ke Didinya yang asal. Asyik-asyik bunga ros merah, tak ada bunga lain ke? Terfikir pula Johan hendak menukar jenis bunga. Tukar bunga Lily atau dahlia..komputer riba di atas meja di tekan, Johan meminta pertolongan pakcik google.
Lily of the valley means You've Made My Life Complete. Bagus juga maknanya.. tapi mana pulak nak cari Lily of the valley. Ini Malaysia, bukannya negara empat musim yang ada bunga tu. Ahhh.. stick to roseslah. Senang cerita, dah sah-sah tahu maknanya love…” bicara seorang suami yang main hentam sahaja mencari erti bunga.
Candle light dinner..this time boleh arrange ke?” berbisik sendiri doctor Johan dengan muka yang berkerut.
Yelah, dahulu mereka hanya berdua, senang hendak rancang, kini sudah bertiga. Kena buat perancangan yang ketiga-tiga mereka boleh meraikannya. Tapi bukankah Rissa masih bayi? Tentu Rissa tidak selesa berada di tempat-tempat yang penuh dengan orang. Macammna ek!
 Jika hendak tinggalkan Rissa, siapa pula yang boleh tolong? Masalah.. masalah.
Dah tahu hendak celebrate anniversary, tetapi tidak rancang awal-awal. Siapalah yang sanggup hendak membantu jika khidmat penjagaan anak diperlukan serta merta.
Sungguh! Johan tidak terfikir tentang hal ini. Ialah, belum biasa sangat hidup bertiga. Rissapun baru tiga bulan muncul dalam hidup mereka, itu yang buat dia terlepas pandang.
“Ahhhh.. susah-susah, dari pening-pening kepala, heret aje budak comel tu..dia bukannya jadi masalahpun. Beri susu diamlah dia”  omel Johan sendirian.
Yang fikir sampai hendak pecah kepala, buat apa! Semua masalah boleh diselesaikan jika think positif.
Johan bergegas keluar sebaik sahaja pesakit yang terakhir meninggalkan biliknya
“Noni, I will leave shortly..” katanya tegas sewaktu melintasi kaunter di mana Noni berada.
“Baik doctor..” jawab Noni akur.

