Bab 26
“Lyna
okey ke tak ada majlis sanding macam kawan-kawan Lyna lalui..” kata Fahmi
sewaktu aku menunaikan janjiku untuk belanja makan sebagai bayaran menukar
tayar keretaku tempoh hari.
Juga merupakan dating pertamaku sejak bertunang
dengannya.
Makan tengahari di Restaurant Siang Malam. Restaurant
yang popular dengan masakan melayu. Jika dia suka lauk masak lemak pisang muda
aku, pasti dia suka masakan di sini, kerana di sini jauh lebih sedap dari yang
aku masak.
“Tak” jawabku perlahan.
“Sungguh! Majlis macam ni sekali aje seumur hidup tau?Setahu
saya semua gadis impikan hari bahagia mereka bagaikan puteri!” soalnya lagi.
“Itu
orang, bukan Lyna. Tak rugi apa-apa, yang penting Fahmi sudi terima Lyna..” kataku lagi.
Aku lihat Fahmi tersenyum senget.
“Ialah tu..” katanya.
Dia menarik nafas panjang. Lega kenapa, tidak aku
ketahui.
Lega kerana puas hati dengan jawapan aku, atau lega
tentang lain?
“Okey.. lets
order” sambil dia mengesek-gesekkan kedua belah tangannya, kemudian membuka
buku menu.
Pelayan sudah berdiri menunggu order untuk minuman.
“Minuman.. hem saya nak..lin che kang sejuk..”
katanya.
“Lyna pun..” sampukku.
Terus sahaja si budak pelayan beredar untuk
menyediakan minuman, sementara menunggu pemilihan menu utama.
“Lyna..
siapa nak pilih ni, saya atau Lyna..”tanyanya.
“Lyna bayar aje, Fahmi pilihlah”kataku.
“Okey.. in that case, we’ll start with
starter” tangannya menyelak sehelai demi sehelai buku menu, tetapi tidak
berjumpa.
“Alamak..
tak ada pilihan untuk starter pulak?” katanya
“Cik
abang.. restaurant ini serve makanan melayu, manalah ada orang melayu makan,
ada starter bagai. Kita terus main course..” kata ku dengan tersengeh.
Ada-ada saja dia, sini bukannya Auckland. Tahulah
belajar 5 tahun di negara orang putih tu.
“Apa dia sayang.. ulang sekali lagi..” tanyanya.
Wah!
Boleh tahan juga si rambut kerinting ni sudah bersayang-sayang. Ini membuatkan
aku lagi bertambah sayang kepadanya.
“Ulang
apa?” aku bertanya semula kepadanya.
Dia merenung tajam ke arahku, membuat aku kurang
selesa, kenyang dengan renungan matanya. Inilah agaknya yang dikatakan kak
Shimah dulu. Kenyang apabila melihat orang yang kita sayang.
“Hehh…
pilihlah cepat main course tu..kalau tak dapat decide, biar Lyna aje yang
pilih..” aku terus bersuara, apabila dia hanya memandang ke arahku.
“Tak..tak
abang..eh..saya pilih..” jawabnya.
“Dik,
minta yang nombor 44, 12, 52, 7.. semua satu ya..dan dessert nombor 5 dengan
nasi putih, satu nasi tambah yang itu dua, sorang satu ” katanya, boleh pulak
dia cepat memilih. Adik pelayan terus mencatit nombor yang telah Fahmi sebut.
“Fahmi,
minta nasi tambah tu, betul ke boleh habiskan nanti..” tanyaku.
“Dengan
Lyna ada depan mata, saya akan berselera..you
wanna bet?..”katanya sambIl tersengeh.
Sementara
menunggu pesanan dihantar, kami berbual tentang masa depan yang sebulan lagi
bakal kami lalui sebagai suami isteri. Aku menghirup lin chee kang yang
dipesan, sambil sudu kecil menceduk apa sahaja buah yang ada, masuk ke mulut.
Tidak
lama kemudian pesanan dihidang.
Satu persatu diletakkan di atas meja.
Ayam goreng berempah, gulai lemak pisang muda, telur
bungkus, kailan goreng kicap.
Bulat
mataku ke arah hidangan.
“Awak
perli Lyna ke apa ni..” tanya ku.
“Perli
apanya pulak? Memang ini lauk yang saya suka., dah tu makan...” katanya
selamba.
Perlahan
sahaja doa makan dibacanya, doa makan untuk aku sekalilah tu.
