BAB 45
“Excuse me sir, my seat..!” Erin menghulurkan keratan tiket yang
tertulis seat nombor, meminta kebenaran dari penumpang lelaki muda yang di sebelahnya
keluar sebentar kerana tempat duduknya di tepi tingkap
“Oh..oh.. sorry..” lelaki itu bingkas bangun Erin meloloskan dirinya
untuk ketempatnya.
Erin ingin berbahasa melayu kerana nampak gaya seperti orang Asian,
tapi takut pula orang Filipina atau orang bukan dari negara nusantara.
Erin duduk, lega rasanya akan sampai esok harinya ke tanah air
selepas transit 4 jam di Schiphol, Netherlands. Dua minggu bersama mama, cukup
gembira, tetapi jika adanya si dia, alangkah bagusnya.