Johan baru hendak beredar ke biliknya. Hendak menukar pakaian dan terus menguruskan apa yang perlu. Wajahnya dilihat ceria, senyuman di wajah membuat wajah doctor muda ini lagi bertambah berseri-seri.
“Doktor ada tak?.. tolong saya! … ada emergency!.. tolong” bunyi suara yang muncul dengan tiba-tiba.
Johan dan Noni terkejut dengan kemunculan suara yang mereka dengar begitu cemas sekali.
“Ya..ya  saya doctor..” kata Johan, bertanya ingin mengetahui apa yang emergencynya.
Jika si lelaki itu pesakit, akan dia minta masuk ke biliknya untuk memeriksaan lanjut. Tetapi dari cara fisikal, si lelaki tambah sihat dan tidak ada sakitnya. Kecualilah sakit mental, memang itu doctor Johan tidak dapat hendak mengetahuinya dari luaran atau fisikal. Yang itu pun dia juga dia tidak dapat membantu, kerana dia bukan doctor sakit jiwa!
“Encik!… tolong saya..encik!.. kat depan ada accident, ada orang kena langgar!” terketar-ketar suara si lelaki. Ahh..baru Johan mengerti. Bukan dia yang sakit, tetapi orang lain yang  sudah kena langgar.
Tanpa banyak bunyi,  Johan bergegas keluar beriring dengan si lelaki yang aci redah itu. Mana tidaknya, nampak sahaja lelaki yang memakai baju puteh, pastinya seorang doctor., terus di rembatnya. Nasib baik betul..
“Sabar..cik.. sabar… apa sebenarnya..”sambal berjalan Johan cuba menenangkan si lelaki yang sudah pucat, ketakutan.
“Kat sana…tu “ Lain yang di soal, lain jawapan yang Johan dapat.
Mana hendak dapat jawapannya, bukannya dia yang terlibat! Dia hanya salah seorang yang secara tidak sengaja berada di tempat kejadian…
Di lihat dari jauh, orang masih mengerumi kereta dan si mangsa. Seorang perempuan yang duduk menyangkung hanya memerhati di mangsa.  Bukan mereka boleh buat apa. Silap-silap ada yang menjadi pemerhati, mencari peluang apa yang boleh di songlap. Atau tidak, mengambil nombor untuk judi nombor ekor. Itu sudah perkara biasa. Mengambil peluang kepada orang yang didalam kesempitan.
“Patutlah.Lady‘s  driver!“ bisik hati Johan.
Di lihat si mangsa masih tergelimpang. Darah dilihat di tempat kejadian. Pengsan atau sudah.. ah…teruk aje nampaknya!
Orang ramai yang ada, masih ragu-ragu untuk membantu. Dengarnya, ada yang sudah memanggil ambulan. Nasib baik, di dalam ramai-ramai itu ada yang cerdik.
Johan terus menghampiri si mangsa. Tersentak Johan, mata membulat, sebaik sahaja melihat wajah si mangsa. Dia kenal perempuan itu. Kenal sangat..macammana boleh jadi begini? 
Di rasanya nadi, masih kuat dapat dirasakannya.
Johan lega. Si mangsa masih hidup…
“Ada sesiapa yang sudah panggil ambulance…? Kalau belum tolong call segera..!” pinta doctor Johan. Meraih kepastian.
Perempuan yang menyangkung itu rupanya si pemandu, dah agak dah!.
Dengan muka yang pucat terketar-ketar bertanya Johan.
“Tuan.. dia hidup lagi kan? Saya memang tak nampak, dia tiba-tiba melintas. Tiba-tiba dia terduduk di tengah jalan. Saya tak sempat break. Betul tuan, saya tak dapat elak. Dia leka bercakap dalam telefon..dan mungkin kasut dia patah kut!” kata si pemandu perempuan yang sudah pucar lesi. Cuba meraih simpati dan membuat andaian kepada Johan. Johan boleh buat apa? Dia bukannya polis. Sepatutnya dia menerangkannya kepada polis di balai polis, bukan dengannya. Bagi Johan tugasnya sekarang ialah membantu untuk menyelamatkan perempuan itu. Di kutipnya beg tangan dan telefon bimbit mangsa yang sudah berterabur. Johan lihat memang ada kasut tinggi yang masih tersarung di kaki kiri yang sudah tidak ada heel. Mungkin benar dengan andaian si pemandu wanita itu! Tetapi sekarang bukan masanya hendak menjadi Sherlock Holmes. Biarkan sahaja perkara itu di selesaikan oleh pihak Polis. 
“Itu cik cerita aje di Balai..Po...“belum sempat Johan menghabiskan perkataannya, sudah terdengar deruman bunyi ambulan yang datang.
“Tolong ke tepi.. encik.. tolong ke tepi..beri laluan..tolong..” terus Johan membantu para paramedic yang ada.
Johan yang masih dengan pakaian putehnya turut melompat ke dalam ambulan menuju ke hospital.
Para paramadik juga membenarkan Dr. Johan ke dalam ambulan. Doktor Johan membantu mana yang dia termampu. Dia akan bertindak sedemikian, kepada sesiapa sahaja.
Tetapi mangsa yang satu ini, istimewa kerana dia kenal, sangat kenal. Johan amati wajah si mangsa yang sudah dibersihkan oleh paramadik. Wajah yang masih tertutup matanya, dia masih pengsan.
“Macammana boleh jadi macam ni...i?” Johan geleng kepala, bertanyakan soalan kepada orang yang masih pengsan.
“Insyallah.., .. Insyallah, you akan selamat..” tangan kasar Johan mengenggam tangan si mangsa.
Dia sangat simpati.
Sekatat ini, apa yang boleh dia lakukan, hanyalah berdoa agar mangsa yang satu ini akan selamat.
“Dengar sini, you jangan pergi lagi, banyak perkara yang hendak I nak dengar dari you..” bisik Johan ke telinga si mangsa. Tetapi yang kasihannya, si mangsa masih kaku!


2 comments:

Anonymous said...

Great story. Looking forward forcthe next chapter

Rose Ezadora said...

Thank you. I will try to write the story to be more interesting..But I'm just new in this field. Now I know, it is not easy to complete one story..