Terjingkit-jingkit Mona di celah-celah orang
ramai yang sama niat sepertinya, menyambut kepulangan orang yang mereka sayang.
Merindui mereka apabila terpisah. Itulah rindu menerpa apabila jauh di mata,
sekiranya di depan mata, perasaan rindu tidak mucul. Mereka mungkin sudah
terpisah seminggu, sebulan, setahun tetapi sudah tentu tidak dapat menandatangi
rindu si ibu yang bernama mona,lapan tahun terpisah. Lapan tahun dia memendam
rasa, lapan tahun dia cuba menidakkan rasa hati. Namun dia tidak mampu. Naruli seorang
ibu mana mungkin boleh berbuat demikian. Tambahan lagi si anak jauh nun di seberang
lautan. Lagilah…