Bab 49
“Encik Hamzah dan Puan Dyana okey ke tinggal di rumah saya ni?
Harap-harap selesa ya? Bilik tetamu di tingkat atas” Suzilah melayan tetamu
istimewanya sebaik sahaja sampai setelah menjemput mereka di lapanganterbang
Geneva.
Hamzah sudah sampai di Geneva bersama adiknya. Suzilah menumpangkan
mereka di rumahnya.
“Janganlah berencik-encik dengan saya, malu saya, sudahlah menumpang
rumah dan Puan banyak membantu mencari mama kami…Itu sudah cukup bermakna bagi
kami adik beradik” jelas Hamzah, merendahkan diri
“Kenapa tak bawa Mysha sekali?” tanya Suzilah
“Dia terpaksa bantu tengok-tengokkan ofis saya” jawab Hamzah ringkas
“Karl sihat?” Suzilah bertanyakan
kesihatan Karl, entah kenapa teringatkan anak muda itu.
“Alhamdulillah, diakan sama dengan
Erin di Philippines sekarang ni.. seminggu tak silap saya” jawab Hamzah lagi.
“Ya, ya..saya tahu, Erin ada
beritahu, esok last day mereka di sana, Puan Dyana are you okey..?” Suzilah beralih pertanyaan kepada Dyana pula.
“Saya baik, terima kasih” jawapan
Dyana dengan sedikit slang Britonnya, tetapi masih fasih berbahasa Melayu.
“Rehatlah dulu, esok kita mulakan..” Suzilah nampak mereka masih
letih, terutama Hamzah
“Jemput minum” Suzilah telah menyediakan sedikit makanan,
memandangkan sudah 8 malam, tambahan mereka tidak mahu memakan apa-apa kerana
sudah mengambil makanan di dalam kapalerbang tadi.
Esok mereka akan WeilamRhein
sempadan Swiss dengan Germany, di dalam daerah Basel kepunyaan Negara German.
Tak tahulah apa akan berlaku nanti
kerana Maria tidak mengetahui perancangan ini. Sudah tentu satu kejutan.
Suzilah juga tidak pernah lagi bertemunya, semua pencariannya di bantu oleh
pekerja tempatan kedutaan bernama Marsel, kerana Suzilah tidak boleh berbahasa
tempatan iatu bahasa Swiss German. Harap-harap semua akan berjalan lancar.
Harap..harap..
***
Perjalanan selama 2 jam terasa
begitu lama kepada Hamzah. Akhirnya tiba
ke distinasi yang di tuju. Loceng pintu di tekan Marsel, semua yang ada
menunggu dengan debaran di hati. Muncul seorang wanita
yang berusia membuka pintu, tetapi bukan Maria, kerana wanita ini wanita
tempatan bukan wanita asia. Tambahan pula Hamzah masih kenal raut wajah mummy,
kecualilah jika wajahnya sudah terlalu banyak berubah. Itu tidak mungkin
terjadi. Naruli seorang anak dengan ibunya, memainkan peranan..itu bukan mummy!
Marsel berbual dengan wanita tersebut dan akhirnya wanita tersebut
mempersilakan semua masuk. Marsel menterjemahkan perbualannya sebentar tadi dan
memaklumkan bahawa wanita yang membuka pintu tadi adalah teman serumah Maria
dan Maria keluar untuk mengambil angin dengan berjalan pantas sambil beriadah. Dia
akan pulang sebentar lagi. Tepat telahan mereka, itu bukan perempuan yang
mereka cari.
Hamzah memerhati sekeliling rumah menginapan mummy selama ini.
Rumahnya kecil tetapi kemas. Berbagai
soalan timbul di kepala, bagaimana agaknya mummy meneruskan perjalanan
hidupnya.
Mungkin uncle
Harry @ Ilham ada membantunya kerana seingatnya Daddy hanya memberi beberapa
puluh ribu sahaja sebagai nafkah. Setelah mereka bernikah, daddy sudahkan
segalanya di bahu si Harry.
Tidak lama Hamzah mengelamun, terkuak pintu dan
muncul batang tubuh insan yang ditunggu-tunggu.
Ya ALLAH, mummy Maria masih sihat dan tidak
banyak berubah, hanya sedikit dimakan usia tetapi masih kuat. Tidak susah untuk
mengenalnya kerana memang tidak banyak berubah pada wajahnya. Terkejut Hamzah apabila
mengamani wajah mummy. Wajah yang lain sama sekali yang di bayangkannya.
Maria tercegat apabila melihat Hamzah yang
tadinya duduk dan sekarang sudah berdiri tidak jauh darinya. Kaki seperti di glue dengan gam gajah. Hanya
mata kedua beranak yang bulat dan sudah mula berair, tanpa sepatah kata. Pastinya
jantung mereka berkocak laju..hanya mereka yang dapat merasakannya..
Dyana menapak perlahan, tubuh tua mummy Maria
dirangkul erat. Rasa tidak mahu dilepaskan kali ini. Lalu
memimpin tangan meneruskan perjalanan ke hadapan. Langkah mereka lemah, kerana
terharu.
Hamzah pula memeluk mummy, diikuti Dyana yang
semua sudah pecah suara dengan suara tangisan. Tangisan gembira.
Alhamdulillah, Suzilah, Marsel dan perempuan
teman serumah hanya memerhati juga turut melenangkan air mata. Syukur,
segalanya berjalan dengan baik. Mission jejak kasih berjaya.
Hamzah bercadang untuk membawa mummy kembali ke
Malaysia. Nasib baik juga Maria masih memegang passport Malaysia, walaupun dia
sudah diiktiraf sebagai penduduk tetap Negara German. Namun Maria tidak memberi
jawapan kepada anaknya. Hamzah dan Dyana tidak akan berputus asa. Terlalu lama
pencarian mereka, dan mereka tidak akan berganjak untuk memujuk dan terus
memujuk. Jika hari ini mereka tidak berjaya, akan di ulangnya lagi keesokkan
harinya dan hari-hari seterusnya. Buat masa ini, biarkan mummy memikirkan
semahunya. Yang pasti esok Hamzah dan Dyana akan kesini lagi.
Niatnya tidak akan pulang ke tanah air dengan
tangan kosong. Besar sungguh harapan si anak. Dia mahu Mysha akan menjemput dia
dan mummya di KLIA kelak. Jika mummy Maria tidak mahu
terus pulang ke Malaysia, boleh sahaja transit ke rumah Dyana. Pilihan terletak
di tangannya, cuma ada dua pilihan ke Malaysia atau ke United Kingdom. Yang
pasti keluar dari Germany.
No comments:
Post a Comment