Apa lagi nak tulis hah? layan aje lah..
Dah alang-alang online.. publishkan aje he..he..he..
BAB 36
Masih teriyang-iyang soalan Puan Fatihah sewaktu
sarapan tadi, seperti tidak sabar-sabar sahaja bunyi soalannya menunggu jawapan
dari Hani, sedangkan Hani merasakan itu seperti satu desakan dan semuanya
berlaku begitu mendadak. Ini bukan urusan jual beli baju di gedung. Pilih, yang
mana berkenan terus setuju membeli. Pergi ke cashier, bayar dan terus baju jadi hak milik. Tahu tak betapa rumitnya membuat keputusan!
Takut lain yang diharap, lain pula yang jadinya. Buat waktu ni, Hani akan
berusaha untuk mengelak dari soalan itu dibangkitkan. Jika boleh..
Kini Hani bersama Puan Fatihah dan Aqram di sofa di ruang
tamu. Ain sudah naik semula ke bilik bersama Jeslina. Hani seperti tidak percaya dengan apa yang
sedang berlaku sekarang ini, lepas satu, satu, perkara baru berlaku kepada
dirinya. Semuanya berpunca dengan
insiden di Restaurant di Cape Town tempoh hari.