Friday 23 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 43

Dah siap, publish ajelah untuk pembaca.. tak sabar lagi beberapa chapter nak episod emosional! Nak tengok berjaya atau tidak membawakan watak ratu air mata...jeng..jeng..jeng..


Bab 43




Sudah menjadi routine, Hani menggoyang-goyangkan kaki Aqram dalam usaha mengejutnya setiap pagi. Tugas menjadi jam bergerak, tidak bergaji.  Aqram mengkalihkan badan kearah si isteri dengan mata masih tertutup. Tahu-tahu sepasang tangan cuba menarik tubuh Hani yang kecil ke arah badannya yang sasa. Asyik kena kejut untuk subuh setiap pagi. Ini perbuatan mengada-ngada atau semasa bujangnya dia culas menunaikan yang wajib. Hisy Hani, jangan buruk sangka, tak baik! Dia hanya hendak bermanja sebenarnya, bila bujang lain caranya, bila sudah beristeri lain pula perangainya. Hani tersenyum, ialah tu..jangan buruk sangka.
“Apa ni… sayang..” kekuatan seorang perempuan kecundang apabila Aqram. Hani jatuh ke dalam pelukannya.
“Isyh.. abang ni.. bangun.. .”
“Ala.. seminit aje lagi..  bila masa lagi nak manja-manja dengan Hani…”
“Ya…ya.. boleh manja-manja.. kemudian nanti, boleh tak!”
“Hem… ya lah..ya lah..”
“Dah pukul berapa sekarang ni sayang” suara mamai Aqram.
 “Dah 7.00 bang” jawab Hani
 “Ha! Astrafillahhilazim…” terus bulat matanya sambil mengucap panjang, sungguh dia tak betah begini, rasa bersalah tidak menunaikan tuntutan dan kewajipannya mengadap yang Maha Esa. Hampir tewas terleka oleh bisikan syaitan. Nauzubillah! Bingkas bangun, terus mencapai tuala yang sudah sedia tersangkut di dalam bilik air untuknya.
Mereka sudah terbangun lambat, terlajak tidur. Jam loceng di sisi meja sudah menunjukkan 7.00 pagi. Malu pastinya nanti hendak keluar, wajah-wajah nakal yang di temui akan bersangka buruk kerana terlewat bangun sehinggakan hampir miss sembahyang subuh. Mana suara azan yang selalu mengejutkan tidur mereka? Kenapa pula jam alarm tidak berfungsi? Terlalu nyenyak kerana kepenatan sehingga kedua-duanya tidur mati. Alarm tidak di set sebenarnya, hendak salahkan jam pula!.
Seperti yang di sangka Hani beberapa mata nakal yang tersenyum sinis semasa keluar dari bilik tadi.
Bertembung dengan Mak Long Midah,kakak mama. ”Baru bangun ke..” dengan muka yang sudah Hani sangka, senyuman sinis diberi kepadanya sambil berjalan menuju ke dapur. Mama dan papa sudah ada di meja makan.
 “Hani mana Aqram, dah bangun ke dia!.. ni dah pukul 7.00 lebih, pukul 10.00 mak andam hendak datang.., panggil Aqram sarapan dan boleh siap cepat..” suara panik mama. Hani yang sebenarnya ingin menjamah sarapan berpatah semula ke bilik dengan anggukan.
Aqram yang hanya memakai tuala di pinggang keluar dan terkejut melihat Hani masih berada di hujung katil. Ingatnya sudah keluar seperti yang dialami pada hari-hari sebelumnya. Desiran penghawa dingin terdengar sayu menghembuskan angin dingin.
“Sayang tak keluar ke..atau memang nak tunggu abang..?” tanyanya sambil mengambil baju melayu yang Hani hulurkan kepadanya, acuh tak acuh.
