Bab 17
“Ding dong.. ding dong..ding dong..” bertalu-talu aku
tekan loceng pintu rumah orang. Main belasah sahaja menekan loceng, yang aku
tahu penghuninya orang bujang. Tetapi tidak juga pintu
dibuka. Kemana pula sirambut kerinting ini. Dalam sakit-sakit sudah merayap ke?
Atau entah-entah sedang tidur. Jangan tidur waktu asar. Ishy apa yang aku
merapu ni…lantaklah dia hendak tidur waktu mana..hak dia. Aku ketuk perlahan
kepalaku. Yang merapu hal orang tu buat apa!.
Kecewa
apabila menekan lama, tetapi pintu tidak juga terbuka. Aku menapak perlahan ke rumahku. Dah orang tak mahu
buka pintu, takkan aku hendak bertunggu bertangga depan pintu rumah orang. Nada
orang kecewa sahaja. Kenapa ek!