Bab 5
“Tuk..tuk..tukk..“terdengar botol
diketuk.
Tanda announcement akan dibuat oleh
seseorang. Seperti adegan filem P Ramlee sahaja. Slot cerita bujang lapuk. Dia
mengambil idea dari cerita P Ramlee agaknya. Karl angkat keningnya laju.
Pembacaan di teruskan lagi.
Semua mata tertumpu kepada suara
ketukan botol, termasuk Lia dan Ash. Namun masih terdengar suara-suara sumbang.
Bagaimana hendak mendengar announcement dengan jelas, jika masih ada orang yang
masih menyebok hendak bersuara. Masing-masing ingin menunjuk pandai!
“Listen
...listen here listen.. please … I’m your captain I would like to make an
announcement, a very important announcement, listen carefully”
penat juruterbang bersuara, namun masih terdengar rioh suara manusia yang tidak pernah tahu
diam.
Sehinggalah juruterbang terpaksa
meninggikan suaranya barulah suasana agak sepi. Agaknya bagaikan hendak
tercabut anak tekaknya, kasihan…susah betul hendak mengajar orang dewasa yang
tidak tahu bahasa. Dengan suara yang nyaring, juruterbang dapat meredakan suara-suara
yang tidak sepatutnya berbunyi. Akhirnya juruterbang dapat memulakan
pegumumannya.
“Thank
you” ucapnya mendatar.
“First
of all, we have to thanks God that all of us is save. Glad to tell you that, I
manage to MayDay the nearest airport, asking for help. And the help is on its
way. The good news is, they already knew our situation, where we are, but they
are trying to locate the exact spot. For
your info, we are in Oman soil. Please gather together, don’t wander around.
I’m not sure how much longer for them to locate us. But it gonna be soon,
hopefully very very soon. So stay put and please help whoever needs any
assistance. Luckily no body is injurt badly. Thank you to our doktor, Dr.
Martin Zbindin. He has help us a lot.”
Tangan juruterbang menala ke arah lelaki yang meminta maaf kepada Lia.
Dia seorang doktor rupanya.
“And
also I would like to inform that we manage to save some of our luggages. There
are kept there.” Sambil tangannya menunjukkan
lunggukan bagasi disalah satu khemah.
“Please
identify and collect your luggages or belonging, you may need them. If you
require anything, please asked our cabin crew over there”
tangan captain beralih pula kepada sekumpulan peramugari yang nampaknya hanya
mereka mempunyai bekalan ubat, mimuman dan sedikit makanan.
Mata Lia
bertentang dengan mata Dr. Martin, dia senyum dengan mata lebam sebelah. Lia
serba salah, perlukah dia senyum sebagai cara mengucapkan terima kasih.
Sedangkan abang Ash ada di sebelah, tunduk. Baik sahaja Lia mendiamkan diri,
jangan membalas senyuman, ditakuti lebam sebelah lagi matanya. Ash diam,
mungkin menyesali apa yang telah dilakukannya.
Sepanjang
mereka berdiri, banyak mata juga menala ke arah Lia dan Ash.
Sok sek sok
sek, berbual pasal Ash tumbok orang tak bersalah.
Cemburu punya
pasal.
Dari apa
yang Lia dengar, rasanya lelaki itu memang tidak ada niat hendak mengambil
kesempatan, mungkin abang Ash tersalah anggap. Namun bukan sekarang untuk
mendapatkan kepastian. Biarkan hati abang Ash sejuk dahulu, nanti akan cuba Lia
leraikan apa yang tersimpul. “Yang penting Lia sayang abang. Janganlah abang
risau, walau sepuluhpun wajah tampan Dr. Martin itu muncul di depan muka Lia,
wajah abang Ash juga yang akan Lia simpan“ bisik hati Lia.
“Encik
maaf, tadi saya menyampuk perbualan encik dengan isteri encik tadi. Saya Lim,
Lim Min Tuan.” Lim menghulurkan tangan kepada Ash.
