
Mona menghela nafasnya yang panjang, dia
tidak merasa penat mahupun jemu walaupun sudah hampir satu jam berdiri di
penghadang balai ketibaan. Kegelisahan kerasa orang yang di tunggu tidak muncul-muncul cuba di sorok.
Masih mampu tersenyum apabila memandang si suami. Mana mungkin Mona, senyuman
palsu sudah nampak nyata yang dirimu kecewa.
Mata tertumpu semula ke arah pintu keluar
balai ketibaan. Setiap wajah yangg muncul keluar diamati, agar tidak seorangpun
terlepas. Namun orang yang ditunggu tidak juga muncul-muncul. Manalah kau ni Amy?
Jangan buat perangai lagi! Sudah jelas pegawai Wisma Putra memberikan salinan
tiket yang ditempah. Sudah betul penerbangan yang mereka tunggu. Jadi apa lagi?
Dari ramai orang yang keluar, kini sudah tinggal beberapa orang sahaja lagi.
Akhirnya pintu ketibaan sudah tidak ada lagi manusia yang keluar.
Aduh! Amy… Amy.. sampai hati kau buat emak
begini, bisik hati Mona. Hatinya hancur, bukan setakat berkecai, malah sudah
lumat. Sudah tidak tinggal apa lagi.
Pak Aminuddin memeluk bahu si isteri.
“Marilah Mona, tak ada budak Amy
tu..Sudahlah, mari kita pulang saje”pujuk si suami.
Meera dan Lokman hanya membisu. Baik sahaja
berdiam dari menambah luka di hati si ibu.
Mona hanya menurut, dia juga sudah tidak
kuasa hendak berbicara. Biarkan raut di
wajahnya sahaja yang bercerita, betapa hampa, sedih dan pilu tidak terkira.
Langkah demi selangkah di atur. Berat sahaja
kakinya melangkah untuk meninggalkan dewan ketibaan. Di dalam hati masih
berharap agar dia mendengar suara si anak memanggilnya “Emak! Amy ni.. Amy sudah pulang. Ini Amy bawa cucu-cucu emak
sekali”.
Tetapi adakah itu akan terjadi?
Jangan diharap Mona. Lupakanlah igauan di
siang hari.
“Mak, kita minum dulu, Meera tahu emak tentu
haus, lama tadi kita tunggu” akhirnya Meera bersuara, mengharap agar itu dapat
mengutip sedikit hatinya yang sudah hancur.
Lokman dan isteri hanya mengikut cadangan si
adik. Si ayah juga menurut.
“Awak dan budak-budak duduk kat sana, saya
dan Lokman sahaja yang orderkan. Hendak minum apa?”tanya si suami.
“Apa-apa ajelah bang, saya tak kesah”jawab
Mona. Si suami mengerti, isterinya tidak kesah apa jua minuman yang terhidang,
yang penting semua air akan terasa sama sahaja, hambar.
“Siapa pulak
yang call ni..hisy”tiba-tiba Lokman membebel di kejutkan oleh deringan telefon
yang nombor tidak diketahui siapa pemanggilnya.
“Ya..saya, Ya..
kami di Mc D, minum-minum..ya. Ohhh.. dah nampak ya” itu sahaja yang didenggar.
Semua ternganga,
mengharap agar perbualan yang hanya menyebut “Ya” itu cepat berakhir. Sungguh
menyeksakan jiwa sesiapa yang mendengar. Cepatlah… siapa sebenarnya di talian?
Lokman
tersenyum, nampaknya dia seorang sahaja yang merasa gembira.
“Assalamualaikum..”
Semua kepala
tertoleh!!
2 comments:
Siapa pula yang menegur tu ah! yang pasti bukan Amy kerana suara lelaki..
Sudah ada sambungan ya.. selamat membaca
Post a Comment