Bab 40
Sudah berzaman kut aku tidak berhubung dengan Dian.
Apa khabar agaknya mak Datin tu di Sabah nun! Ada juga terlihat gambar-gambar
glamour dirinya, sama ada di suratkhabar atau di majalah, melakukan aktiviti
amal bersama mak-mak datin yang lain.
Hemm.. glamour gitu.. Orang sudah menjadi isteri
businessman ni susah sikit hendak berjumpa, maklumlah sibuk sokmo.
Petang ni teringat pula aku tentang dia.
“Asssalamualaikum Datin..apa khabar?” tanya ku sebaik
sahaja talian diangkat.
“Mualaikumsalam.. Lyna ke ni?” tanyanya.