Monday 24 October 2016

Ya - Bab 11



Bab 11

Amy memandang sekeliling. Biliknya yang dulu berkongsi dengan Meeza, kita sudah menjadi haknya total. Tetapi kini berkongsi dengan anak-anak. Terima kasih Meeza, bisik hati kecil Amy, mengerti si adik berkorban mengambil bilik kecil di sebelah dapur demi dia dan anak-anak. Di kiri dan kanan terbaring kedua-dua anaknya pulas tidur, penat agaknya, jet lag pun satu hal juga. Perbezaan 5 jam ke hadapan.
Amy menghela nafasnya. Apa yang harus dia lakukan untuk membesarkan anak-anaknya.
Pesanan puan Dora, isteri Encik Helmi berlegar di dalam kepala.

Tuesday 18 October 2016

Ya- Bab 10



“Maaf Encik, saya tidak berkesempatan menjelaskan apa yang berlaku..kesilapan saya” kata si lelaki yang memberi salam. Semua tercengang dan hairan, tidak mengerti apa yang hendak disampaikan oleh si lelaki.
Siapa dia? Dia cerita apa ni? Ada kamera tersembunyikah yang merakamkan gelagat mereka? Cuba tengok entah-entah tersembunyi kamera di bawah kerusi. Silap-silap ada orang yang merakamkan entah menyorok di mana-mana.

Friday 14 October 2016

Ya-bab 10



Terjingkit-jingkit Mona di celah-celah orang ramai yang sama niat sepertinya, menyambut kepulangan orang yang mereka sayang. Merindui mereka apabila terpisah. Itulah rindu menerpa apabila jauh di mata, sekiranya di depan mata, perasaan rindu tidak mucul. Mereka mungkin sudah terpisah seminggu, sebulan, setahun tetapi sudah tentu tidak dapat menandatangi rindu si ibu yang bernama mona,lapan tahun terpisah. Lapan tahun dia memendam rasa, lapan tahun dia cuba menidakkan rasa hati. Namun dia tidak mampu. Naruli seorang ibu mana mungkin boleh berbuat demikian. Tambahan lagi si anak jauh nun di seberang lautan. Lagilah…