 “Hani dah keluar tadi, mama minta kita cepat-cepat turun untuk sarapan, ni yang Hani tunggu abang, sarapan sama, pukul 10.00 mak andam nak datang..” kata Hani.
 Tuala sudah berganti seluar, baju pula disarung. Aqram mencapai tuala yang sudah terlurut dan mencampakkannya ke dalam bakul di sisi pintu masuk bilik air. Tangan melurut rambutnya yang basah. Solat ditunaikan di sejadah yang sudah sedia terbentang oleh Hani. 
Selesai solat, Aqram mengambil tempat di sisi Hani. “Relax sayang.. abangkan dah siap..” sambil menepuk-nepuk tangan Hani dan menariknya bangun bersama. Mereka keluar beriringan menuju keluar.
“Hah… dah siappun mari cepat makan”  mama memberi arahan apabila muncul anak dan menantunya.
Tiada banyak perbualan yang berlangsung. Hani banyak mendiamkan diri, begitu juga Aqram. Suara mama dan yang lain-lain yang banyak kedengaran.
Areana D’Belai Creation memang class perkhidmatannya. Solekan Hani memang nampak neutral, wajah Hani yang memang sedia cantik lagi nampak terserlah apabila disolek. Baju kebaya bersulam warna Topaz  dengan tudung yang dipenuhi labuci dan manik menambah seri. Aqram berbaju Melayu warna sedondon dengan ikatan samping kelabu pekat siap bertanjak bagaikan pahlawan melayu, sepadan duduk di sebelah Hani. Sudah lebih satu jam di pelamin di ruang tamu. Kali ini Ain sebagai pengapit Hani dan Edros masih lagi pengapit Aqram. Di luar khemah para jemputan dan tetamu silih berganti. Kelibat mama dan papa ke hulu  dan kehilir sebuk benar nampaknya mereka.
Pentas kecil yang menempatkan kumpulan berzanji tidak jemu-jemu mengalunkan kata-kata puji pujian kepada Ilahi, tanda kesyukuran.
Para jemputan juga dikira ramai. Maklumlah mama memang berharap semua yang dijemput dapat hadir untuk memperkenalkan menantu pertamanya. Jika dulu dia hanya melihat kawan-kawannya sahaja yang menerima menantu, tetapi hari ini giliran dia pula setelah agak lama juga menunggu kerana Aqram tidak pernah setuju dengan beberapa calon yang cuba diperkenalkan kepadanya  dulu. Rupanya jodohnya jauh menunggu, di seberang lautan, patutlah tidak berjumpa di bumi Malaysia.
Malam pula reception di hotel pula. Letih sungguh rasanya badan, tetapi senyum tetap kena senyum nanti gambar yang diabadikan tidak cantik pula. Jurugambar sekali lagi memainkan peranan mengarah mereka  itu dan ini untuk pengantin beraksi. Jam 4.00 petang majlis berakhir. Mama meminta Hani dan Aqram berehat kerana resepsi malam bermula jam 8.00 malam. Aqram dan Hani tidak mampu membantah. Ini permintaan mama, suka atau tidak terpaksa di ikutkan demi untuk menjaga hatinya.
Sebaik sahaja menukar pakaian kepada pakaian biasa, Hani membaringkan diri di atas katil untuk meluruskan pinggang katanya. Kasihan pula Aqram melihat si isteri yang keletihan. Tangan kasarnya menyelak rambut Hani dan mengurut perlahan belakang tengkuk. Pada mulanya Hani membiarkan urutan sambil terkejam-kejam matanya menekmati urutan manja dari tangan kasar suaminya, sekurang-kurang hilang sedikit lenguhnya. Terkejut dia apabila terasa Aqram memberikan ciuman bukan lagi urutan tangan kasar nya.
