Mona menoleh
keluar kerana dia terdengar engin kereta berhenti di halaman.
Bukannya perkara
luar biasa, terdengar bunyi kereta berhenti di halaman. Tetapi hari ini lain
pula halnya. Perasaan ingin tahu mengenai persekolahan cucu amat
mengembirakannya. Terjengok-jengok bagaikan leher zirafah.
Alih-alih muncul
seorang, ya seorang sahaja yang Mona nampak yang keluar dari perut kereta. Mana
Amy? Mana budak-budak? Mana pula mereka sudah pergi? Dia mengerti ketiadaan
budak-budak sudah tentunya memulakan hari pertama persekolahan! Yang si Amy
pula takkan masuk sekolah sama? Banyak soal pula si perempuan tua ini.