Saya publish coretan ini pula..cuba baca dan perasan tak? Does it ring any bells? Pendek aje coretan ini, boleh category novelet lah kut! Atau mungkin juga mini novel...
BAB
1
.
“Assalamulaikuuuum…”panjang
pula salam yang diberi, terutama di penghujung
“kum”, sebaik sebaik sahaja Karl menolak daun pintu yang baru dibukanya.
Entah berapa harkat!!
Dia membongkok,
mengambil kasut yang sudah dibuka dan dijinjingnya, lalu terus diletakkan di
rak kasut yang berada di sisi pintu masuk. Kemudian tangan pantas menanggalkan
stokin satu persatu di kedua-dua belah kakinya sambil berjalan
terjingkit-jingkit. Mana tidaknya, dia menariknya keluar sambil berjalan.
Cubalah bertenang abang Mikhail oi!! Cuma berhenti untuk membuka stoking tu!
Stokin yang sudah di tangan dicampakkan ke arah kasut. Tersangkut cantik sahaja