“Abang gelilah…” dengan suara manja, menoleh kebelakang, Aqram hanya menyerigai, mengetahui Hani kurang selesa.
“Sorry sayang..” Aqram meminta maaf. Hani tahu Aqram tidak sengaja.
Di gapainya tangan yang sudah mengurutnya tadi lalu dikucupnya tanda terima kasih dan  minta maaf, sekali gus.
”No, its okey, Hani hak abang..” kata Hani lembut.
“Sayang rehat la..” mengerti isterinya keletihan, terus menapak ke sofa untuk dirinya juga berehat. Dia tidak mahu menggangu Hani lagi, dirinya juga perlu di manjakan. Ada satu lagi acara yang perlu mereka hadiri malam ini.
Malam resepsi Hani digayakan dengan pakaian gaun puteh gading, berhiasan mutiara. Sedikit jahitan mutiara di dada dan sedikit di bahagian atas tudung juga dengan tiara kecil di kepala. Nampak simple tetapi menarik. Aqram memakai sut hitam dengan bow berwarna kelabu gelap.  Aqram kelihatan seperti seorang model lelaki yang  memperagakan sut, memang kacak. Seperti dijangka ramai kenalan papa hadir. Memuji-muji kepenampilan pengantin. Kembang kuncup hati puan Fatihah bila mendengar pujian dari kawan-kawannnya dan kawan-kawan perniagaan Encik Mansor yang juga merupakan contact Aqram. Syarikat Perumahan Encik Mansor yang sudah diberi hak sepenuhnya di bawah pengawasan Aqram.
Grand betul majlis resepsi siap dengan live band sekali. Pelamin juga berwarna puteh gading dihiasi dengan lampu yang berwarna orange lembut, di serikan dengan hiasan bunga lily orange dan puteh. Bunga pilihan Hani juga.. Lily..dan Lily..
Sepatutnya majlis tamat lebih kurang jam 11.00 malam, tetapi ada juga seorang dua tetamu papa yang liat hendak meninggalkan dewan. Ada sahaja topik yang dibuka, akhirnya majlis berakhir hampir jam 12.00  tengahmalam.
Selesai solat isyak, Hani tak tertahan-tahan lagi untuk melelapkan matanya yang semakin mengecil, di orongkan bantal dan terus hanyut ke alam mimpi. Kakinya juga sudah kebas-kebas, mana tidaknya berdiri lebih dari satu jam semasa bersalaman dengan hadirin sebelum mereka pulang.
Sekali lagi Aqram hampa, tetapi dia perlu bersabar dan memahami iserinya yang keletihan.  Kehendak lelakinya perlu bersabar. Sebenarnya dirinya juga letih, tetapi setiap kali memandang Hani tidur, dia rasa bertenaga, entah dari mana datangnya tenaga yang muncul tiba-tiba, hilang rasa penatnya. Wajah Hani yang sedang lena ditatapnya lagi. Perlahan dia menyelak rambut yang menutup sedikit wajah isterinya yang sudah terlena. Di ciumnya rambut Hani yang wangi, Hani mengalehkan sedikit kedudukan menyedari ada sesuatu mengganggu kemudian menyambung lenanya. Kini hanya kedengaran hembusan nafas halus Hani dan hembusan penghawa dingin yang kencang  menemaninya waktu ini.
 “Hani kenapalah kau comel sangat, tak tertahan rasa hati ini” Aqram berbisik menahan debar di hati yang semakin rancak.
Cuba dia melelapkan mata, tetapi pandangan mata tidak boleh beralih kearah wajah Hani.