Benar
seperti apa yang dikatanya, makanan habis dimakannya, aku pun berselera apabila
melihat dia laju sahaja menyuap rezeki. Jika ini berterusan, nampaknya almari
baju aku kena beli baju yang baru selalu, kerana sudah bertukar saiz.
***
Seperti yang dijanjikan, rombongan merisik dan terus
bertunang berjalan dengan baik sekali. Kali ini hanya majlis kecil sahaja.
Hanya dengan kehadiran keluarga dan sanak saudara terdekat. Sudah cukup hanya
melakukan apa yang patut.
Mengikut rundingan, aku dan Fahmi akan dinikahkan di masjid
penghujung bulan hadapan. Tidak perlu menunggu lama-lama. Takut perkara yang
lalu berulang lagi. Tidak ada persandingan atau majlis potong kek mahupun pukulan
kompang. Cukup sekadar kenduri doa selamat. Namun debar tetap ada, walaupun aku
menafikannya. Kini aku lebih bertindak bersedia. Bersedia menerima apa jua yang
ada kemungkinan.
Setiap hari aku nantikan dengan debar. Pengamalan
nikah tidak jadi ku membuat aku fobia. Takut ianyanya akan berulang, Sudah terbayang
yang Pelamin Anganku akan Musnah buat
kali keduanya. Walaupun kali ini memang tidak ada pelamin. Aku sudah bersedia
untuk menjadi pengantin yang bakal di tinggalkan bersendirian di hari
perkahwinanku sekali lagi. Aku redha, jika itu sudah tertulis untuk diriku.
Suasana riuh, tetapi terkawal, maklumlah berada di
rumah ALLLAH. Jemputan dan sanak saudara terdekat duduk bersimpuh
mengelilingiku. Aku sempoi sahaja, Cuma memakai baju kurung dan kerudung yang
sedondon. Aku dan Fahmi sudah berjanji untuk memakai pakaian yang telah kami
pilih. Sudah setengah jam menunggu, tetapi rombongan ppegantin lelakinya mana?
Aku masih bersangka baik, agaknya mereka turun lewat dari
kampungnya. Bagaikan tidak serik-serik.Aku nampak mak melambai ke arah Dian
yang menjadi pengapitku.
Cepat Dian menuju ke atah emakku dan kemudian dengan
muka pucat membisikkan sesuatu kepadaku.
“Lyna, kau sabar ya?“katanya perlahan, bersuara di
cuping telinggaku.
“Kenapa?“ tanyaku sepatah.
“Rombongan Fahmi ada kemalangan sikit!“ kata Dian.
“Ah!“ aku terkejut dan luluh rasa hatiku tatkala itu,
hendak pengsanpun ada.
“Sabar Lyna.. accident
kecil aje..mereka akan sampai, cuma lambat sikit aje..” kata Dian cuba
menenangkan aku.
Aku diam, aku harappun begitu juga. Cuma lambat, bukan tak jadi!!
Di dalam hati sudah berdebar-debar, adakah sejarah akan berulang lagi?
Namun aku pasrah, aku berserah kepadamu Ya ALLAH!
Alangkah cerianya aku, apabila tidak sampai satu jam kak Shimah datang bersimpuh
dan membisikkan kepada aku yang rombongan sudah tiba.
Hilang resahku, hilang rasa hampaku, hilang segala
dugaku. Dia membuat akulah perempuan yang paling gembira di saat itu. Hanya
dengan Kehadirannya.
Aku bersyukur ke hadratnya yang memberi aku kekuatan,
untuk menerima berita buruk mahupun berita gembira.
Rupanya, hanya kemalangan kecil sahaja, itupun bukannya kereta yang
membawa Fahmi, tetapi kereta rombongan lain.
***
Seminggu sudah aku menjadi isterinya. Majlis nikah
yang hanya diadakan di masjid dan doa selamat di rumah emak di kampung. Si
rambut kerinting, jiran sebelah rumah rupanya jodohku. Termakbul juga akhirnya,
aku mendapat title “Puan”.
Majlis
kecil tetapi meriah. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang
diharapkan. Aku hanya memakai baju kurung bertudung kepala dengan sedikit
hiasan di rambut dan Fahmi hanya memakai baju melayu dan bersongkok, itu
sahaja, tanpa apa-apa hiasan yang extravaganza.
Minggu ini giliran aku ke rumah emaknya di kampung.
Ada majlis menyambut menantu katanya. Itupun hanya setakat majlis doa selamat
sahaja. Kampung Fahmi, memang betul-betul kampung. Bukan seperti kampung aku, yang
tidak serupa kampung lagi, sudah jadi kampung modern. Rombongan belah aku,
sebanyak 3 buah kereta sahaja. Dua kereta sudah pulang sebaik sahaja majlis
kesyukuran selesai. Kini aku ditemani kak Shima, abang Fadil dan Mak Uda untuk
beberapa malam di sini.
