Kepada pembaca yang setia, puas hati tak dengan cerita ini? Jika ada idea yang boleh menambah baikkan cerita ini harap sudi kongsikan bersama saya...
Bab 47
Sudah dua
hari dua malam Murni meneman Zamri di HBKL. Laporan mengenai kecederaan Zamri
masih tidak dapat dipastikan. Jika dilihat dari fisikal, Zamri nampak sihat, tetapi kenapa dia masih
ditahan?
Soalan yang
masih menjadi tanda tanya kepada Murni, begitu juga tuan punya badan, Zamri.
“Murni,
kalau abang cacat, terus tak boleh jalan, Murni masih sayang abang lagi tak?”
soalan yang terkeluar dari mulut Zamri semasa Murni leka mengelap muka dan
badannya dengan air suam. Kerana
dia tidak boleh berjalan, Zamri hanya dry
cleaning sahaja. Mandi hanya sekali sehari, di sebelah pagi.