Friday 19 December 2014

BERITA TERKINI...

ALHAMDULILLAH.. satu lagi menuskrip akan dibukukan. JODOH YANG TERTANGGUH telah dipilih untuk dibukukan. SYUKUR..

Nampaknya saya akan menunggu dengan debar dua coretan saya menjadi buku.  Tidak lagi terperap di alam maya...

Saturday 13 December 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - bab 29



Kita habiskan perlahan-lahan ye?

Bab 29 

“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sekali lagi“ itu sahaja suara yang Anne dengar, walaupun sudah masuk kali ke empat dia mendailnya.
“Hissyyy, sudah betul nak hubungi mangkuk ni?, Betulke nombor yang diberi? Entah-entah nombor tipu, melaun betul? Eh! Betulah tu nombornya, sebab malam tadi nombor tu yang naik?“rungut Anne.
Perasaan kecewa, marah dan geram bercampur-campur. Rasa tertipupun ada..
Anne mengeluh kecewa setiap kali mendengar suara rakaman si perempuan itu.
Anne mengharap suara lelaki yang dia dengar, tetapi asyik-asyik suara perempuan robot itu!

Heroin kepunyaan Rose Ezadora


HEROIN KEPUNYAAN ROSE...







Erin yang lincah tetapi mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya.











Murni dan Mila yang berhijrah jauh kerana lari dari hakikat sebenar. Hakikat yang ayah si anak sedang mengintai dari jauh.










Didi, yang dikatakan  si perempuan berkelambu oleh ibu mertua. Lepas satu ke satu cubaan dan godaan yang dialami di dalam kehidupan rumahtangganya. Kasihan kau, Nur Nadirah!













Siapa yang Hanna pilih sebagai pasangan hidupnya. Lelaki tempatan atau lelaki yang di import dari seberang? Kena tanya Hanna tu!!










Lyna, perempuan yang sudah berusia, tetapi masih mampu mendapat kebahagian buat kali kedua. Lyna hanya mampu bersyukur kepadaNya.











Hani Asmara, bekas jururawat yang periang. Ingatkan dia sudah menemui kebahagian yang di disangkanya telah ditemui. Rupanya tidak! Musibah yang menunggu..




Saturday 6 December 2014

Aku Bukan Perempuan Itu - Bab 28



Bab 28

“Dah sampaipun..apa yang lambat sangat Anne? Penat mummy tunggu, dah naik risau dibuatnya..ingatkan flight delay ke apa? Tapi daddy kata, flight dah landing?” leter mummy Rina.
Anne hanya senyum.. apalah emak aku ni, ingatkan hendak menyambut anak yang sudah setengah tahun tidak bertemu dengan pelukan..ini tidak?
Hisy.. mummy oh mummy
Ini baru betul mummy monster!
Anne tersengeh, mengutuk si ibu di dalam hati. Maafkan Anne mum.
Bukankah sepatutnya dia gembira apabila anak daranya sudah berada di depan mata? Tapi sebaliknya membebel tidak tentu pasal.

Tuesday 2 December 2014

Aku Bukan Perempuan Itu -Bab 27



Bab 27

Anne memerhatikan conveyer belt berpusing dengan mengheret bagasi yang baru dipunggah dari Flight QR616. Penerbangan pesawat Qatar Airlines dari Zurich. Tidak pernah-pernah Anne menggunakan penerbangan Qatar ini sejak 3 tahun belajar di Swiss. Selalunya dia menggunakan penerbangan Emirates. Tetapi di sebabkan tiket penerbangan ini menawarkan tambang yang berpatutan, Anne membelinya. Apa hendak dikesah, janji sampai di tanah air. Bagus juga layanannya. Sama seperti penerbangan Emirates, semua makanan yang dibekalkan halal, tidak ragu-ragu untuk di makan.