Thursday 16 October 2014

30 Jam Yang Indah Bersamamu - bab 6



BAB 6

“Hari ni sayang nak pergi mana-mana tak? Kalau tak pergi mana-mana, kita balik PD nak?” tanya Karl kepada Erin yang sedang berdiri membakar roti sebagai sarapan.
Erin menoleh ke arah Karl. Apa mimpinya malam tadi, minggu lepas baru sahaja balik ke sana. Minggu ni hendak ke sana lagi? Erin kerut muka.
“Minggu lepas kan kita dah balik PD? Lagi pun…Rin tak boleh pegi mana-mana hari ini, mama abang nak datang, kejap lagi sampailah dia” ujar Erin

30 Jam - Bab 5



Bab 5

“Tuk..tuk..tukk..“terdengar botol diketuk.
Tanda announcement akan dibuat oleh seseorang. Seperti adegan filem P Ramlee sahaja. Slot cerita bujang lapuk. Dia mengambil idea dari cerita P Ramlee agaknya. Karl angkat keningnya laju. Pembacaan di teruskan lagi.
Semua mata tertumpu kepada suara ketukan botol, termasuk Lia dan Ash. Namun masih terdengar suara-suara sumbang. Bagaimana hendak mendengar announcement dengan jelas, jika masih ada orang yang masih menyebok hendak bersuara. Masing-masing ingin menunjuk pandai!
“Listen ...listen here listen.. please … I’m your captain I would like to make an announcement, a very important announcement, listen carefully” penat juruterbang bersuara, namun masih terdengar  rioh suara manusia yang tidak pernah tahu diam.

30 Jam Yang Indah Bersamamu - Bab 4



BAB 4

Karl menjinjing lauk yang dibelinya di Selerabonda sebentar tadi. Dilihatnya Erin sudah menunggu di depan pintu. Tersenyum Karl melihat Erin yang muncul dengan wajah ceria. Dihulur bungkusan lauk. lalu Erin terus menyimpannya ke dapur. Kelentang kelentung, Erin mengeluarkan bekas untuk mengalihkan makanan yang dibeli Karl ke dalam bekas kecil. Punat periuk nasi ditekan agar nasi sentiasa panas. Erin berjalan ke peti sejuk untuk mengambil air sirap yang telah disediakannya awal-awal., agar terasa sejuk.

30 jam - Bab 3



BAB 3

Bergegas Karl bangun apabila tersedar dari tidur. Di luar matahari sudah bersinar dengan terangnya. Segera dicapai telefon untuk melihat waktu.
“Hah!.. dah dekat pukul 7”.
Cepat-cepat dia meletakkan semula telefon dan mengerakkan Erin.
“Erin, bangun sayang.. subuh dah nak habis ni..” Karl menggoyang-goyangkan badan Erin.
Erin hanya bergerak sambil mengeliat. Entah kenapa tubuhnya sengal-sengal sejak akhir-akhir ini. Hendak dikatakan dia bekerja kuat, tidak pulak.

30 jam - Bab 2



BAB 2

Mata Karl bulat, tersorot dekat ke skrin komputer.
Dilihatnya, tajuk “Pengenalan”. Introduction lah tuh!
Kedua-dua belah tangannya di gesek. Cuaca tidak sejukpun, tetapi Karl merasa sejuk. Mana tidak sejuknya, kerana dia tahu akalnya sudah meminta dia membuat sesuatu yang salah! Menceroboh!!
Ahhh… pergi kau, cuba di tepis rasa bersalahnya.
Karl terus membaca beberapa barisan dengan laju. Pencuri memang begitulah rasanya, sentiasa berada di dalam resah.