Bab 26
“Lyna
okey ke tak ada majlis sanding macam kawan-kawan Lyna lalui..” kata Fahmi
sewaktu aku menunaikan janjiku untuk belanja makan sebagai bayaran menukar
tayar keretaku tempoh hari.
Juga merupakan dating pertamaku sejak bertunang
dengannya.
Makan tengahari di Restaurant Siang Malam. Restaurant
yang popular dengan masakan melayu. Jika dia suka lauk masak lemak pisang muda
aku, pasti dia suka masakan di sini, kerana di sini jauh lebih sedap dari yang
aku masak.
“Tak” jawabku perlahan.
“Sungguh! Majlis macam ni sekali aje seumur hidup tau?Setahu
saya semua gadis impikan hari bahagia mereka bagaikan puteri!” soalnya lagi.
“Itu
orang, bukan Lyna. Tak rugi apa-apa, yang penting Fahmi sudi terima Lyna..” kataku lagi.
Aku lihat Fahmi tersenyum senget.