Tuesday 20 May 2014

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 39

Satu lagi sambungan siri "Days of Our Lives.."..he..he..he..


Bab 39

“Nah..“ puan Fatihah menghulur naskah surat khabar yang baru diambilnya dari Megat, sipemandu. Encik Mansor terus menyelak sehelai demi sehelai naskah tersebut. Makin lama makin tidak ada berita, patutlah makin lama surat khabar makin kecil. Maklumlah ramai sudah membaca berita didalam komputer sahaja, jimat kertas, paperless. Hendak menjaga alam sekitar konon. Sumbangan Go Green, cuba mengurangkan penebangan pokok untuk dijadikan kertas. Jika tahu hendak menjaga alam sekitar, tetapi masih lagi tidak mengamalkan kitar semula, sama sahaja jawabnya.
“Am dah tanya Hani, hal nikah gantung tu..” tanya Puan Fatehah, mata mencerlung kearah sianak. Encik Mokhtar memandang Aqram yang nampak gelisah dengan soalan mama. Gelisah kerana tidak ada jawapan kepada soalan mamanya. Bagaimana dia hendak mendapat jawapan, sedangkan soalanpun belum di kemukakan. Kenapa mama tidak menyoal kesah Go Green ah! Kan lebih global dan interesting?

Mengharap di Tanjung Harapan - Bab 38

Tak sangka pula cerita ni panjang meleret.. jauh lagi nak ending ni.. dah jadi soap opera Days of our Lives.. bersabar ajelah ya pembaca. Bear with me a little bit longer!!


BAB 38

Dua hari sudah berlalu, Hani masih tidak menghubungi Aqram dengan  jawapannya. Aqram juga tidak menghubunginya, mungkin ingin memberi ruang untuk dia berfikir semahunya.  Selesai menunai solat Isyak, Hani berbaring di atas katil sambil pandangan memandang ke syiling. Dia sudah buntu memikirkan sama ada menerima lamaran Aqram atau tidak. Jika menerima lamaran, adakah diri ini akan bahagia, tiada lagi bayangan masa silam. Satu ketika dulu Hani juga pernah curiga dengan Khasif kerana takut pilihannya salah hanya kerana Khasif berlainan bangsa, dan dia terpaksa  berpisah dengan keluarga dengan mengikutnya pulang ke Afrika Selatan. Tetapi telah terbukti telahannya salah, malah Khasif dapat membahagiakannya, walaupun tidak lama.