Teringat pula lirik lagu Aerosmith pula..si rockers mulut besar, Seven Tyler..

“I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you is a moment I treasure
Don't want to close my eyes
I don't want to fall asleep”
Hemm.. sound so romantik isnt it..!!

Di luar sesekali terdengar bunyi dentuman guruh, tanda hendak hujan. Tidak lama kemudian kedengaran hujan menitis. Pada mulanya perlahan tidak beberapa saat kemudiannya lebat. Tanpa disedari Hani telah berada didalam pelukan Aqram, kedinginan malam telah memaksa Hani mencari haba, haba dari manusia bernama Mohamad Fawwaz Aqram. Comfort zone!!
Tersenyum Aqram dan membiarkan isterinya yang masih lena memeluknya tanpa sedar. Hani dipeluknya erat, bukannya dia sedarpun. Hendak tahu, cuba tanya  esoknya, pasti dia tidak mengaku, dia yang memulakan dulu..mengodanya.
Terkejut mendengar launggan azan subuh. Hani juga terkejut, apabila dia melihat dirinya memeluk suaminya. Cepat-cepat pelukan dileraikan dan bingkas bangun. Terasa pergelangan tangannya diraih Aqram. “Hani tunggu abang”
“Tunggu” dengan suara kehairanan.
“Tunggu ? habis tu solat..?”dua soalan yang Hani tanya, dia serba salah.
 “Ya tunggu abang, kita solat berjemaah”
“ohh… ingatkan tunggu apa..”hanya anggukan perlahan,mengerti apa yang Aqram maksudkan dan terus pergi membersihkan diri.
Sementara menanti Aqram selesai di bilik air, Hani sudah bersedia menunggu di atas sejadah.
Selesai berjemaah, Aqram memanjatkan doa, sungguh shahdu kata-kata yang keluar dari mulut Aqram, sehinggakan berkaca mata Hani mendengarnya menahan air mata dari mengalir.  Bait-bait doa buat pertama kalinya berjemaah sebagai suami isteri.

“Ya ALLAH, syukur alhamdullillah dengan apa yang telah kau kurniakan  kepada ku sebagai penyenang hatiku,
 jadikanlah kami sebagai pemimpin yang bertaqwa.
Ya Allah, ampunkan dosa kami yang telah kami telah lakukan,
Ya Allah kurniakanlah kedamaian hidup dan kebahagiaan kepada kami Ya Allah,
 di dunia dan di akhirat, berkatilah dan rahmatilah kami Ya Allah .... Amin Ya Rabbal Alamin

Tangan Aqram digapai dan dikucup mesra. Aqram membalas dengan mengucup di atas dahi Hani. Mereka masih bersimpuh. Tangan Hani menyika air mata yang tidak sempat mengalir. Bersyukur dia kehadrat Ilahi, tersentuh dengan doa-doa yang dipanjatkan oleh si suami.
 “Are you allright sayang” tegur Aqram. Seraya tangannya singgah di bahu Hani.
 “Hey… kenapa ni.. tak mahulah sedih-sedih..!” Hanya anggukan perlahan yang dibalas Hani.
Tangannya menyika air mata yang hampir mengalir. Sungguh Hani terharu. Telekong dan sejadah dilipat.
“Sedihhh..bila abang ucap doa-doa tu.. Hani terharu” kata Hani meleret.
“Nak sedihkan apa?Nak terharukan apa?” tanya Aqram. Hani terdiam, betul juga, hendak sedihkan apa?
Aqram menyulam jarinya ke jari Hani, “Sudah tu. kita keluar, mesti ma dan pa dah tunggu kita” Hani mengikut sahaja langkah perlahan Aqram.
Aqram memang matang dalam serba serbi, bersyukur Hani di dalam hati menerima Aqram sebagai suami yang cukup sempurna baginya.
Ma dan pa sungguh gembira hari ini. Semua yang di atur untuk majlis menyambut menantu berjalan seperti yang diharapkannya.
Sudah menambah seorang lagi menjadi ahli keluarganya, semoga akan bertambah lagi bilangan ahli keluarga Mokhtar Rashid di tahun-tahun mendatang. Biar ramai, agar riuh sedikit bungalow yang selama ini sepi, kata mama. Faham-faham sudahlah mama menginginkan kehadiran cucu. Hani dan Aqram buat tidak faham sahaja. Itu semua rezeki ALLAH, insyallah jika di kurniakan alhamdulillah, jika tidak juga syukur alhamdulillah. Redha dengan apa sahaja ketentuannya. Terlalu awal untuk memikirkan perkara tu! Perjalanan rumahtanga mereka masih jauh. Persoalan yang harus difikirkan, adakah ikatan yang baru dimeterai ini akan bertahan sehingga ke  akhir hayat seperti yang dilafazkan di dalam doanya tadi. Wallahualam!