Muncul
lelaki yang memanggil namanya Lim.
Ash dengan wajah yang masam-masam
kelat menyambut tangan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Lim.
“Saya Rashlan” jawab Ash.
“Encik dan isteri Encik nak pergi
Dubai jugak ke?” tanyanya cuba bermesra.
“Transit aje, kami nak ke Swiss..”
jawab Ash.
Apalah salahnya menambah seorang lagi kawan. Encik.
Lim pun nampak baik orangnya.
“Ooohh. Swiss, saya memang kerja
kat UAE” terlebih mesra pula lelaki yang dipanggil Lim.
“Tadi tu.. wife encik Rashlan,
pengsan dan sudah tidak bernafas, mungkin sebab terlalu takut. Jadi Dr. Martin tu beri penafasan
artificial.” terang Encik Lim lagi.
“Saya ada masa crew tu minta tolong
tadi, kalau dia hendak buat tak tentu hala pada isteri encik Rashlan, saya pun
marah. Tentu penumbuk saya yang singgah dulu kat muka mat salleh tu…” kata Lim
sambil tersenyum.
Ash tunduk, dia sudah tahu yang dia
sudah salah sangka. Mungkin jika tidak kerana doktor muda itu, Lia mungkin
tidak berada di sebelahnya lagi. Dia perlu meminta maaf kepada Dr. Martin di atas
tindakan melulunya. Tetapi bukan sekarang, tunggulah. Malu pula hendak mengaku
kesilapan yang dibuatnya secara melulu tanpa usul periksa. Itulah, cemburu buta.
Eh silap, bukan cemburu tu yang
buta, manusia sendiri yang buta..
“Oh ya..encik Rashlan, saya ni nak
minta tolong… kalau encik Rashlan boleh bantulah, saya ni minat hendak mendalami
Islam, tapi tak ada orang nak bimbing.. tadi masa kapalterbang tu menjunam,
saya dah tak tahu nak sebut apa.. saya ingat tuhan ALAH, tapi saya tak tahu nak
sebut dengan betul. Ni..
sekarang ni saya dah fobia nak naik kapalterbang lagi. Tolong
encik Rashlan. At least kalau jadi lagi, saya boleh mengucap.. macam orang
islam tu..” kata Lim penuh minat.
Terbulat mata Ash mendengar
pengakuan Lim yang berminat mendalami Islam. Mungkin kerana dia bekerja di
negara yang seratus peratus mengamalkan ajaran Islam. Sedikit sebanyak
mempengaruhi kehidupannya. Mungkin juga kerana dia sudah menerima hidayah dari
ALLAH, Amin..dan syukur.
“Serious,
you want to learn about Islam.?.” tanya Ash
bagi menyakinkan apa yang dia baru dengar.
“Ya, Encik Rashlan, I’m serious” jawabnya penuh yakin.
“Jangan berencik dengan saya,
panggil aje saya Ash..” mesra pula Ash dengan lelaki cina ini.
“Ya.. insyallah..I will try and help you ” sambung Ash.
“Just
tell me when you are ready” kata Lim dan dia beredar,
meninggalkan Ash dalam kebinggongan.
Pertama, dia memikirkan bagaimana
cara dia hendak memulakan untuk meminta maaf kepada doktor yang sebenarnya
ingin membantu. Dia sudah bersangka buruk.
Kedua, bagaimana pula hendak
membantu Lim yang tiba-tiba menyerah diri hendak mendalami Islam di padang
pasir ini.
Masalah besar tu, sebab dia
bukannya ustaz!
Lia nampak perubahan suaminya. Kini
dia hanya diam membisu. Lia
tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarkan sahaja Ash memikirkannya sendiri. Ash
memikirkan cara hendak meminta maaf kepada doktor itu agaknya.
Agaknya..
sebenarnya Liapun tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh si suami. Bagi
dirinya, Lia akan mengucapkan terima kasih dan memohon maaf di atas tindakan
suaminya sendiri kepada Dr. Martin.
