Bab 30
Aku duduk di kerusi bertentangan dengan abang Rafiq.
Satu buku menu dihulurkan abang kepada ku, aku sambut, manakala satu lagi
dipegangnya. Dia mahu aku yang memilih. Susah juga hendak membuat pemilihan.
Hendak memesan menu sarapan, jam sudah sebelas lebih. Hendak memilih makan
tengahari pula, masakan belum siap sepenuhnya. Aku bingung hendak memilih, akhirnya,
aku tanya abang Rafiq apa yang dia hendak makan.
“Abang ajelah
pilih, tak tahu Lyna nak decide..” kataku, tanpa aku beritahu yang aku tidak
dapat memilih sama ada memilih menu untuk sarapan atau menu makan tengahari.
“Ilyna lapar
tak?” tanyanya.
“Sikit..” kataku
pendek.