Thursday 12 June 2014

Inikah Kesudahannya - Bab 50

Yeay!!! bab 50. Malam ini jadi burung hantu lagi ok. Kepada pembaca yang masih berjaga, silakan..



Bab 50

“SURPRISE!!!” bergema laungan suara semua yang ada, termasuk big boss, Tuan Megat Qalif. Dia siap bertepuk tangan lagi apabila melihat pasangan Murni dan Zamri yang sudah terkejut beruk, ternganga, ingatkan mesyuarat tergempar, rupanya..hampeh betul si Shiha!
Kemudian mereka tersenyum. Apalah si Shiha ni, dah buat kejutan, pandai kau berlakun ya. Tadi, mati-mati ingatkan memang ada mesyuarat!