Tetapi bila?
Erin sendiripun belum pasti. Insyallah bila ada peluang.
Dari jauh
Lia nampak masih ramai lagi penumpang yang sebok menyediakan tempat rehat
mereka masing-masing dengan menggunakan selimut. Khemah perlu dibuat segera,
kerana di waktu musim dingin, gelap akan muncul awal. Yang paling penting,
semua kena bersedia menunggu kumpulan penyelamat yang entah bila akan tiba.
YA ALLAH,
selamatkan hambamu ini. Sesungguhnya, dengan musibah ini hambamu akan sedar,
Sedar dari lalai dan banyak terleka... Aminn..“
Karl
berhenti dari membaca menuskrip isterinya. Tersenyum sendirian.
“Alamak!
Awal-awal lagi Erin dah cerita pasal tu” Karl tersengeh sampai nampak gigi.
Sengeh malu
sebenarnya. Malu kerana mencederakan orang tanpa usul periksa. Baran tidak
bertempat.
Karl
mengimbas kembali peristiwa tragedy itu. Masih terbayang akan wajah lelaki cina
yang bernama Lim yang kini sudah bernama Halim. Halim masih bertugas di Dubai
dan lama juga tidak Karl dengar berita darinya. Apa khabar agaknya Halim di sana?.
Karl
melihat skrin dan dilihatnya jam pada sudut skrin komputer. Sudah pukul 2 pagi.
Baik ajelah dia naik semula untuk menyambung tidur. Takut pula nanti, Erin
tersedar, dan dilihatnya dirinya tiada.
Karl
mematikan komputer dan perlahan naik semula ke tingkat atas menuju ke biliknya.
Perlahan
juga dia membaringkan diri sebelah isteri.
Pergerakannya
membuat Erin tersedar.
“Bang..
kenapa..?” terdengar suara Erin perlahan.
”Sakit
perut..” jawab Karl.
Tiada
jawapan dari Erin.
Pastinya dia
tidak mendengar apa yang Karl jawab.
Hendak tahu kepastian, cuba tanya
dirinya esok, apa yang Karl beritahu confirm dia tidak ingat.
Lengan Karl
di dahinya. Difikirkan semula coretan Erin sebentar tadi. Dia cukup menyesal
menumbuk muka doktor muda yang kacak itu. Apa
namanya, something Martin. Ya Martin
Zabidin, bukan ejaannya Zbindin!. Pelik nama orang Swiss ini. Semata-mata
kerana salah sangka, akibatnya tidak pasal-pasal sudah lebam sebelah mata.
Rasa malupun ada. Itulah, tidak
fikir panjang, ingat orang hanya berniat buruk sahaja, rupanya orang hendak
menolong. Peristiwa itu cukup mengajar Karl, agar jangan bertindak tidak usul
periksa. Memang itu satu pengajaran besar kepadanya. Pengajaran untuk dirinya
menjadi lebih matang, lebih berhati-hati sebelum membuat tindakan.
Ditolehnya ke arah Erin, “Kerana
sayang, abang tumbuk orang tak memasal, abang cemburu orang usik hak abang,
jangan pengsan lagi lain kali, abang sorang aje yang boleh buat artificial
respiration tau?” bisik hati kecil Karl.
Ditariknya
semula kepala Erin untuk terus beralaskan lengannya. Erin bergerak untuk
merapatkan dirinya betul-betul ke dalam pelukan Karl. Kini
bukan setakat lengan, malah mukanya sudah di dada suami tercinta. Walaupun
matanya masih tertutup, tetapi pandai pula mencari tempat yang dia rasa selesa dan
selamat.
Karl senyum. “Sweet dreams
sayang…”.
Tidak puas dia menatap wajah Erin
yang pulas lena, layu.. dan
layu.. akhirnya Karl juga berjumpa Erin di alam mimpi.. mimpi indah bersama
seperti yang dilafazkannya.
No comments:
Post a Comment