Monday 13 October 2014

Jodoh Yang Tertangguh - Bab 43



Malam nanti entry terakhir ya pembaca! 
Bab 43







Jodoh Yang Tertangguh - Bab 42



Bab 42

Rancangan untuk bernikah dibatalkan buat sementara waktu dan mungkin juga akan dibatalkan terus. Namun Dian tetap datang melawat aku seperti yang dijanjikannya.
Sejak dari awal Dian memberitahu dia hendak bertemu dengan aku bukan dia.  Tetapi aku tetap juga membawanya melawat abang Rafiq di hospital. Harapkan pergerakan mata dan bisikan suara yang amat perlahan.
Melawat lelaki yang dulunya bukan main gagah dan kini hanya terlentang di atas katil. Sudah tidak boleh berbuat apa-apa.
Dia terus jatuh kasihan apabila melihat keadaan abang Rafiq demikian. Hilang marahnya kepada lelaki itu. Abang Fadil dan kak Shima, tak usah hendak dikata, dia muncul sehari selepas aku memberitahu yang keadaan abang Rafiq tidak sedarkan diri.