Ibu mertua ku, perempuan yang pernah aku temui
beberapa bulan lalu. Perempuan yang aku panggil makcik. Dia melayan aku dengan
baik sekali. Aku tidak mempunyai bapa mertua, kerana menurut Fahmi ayahnya
meninggal dunia kerana sakit, sewaktu dia bersekolah menengah lagi. Emak Tijah,
ibu mertuaku tinggal bersendirian, namun masih ramai keluarga Fahmi yang duduk
berhampiran. Walaupun Mak Tijah mempunyai keluarga yang besar, dengan anak
seramai 5 orang, tetapi dia tinggal sendirian akhirnya, kerana masing-masing
sudah berkeluarga dan 4 berhijrah di Kuala Lumpur. Termasuklah Fahmi anak
bongsunya. Nasib baik ada kaklang Intan yang berkahwin dengan orang kampung
malah tinggal berhampiran. Dapatlah dia kerap menjengok mak Tijah, si ibu.
Aku dan Fahmi berjanji akan kerap menjengoknya, jika
ada kelapangan.
Suasana damai, kawasan sawah padi yang buat pertama
kali aku melihat rupa pokok padi. Aku sungguh teruja.
Terkenang perbualan Aliya dengan aku sebelum dia
berangkat pulang.
“Kak, bestlah kampung abang Fahmi.. nanti
Lia selalulah boleh mandi sungaikan Lia..?” tanya Aliya kepada Lia. Apabila
Aliya ada, Lia memang lebih seronok dimanjakan oleh Aliya.
“Lia,
ini kampung baru kita tau..”kataku kepada Lia, apabila tiba-tiba Lia datang
memeluk kakiku.
Terus
Lia aku kelek dan ku cium kedua pipi tembamnya.
“Esok kita orang balik, Aliya bawa Lia sekali tau..
nak bagi chance akak dengan abang Fahmi la..” gurau Aliya.
“Apalah adik ni.. akak bukannya lamapun kat sini,
seminggu aje kut, sebab akak tak cuti panjang, Fahmi pun..” kataku.
“Lagipun akak kena simpan cuti nak pindah nanti, bila
rumah yang Fahmi beli tu siap..” sambungku lagi.
“Aliya okey ke nak jaga Lia tu.. cuti panjang lagi
ke?” tanyaku.
“Hemm.. lagi sebulan setengah..la kak..” jawab Aliya.
Sedang aku sibuk berbual dengan Aliya, Fahmi muncul.
“Abang, sesekali Aliya datang sini boleh? Seronok
tengok sawah padi..” tanya Aliya.
“Boleh.. nanti bila abang balik kampung sama kakak, bolehlah Aliya ikut sekali..” kata Fahmi.
“Boleh.. nanti bila abang balik kampung sama kakak, bolehlah Aliya ikut sekali..” kata Fahmi.
Sempat pula tangannya memeluk bahu aku. Aliya
tersenyum memandang Fahmi berbuat demikian. Romantik tidak bertempat sungguh!
Namun aku layan sahaja, sudah sah sebagai suami isteri, takkan pula aku hendak
tepis.
“Lia suka kampung Ayah Mi tak?” tanya Fahmi, apabila
dia pula yang mengendung Lia. Lia seperti biasa hanya angguk. Semua tertawa
apabila melihat telatah Lia. Lia si burung belatuk, yang dia tahu hanya
mengangguk.
Lia.. ibu rindu Lia..
“Jangan fikirkan sangat Lia tu, minggu depan kita
jemputlah dia balik“ suara Fahmi.
Dia boleh membaca fikiran aku. Dia tahu rupanya, aku akan
teringatkan Lia.
***
“Sunyi pulak bila semua dah balik ya bang..” kataku,
cuba membiasakan diri memanggil Fahmi dengan panggilan abang, membahasakan diri
tanda hormat kepada imamku.
Aku yang sudah berbaring di atas katil, hanya
memerhati Fahmi yang baru sahaja masuk ke bilik dan menutup pintu bilik bilik
perlahan. Rumah kampung, segala perbuatan kena perlahan dan berhati-hati,
kerana rumah papan. Segala pergerakan dapat di dengar orang.
“Hemm..memang sunyi, mandi tadi okey dah ke? Tak sejuk
lagi macam selalu..” tanyanya.
“Dah okey dah, dah biasalah sikit kut..” kataku.
