BAB 53
Perjalanan pulang ke tanah air sungguh memenatkan.
Ditambah pula dengan diburu oleh pemberita dan dikawal setiap masa oleh pegawai
polis. Rimas dibuatnya!
Jika dua hari lepas dikawal oleh polis Filipina,
kini polis dari tanah air sendiri pula. Melangkah sahaja mereka di balai
ketibaan, berpusu-pusu pemberita yang mengujakan berbagai-bagai soalan kepada
Karl dan Erin.
Entah berapa lama pemberita-pemberita ini sudah menunggu. Karl tahu, kerana dia pernah berada di situasi
begitu. Kerlipan flash dari kamera tak usah hendak dikira. Kini baru Karl tahu
bagaimana