Setiap pagi aku terpaksa memasak air untuk mandi
kerana air terlalu sejuk, aku tak tahan. Sejuk
bagaikan air yang datang dari gunung, sedangkan air dari paip. Hari kedua ibu
mertua aku sudah menyediakan air panas, malu pula aku. Nanti dikatakan berlagak
seperti tuan puteri pula.
“Bang..
tadikan, Lyna nampak sekelompok bangau.. kat hujung sawah sana tu..
cantiknya..” aku kaleh
badanku ke arah Fahmi yang sudahpun berbaring di sebelah ku.
“Ya!” bunyi terkejut sahaja.
Sengaja dia melayan aku sebenarnya. Baginya pandangan itu sudah biasa. Dia dibesarkan di kampung
itu. Tidak ada yang hendak dihairankan. Tetapi kerana aku yang berbicara, dia
layan sahaja.
“Memang.. kat hujung tu ada tasek..dia orang makan ikan kat tasek tulah”
sambung Fahmi lagi.
“Sayang nak tido, tidolah dulu, abang tak ngantuk lagi.. abang
nak membaca kejap..” kata Fahmi.
Aku hanya memerhatikan dia sahaja. Dah
namapun pensyarah, apa lagi, asyik membaca sahajalah dia.
“Tak apa, Lyna teman abang” kataku. Terus aku rapatkan
badanku dengannya.
Aku di dalam pelukannya, sebelah tangan lagi dengan
bukunya.
Ishy.. nampaknya, aku kalah dengan buku, Fahmi lebih
leka dengan buku dari aku yang sudah tersengut-sengut mengantuk, kata hendak
menemaninya konon.
Kepala aku yang tadi di dadanya dialihkannya perlahan
ke bantalku.
“Kejap.. abang nak tutup lampu” kata Fahmi setelah
melihat aku sudah lebih dari 10 kali menguap.
Aku mengganggu konsentrasi dia membaca agaknya.
Tertutup sahaja lampu, suasana begitu gelap. Tiba-tiba
aku melompat mencari tubuh Fahmi.
“Abang..
abang mana? Apa tu!..” aku yang tadi mengatuk, tiba-tiba terus celik melihat
ada benda yang terang berterbangan, banyak pula tu.
Aku
takut. Aku mencari-cari tubuhnya dan memanggil namanya. Sebaliknya aku dengar Fahmi ketawa. Kurang asam betul,
orang dalam ketakutan, dia ketawa pulak.
“Apalah Lyna ni.. dengan kunang-kunangpun nak takut,
bukannya dia kacaupun..” jawab Fahmi bersahaja sambil tergelak.
Cepat-cepat aku peluk tubuhnya apabila aku tahu dia
sudah berada di sebelahku.
“Dah tido aje .. benda tu tak ganggu la..” ulangnya
lagi dengan nada yang agak tinggi. Namun aku tidak percaya dengan kata-katanya.
Mata masih terbeliak memerhati serangga yang dipanggil kunang-kunang itu
berlegar-legar di dalam bilik kami. Bertaburan seperti melihat bintang di langit,
Cuma kali ini bintangnya bergerak.
“Dah tu.. tido” terdengar lagi suara Fahmi mengarahkan
aku tidur.
Fahmi tahu aku mataku masih bulat.
Aku dapat rasakan Fahmi memelukku kejap, mungkin dia
cuba menenangkan aku yang masih ragu-ragu tentang serangga yang dikatakannya
tidak merbahaya itu. Dia panggil kunang-kunang, aku panggil kelip-kelip.
Pertama kali dalam hidup aku melihatnya secara life. Selama ini aku hanya kenal
melalui buku atau dikaca televisyen.
Akhirnya aku benamkan wajahku di dadanya Fahmi yang
bidang, di mana aku rasa hanya di situ diriku rasa selamat. Fahmi pelindung aku dari si kunang-kunang
yang berterbangan indah di dalam bilik kami.
Bila teringat kunang-kunang, aku akan teringat Fahmi
dan malam itu. Malam yang tidak dapat aku hilangkan dari kotak ingatanku.
Kunang-kunang menjadi penghias bilik kami, seperti melihat bintang di
Planetarium sahaja. Planetariuam percuma, tidak ada entry fee. Bila aku
fikirkan alangkah indahnya jika kunang-kunang itu sentiasa berada bersama kami.
Malam yang panjang buat aku dan Fahmi. Malam yang hanya ada Aku, Fahmi, malam
dan si kunang-kunang. Malam itu segalanya bermula.
No comments:
Post a Comment